Resensi Dari Toko Buku ke Toko Buku oleh Muthia Esfand
There are books for when you're bored. Plenty of them. There books for when you're calm. The best kind, in my opinion. There are also books for when you're sad. And there are books for when you're happy. There are books for when you're thirsty for knowledge. And there are books for when you're desperate
📚Desperate Literature📚
Tajuk: Dari Toko Buku ke Toko Buku
Penulis: Muthia Esfand
Mukasurat: 518
Sumber: Pinjam daripada kawan ulat buku
Ini adalah salah buku yang den tidak sangka akan terberkenan dooh.
Buku yang membuatkan den masuk ke dalam cerita penulis saat pengembaraannya menjejaki toko-toko buku tersohor.
Toko-toko buku yang tidak dimasukkan dalam senarai untuk disinggah tetapi menawan hati.
Sesi perbincangan ilmiah dengan pemilik toko-toko buku, tuan-tuan rumah peminat buku dan mereka yang sukakan buku.
Tentang sejarah karya sastera dan toko buku.
Buku yang patut dibaca.
Penerbitan buku.
Kedai buku fizikal vs digital, atas talian.
Kisah minum teh di pelbagai toko buku.
Perkongsian curhat tentang buku, kisah hidup, dsb.
Pengembaraannya mencari bahagia di toko-toko buku merentasi pelbagai negara.
Inggris Raya, Belanda, Perancis, Sepanyol, Italian, Slovenia, Bulgaria, Romania, Austria, Ceko, Poland, Yunani dan Jerman.
Sememangnya membuatkan pembaca bersama-sama menelusuri jalan-jalan bersejarah mencari toko buku.
Terkesima dan terpesona melihat begitu banyak buku dalam pelbagai genre.
Ruang membaca atau reading nook yang sangat cozy and welcoming.
Turut sama merasa terkilan apabila ongkos penulis tidak begitu meriah untuk membeli buku-buku yang berkenan di hati.
Ikut patah hati apabila penulis menyeret kaki keluar dari toko-toko dengan harapan ada rezeki kembali ke situ satu hari nanti.
Dan macam-macam rasa lagi den turut terlibat sama.
Membaca buku ini berakhir dengan senarai:
📚toko-toko toko-toko buku yang berangan untuk dilawati di pelbagai negara sedangkan semua negara yang penulis lawati pun tidak tahu entah bila bisa dijejaki😂
📚buku-buku yang terpaksa dimasukkan ke dalam senarai TBR sebab macam terlalu awesome untuk tidak dibaca
☕🫖🥩🥞aneka makanan yang bisa menyebabkan air liur menjejeh lagi-lagi bila buku ini dibaca bila lapar
🌃🛤️tempat-tempat menarik yang harus dimasukkan dalam angan-angan untuk dilawati
Walaupun ada perkataan-perkataan Indonesia yang den terpaksa google untuk tahu maknanya.
Tetap juga tidak mencacatkan kemolekan buku ini.
Buku ini pernah menjadi buah mulut ramai pembaca apabila diterbitkan.
Buku yang sememangnya perlu dibaca oleh peminat buku.
Buku awesome terus yang buat den terkinja-kinja perlu memiliknya😅.
Dasar tidak ketahuan diri begitulah ye😅.
0 Comments