Tempat Makan Bukku Café, Bandar Bukit Raja, Klang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Ramai ke yang pergi ke rumah terbuka Aidilfitri hari ini?
Selamat menjamu selera ye.
Jangan dikira kalori dulu ye.
Hujung bulan nanti baru kita menggelupur ye😅.
Den hendak berkongsi tentang sebuah bookcafe.
Sudah lama den dengar pasal bookcafe yang satu ini.
Ada bertahun😅.
Cumanya tidak tersampai-sampai walaupun tidaklah jauh mana pun dari rumah.
Asalnya hendak tunggu jiran si ulat buku pergi ke sini.
Tetapi asyik tidak kesampaian hasrat di hati - tidak pasti kenapa masa taip ayat ini terngiang-ngiang lagu Saling Merindu oleh Leon.
Padahal tidak berkaitan langsung😅.
Jadinya satu hari yang indah den heret keluarga kecil den ke Bukku Café.
Pasrah aje la deme😅.
Small, cozy and welcoming.
Itulah dia vibes Bukku Café.
ブック bukku. Parts of speech noun (common) (futsuumeishi) book.
Itu maksud bukku dalam bahasa Jepun yang internet bagitau.
Persekitaran
Indoor café satu tingkat di end lot rumah kedai.
Comel aje tempatnya.
Kalau datang sini duduk bahagian belakang café yang ada pokok-pokok.
Nyaman aje.
Den rasa café ni muat dalam 30 orang dalam satu-satu masa.
Ada sebuah rak buku sahaja.
Mungkin sebab ruang yang terhad agaknya.
Novel English yang banyaknya.
Kebanyakannya era 90an dan awal 2000an begitu.
Pilihan Menu
Menu makanan barat dan kopi hipster.
Suka tengok menunya.
Cantik dan berseni buku menunya.
Menu makanan barat yang bisa tergeliat lidah hendak menyebut namanya😅.
Kami cuma minum hot chocolate dan teh chamomile.
Café ini pork free dan muslim friendly.
Rasanya macam sekali aje la kot den datang sini.
Sebab bukunya sedikit sangat😅.
Lokasi dan Waktu Operasi
Waktu operasinya setiap hari dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Jadinya kalau kome ke Bandar Bukit Raja, boleh jengah café ini ye.
![]() |
Letak la gambar tuan tanah kedaung sekeping ye |
0 Comments