Tempat Makan Sedap Cruffee Crust & Coffee, Nilai, Negeri Sembilan
Assalamualaikum dan salam Sejahtera.
Apa khabar semua?
Alhamdulillah kita telah selesai menjalani ibadah puasa selama 16 hari.
In sya Allah ada 13 ke 14 hari lagi Ramadan ye.
Semoga ada rezeki kita bertemu Lailatulqadar ye.
Ramadan kali ini blogpost resepi biskut cornflakes tahun 2021 sama popular dengan resepi Biskut Florentine😅.
https://www.dinohauz.com/2021/05/resepi-biskut-cornflakes-madu-rangup.html
Padahal resepi dalam blog den sekupang dua je sebenarnya.
Selebihnya pasal den pi makan mereta.
Jadinya haruskah buat biskut cornflakes tahun ini😅?
Den hendak kongsikan ada sebuah cafe di Nilai.
Den dan rakan sekerja makan di sini semasa meraikan rakan sekerja membeli kereta baru.
Kita tumpang happy untuk kawan-kawan yang happy dapat beli apa yang mereka idamkan.
Kebahagiaan yang dikongsi bersama begitu.
Kome boleh pertimbangkan pergi ke warung ini nanti ye.
Sebab in sya Allah makanannya ada rasa.
Harga hipster dan agak kayangan😅.
Pilihan Menu
Kombinasi menu tradisional dan barat.
Yang kome kena makan sudah pasti Mini Cruffles dan Croffle Bites.
Sebab nama café pun Cruffe kan.
Ada kopi hipster juga.
Kena cuba juga Signature Nasi Ayam.
Ada makanan berat lain macam mee rebus daging, mee kari ayam, dsb.
Ada juga makanan kudapan macam chicken popcorn, nugget and fries, dsb.
Apa Kami Makan
Kami makan 4 menu.
Signature Nasi Ayam Cruffee.
Mee Rebus Daging.
Spagetthi Carbonara.
Mini Cruffles.
Ada lempeng sebenarnya tapi disebabkan takut kenyang pengsan makanya tidak la den pesan lempeng itu.
Satu sebab kena ulang pergi makan di sana😅?
Mee Rebus Daging pekat molek daging pun lembut.
Cukup rempah dan perisa.
Sedang elok pedas dia.
Signature Nasi Ayam Cruffee tuh macam nasi mandi pun ada.
Nasi lembut.
Ayamnya garing dan terasa perapannya.
Sedap aje la untuk tekak den nih ha.
Spagetthi Carbonara bukan makanan yang den minat sebab den cepat muak dengan kuah creamy macam tuh.
Den rasa sesuap aje la.
Kawan sepejabat yang makan tuh kata rasa macam Spagetthi Carbonara di banyak café lain juga.
Den rasa sama la konsepnya macam Spagetthi Bolognese.
Hendak diapakan lagi supaya rasanya unik dan istimewa.
Dessert penuh gula iaitu Mini Cruffles memang enak banget.
Ada ke dessert yang tidak sedap kan?
Ada 6 mini cruffles yang mempunyai topping berbeza.
Ada toping Lotus Biscoff, Caramel Pretzel, Marshmallow and chocholate.
Lagi 3 toping den tak ingat apa😅.
Begitulah kalau tidak catat nota dan kejadian makan-makannya bulan Januari lepas kan😅.
Persekitaran
Cafe open air.
Café tema klasik siap lengkap dengan skuter, basikal pos, congkak, dsb.
Banyak tempat molek untuk OOTD sebenarnya.
Cuma rajin tidak rajin aje la.
Disebabkan kami datang waktu tengahari, waktu puncak orang lunch.
Dengan panas berdentingnya.
Idok la kami bergambar barang sekupang pun di sini.
Ada sebuah almari mengandungi buku juga.
Tapi den tidak sempat siasat buku apa yang ada.
Salah satu sebab kena datang lagi ye gamaknya😅?
Lokasi dan Waktu Operasi
Waktu operasinya Selasa - Ahad dari 11 pagi ke 7 malam.
Tapi sekarang bulan puasa ni dia buka 5 petang ke 11 malam.
Kome boleh jenguk di Instagram deme https://www.instagram.com/cruffee
Jadinya kalau kome ke Nilai, boleh singgah makan di café ini ye.
0 Comments