Cerita weekend. Walaupun sokmo pokok ditanam mati terbelingkang. Tetap la juga berusaha hendak menanam.

Sunbae whatsapp 5 minit lagi turun jumpa di guard ye. Panas lagi bubur lambuknya baru angkat dari kawah
Makanan berbuka hari Jumaat daripada pengurusan bangunan tempat den keroje memang sedap.

Jiran bagi sambal tempe + bilis + tauhu. Molek dimakan bersama makanan berbuka daripada pejabat pengurusan bangunan
Tak tau pun ada bawang ni dalam peti ais. Tiba-tiba eh udah bercambah sana sini.
Kita pindahkan masuk dalam pasu. Tak tau la apa kejadiannya nanti. Boleh dituai untuk buat masak atau mati terbelingkang
Suka bau bunga tanjung yang diletak dalam buku
Terima kasih pada yang memberi

0 Comments