Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Apa khabar semua?

Masih dalam mood raya kah semua?

 

Hari ni den mula bekerja.

Tapi den rasa ramai lagi yang masih bercuti.

Sebab pagi tadi jalan raya masih kurang kenderaan.

Bas Selangorku meluncur laju.

Den suka keadaan begini😅.

 

Tidak perlu beratur lama menunggu lif.

Tidak ada ramai orang di dalam lif.

Dapat punch in awal di ofis.

Walaupun fail berenyut-renyut di atas meja sebab cuti 1 minggu.

Den adalah one happy person pagi tadi.

 

In sya Allah semoga April kita semua akan awesome ye.

Syawal kan sebulan.

Ayuh kita makan kuih raya sampai lebam ye😅.

Untuk deme yang kena ganti puasa berenyut macam den nih ha.

Bertabah hati la kita berusaha mengganti puasa ye😅.

Chaiyok chaiyok.

 

Tiba-tiba teringin hendak makan Cencaru Sumbat Petaling Jaya masa menulis post ini😅.

Harus la den kena siasat jadual penghantaran sampel ke Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya.

Agar bisa den tumpang deme untuk ke warung cencaru tuh.

Sup Doraisamy pun dah lama tidak makan.

Dasar tidak sedarkan diri ye kena mula mengganti puasa😅.

 

In sya Allah esok den ada satu lawatan tapak.

Dengan deme-deme yang udah lama kita kobakan.

Jangan diusik tebing sungai itu ha.

Ada la sebabnya kenapa kita suruh memelihara dan memulihara tebing sungai.

Udah ayat gomen sudah keluar ye😅.

Udah berbuih mulut teman nih ha.

Tapi eh sakan juga deme hendak guna tebing sungai bagai.

Ketegaq sungguh.

Esok kot runtuh tebing sungai tuh ha.

Udah netizen kata orang gomen makan rasuah kenapa tidak pantau bagai ye.

Begitulah kerja gomen ni ye.

Nak nak lagi bahagian teknikal nih ha.

Sabo aje la ye.

Bila boleh merayap lagi gamaknya kan

In sya Allah April ini den hendak usahakan membaca semula.

Setelah terbengkalai agak teruk masa Ramadan hari tuh.

Kononnya hendak pause membaca sebab hendak pulun membaca Quran.

Tapi itu lah ye😅.

 

Den baru je renew Neflix.

Ada berjujuk KDrama dok menanti.

Disebabkan dalam fasa memujuk hati, tidak sesuai hendak tengok KDrama When Life Gives You Tangerines.

Spesies drama slice of life.

Sebab khabarnya setiap episod mengundang air mata.

Mungkin den perlu tengok KDrama Divorce Insurance.

Ada Lee Kwang-so dengan Kim Won-hae.

Ini confirm penuh gelak ketawa ni.

 

Sesi main Candy Crush yang diinstall semula itu pun menggusarkan juga.

Belum kira lagi terpesona dengan reels FB.

Celah mana la hendak membaca ye.

Lagho sungguh kan?

Haish.

 

Semoga April kita molek-molek sahaja ye.

Jaga diri semua.

 

0 Comments