Rencana Allah Adalah Yang Terbaik
Assalamualaikum dan salam Sejahtera.
Apa khabar semua?
Den hendak berkongsi cerita.
Tentang kita merancang tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik.
Logik kita tidak setara mana.
Sepatutnya awal April 2025 bermula satu fasa baru di dalam hidup den.
Tapi tidak jadi begitu kesudahannya.
Masih kekal di takuk lama.
Punya la den usahakan dari tahun lepas.
Penuh drama sakit jantung bagai.
But at the end of the day, it doesn’t go the way that I hope it would.
Patah hati keriuk keriuk.
Blur, numb apa semua ada.
Pendek kata pelbagai perasaan ada.
![]() |
Kuat betul jodoh hendak menjaga sumber air di Negeri Selangor ni |
In sya Allah kita sebagai umat Islam akan berpegang kepada qada dan qadar.
Percaya kepada rukun iman keenam.
Cumanya sebagai orang biasa-biasa yang baca Al-Fatihah pun banyak yang perlu diperbetulkan.
Akan ambil masa untuk berdamai dengan takdir.
Akan ada satu ketika akan tertanya ‘what if’.
Teringat kisah 10 tahun lepas, den hendak mohon Hadiah Latihan Persekutuan.
Bagi menyambung pelajaran peringkat PhD.
Jadinya perlu dapatkan sokongan Ketua Jabatan.
Ketua Jabatan tidak mahu tandatangan (tidak mahu sokong) permohonan den.
Dia kata kalau den sambung belajar siapa yang akan buat keroje den.
Walaupun den cakap belum tentu den dapat biasiswa tu sebab berenyut kot penjawat awam yang akan mohon biasiswa tu.
Tetap dia tidak mahu sokong permohonan den.
Memang berjuraian air mata siap pakej hingus sekali😅.
Huduh sungguh kejadian ketika itu😅.
Den terlupa samada den ada menyumpah ke tidak Ketua Jabatan den masa tuh😅.
Den siapkan proposal kajian PhD ni ada 15 mukasurat.
Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.
Ada dalam 2 minggu den ambil masa untuk siapkan proposal ni.
Berjaga malam, rabak mata siap mata panda bagai.
Siap rujuk jurnal, tesis, kajian terdahulu bagai.
Tapi kalau tidak diizinkan Allah memang tidak akan terjadi.
No matter how much we really want it or wish upon it.
Because Allah is the best Planner.
Den tidak perasan dan pasti apa hikmah di sebalik semua ini.
Mungkin walaupun permohonan disokong oleh Ketua Jabatan, den gagal mendapat biasiswa itu.
Lalu den patah hati keriuk-keriuk tidak dapat diselamatkan.
Mungkin den dapat biasiswa itu tetapi bila sambung PhD den terpleot.
Lalu tidak dapat habiskan PhD.
Akhirnya terkandas di tengah jalan.
Lalu kena bayar balik semua biasiswa tuh.
Lalu tekerhutangan serius.
Lalu kemurungan.
Lalu kena bersara awal atas sebab kesihatan ke apa.
Ataupun den berjaya dapat PhD.
Tetapi menjadi seorang yang bongkak dan lupa daratan.
Lalu disumpah sokmo oleh rakan sepejabat.
Ataupun den tukar kerja ke tempat lain sebab udah ada PhD.
Tetapi tempat kerja tuh menggerunkan.
I really don’t know what is the hikmah until now.
Begitulah secebis cerita 2 rencana den yang den usahakan sepenuh hati.
Doa sebanyak mungkin dan sebagainya.
At the end of the day, rencana Allah yang terbaik.
Mungkin den yang tidak perasan hikmahnya.
Allah works in mysterious ways.
So kalau blog den bulan April ni agak melancholy dan terpleot.
Sila la bagi muka untuk den ye.
Sebab akan ambil masa, tenaga dan sebagainya untuk berdamai dengan takdir.
Slowly but surely.
In sya Allah.
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, semoga Allah merahmati kita semua.
Semoga kita sama-sama muhasabah diri.
Semoga kita sama-sama bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
Kerana apa yang paling penting adalah semoga kita dikurniakan kebahagian di dunia dan di akhirat.
Dilindungi daripada fitnah kehidupan dan kematian.
Dilindungi daripada azab kubur.
Dipermudahkan semuanya semasa di Padang Masyar dan Sirat-al-Mustaqim.
Diberi syafaat untuk memasuki Syurga tanpa hisab.
In sya Allah.
2 Comments
Aminnn... sesungguhnya setiap apa yang berlaku di masa lalu, adalah musabab untuk hari ini.
ReplyDeleteIn sya Allah
Delete