Hari ketiga ke Bazar Ramadan den beli air avocado ni 2 terus sebab dah tau tidak akan bertemu lagi. Den minum sorang air ni sampai segah-segah perut
Tart telur Portuguese ni pun den dah rasa sedap. Tak tau macam sedapnya Tart telur Portuguese Macao yang dikatakan antara tart telur tersedap di dunia

Selalu den masak macam ni je ha. Teringin hendak makan cucur udang. Walaupun rupanya tidak semenggah sedap tau tapi hehehehehe
Banmian atau pan mee beli dari Bazar Ramadan
Tamak haloba pinjam sampai 9 buah buku dari Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya. Buku Pengembaraan Ibn Battutah itu 843 mukasurat....mampuih....
Menggoda sotong bakar di Bazar Ramadan ni tapi den tengok aje la
Asalnya den berkenan dekat buku Orhan Pamuk tuh je. Tetapi disebabkan kena beli 3 buah buku untuk RM10 makanya den pilih la buku Raj dan The Night Manager. Alih-alih uncle bagi 2 buah buku free. So kalau hendak diikutkan sebuah buku RM2 sahaja. Love sangat.
Semoga pokok-pokok den semua ni sihat la hendaknya. Penat la nak patah hati setiap kali pokok terbelingkang mati.

0 Comments