Kita bersolat hanya kerana pengaruh kebiasaan, pengaruh keadaan dan pengaruh tradisi. Sebab itu solat kita pada masa kanak-kanak, remaja, dewasa sama saja lalai 

 ​-Haji Mihad- 

Terkesima den baca tentang pembahasan Haji Midad tentang solat.

Macam setepek kena dekat muka.

The hard cold truth begitu.

Tajuk: Resensi Buku Imam

Pengarang: Abdullah bin Hussain

Mukasurat: 581 mukasurat 

Sumber: Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya

 

Macam mana hendak buat resensi bagi sebuah buku yang sangat awesome?

Novel kritis terhadap agama Islam.

Novel membawa isu berat.

Tetapi dikarang dengan begitu fabulous dalam merungkai nilai-nilai 'Islamik' daripada sisi atau pandangan yang jarang diperkatakan.

 

Secara kesimpulannya mohon baca naskah ini.

Kerana isu berkaitan agama Islam, adat, pemikiran masyarakat Melayu Muslim, komuniti, masyarakat berbilang kaum, perubahan yang positif kadang kala penuh berliku, persahabatan, sifat tamak manusia, rasa ketuanan dan keakuan mereka yang mempunyai jawatan, dsb.

Diolah dengan tersusun, jelas dan boleh difahami oleh rakyat marhaein.

 

Den tidak pernah tahun kewujudan buku karya Sasterawan Negara ini yang diterbitkan buat pertama kali pada 1995.

Novel ini memenangi Hadiah Novel Kebangsaan 1992 - 1994.

Buku ini telah diadaptasi menjadi movie pada 2023 lakonan MNasir, Faizal Hussein dan pelakon otai berbisa yang lain.

Den tertau tentang buku ni apabila membaca komen di blog seseorang yang membahaskan tentang Syiah dan kemudaratannya.

Beliau meminta penulis blog membaca buku Imam untuk penjelasan berkaitan Wahabi.

Hampir semua isu yang dikupas dalam novel 1995 ini masih relevan dengan situasi sekarang 2025.

 

Kisah yang berlatarbelakangkan tahun 1983 ini bermula apabila pihak berkuasa agama menerima aduan daripada beberapa orang penduduk Kampung Anggerik Desa.

Aduan tentang Imam Haji Midad yang dikatakan banyak membuat perubahan yang mengakibatkan kacau ganggu kepada kesejahteraan komuniti.

Imam tidak membaca khutbah Jumaat yang disediakan pihak berkuasa agama (ada yang diolah dan ada yang tidak dibaca terus).

Imam membuat penambahbaikan sekitar masjid.

Imam mengetuai pembinaan parit pengairan (irrigation channel) bagi membekalkan air ke kawasan penanaman padi, dsb. 

 

Haji Midad juga dikatakan telah menyimpang jauh daripada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah Mazhab Syafie kerana pernah belajar di Indonesia.

Terdapat 2 situasi yang begitu menarik olahan pengarang.

Isu-isu berat berkaitan akidah dikupas melalui:

laporan temuramah bersama penduduk kampung; dan.

perbincangan dan boleh dikatakan sesi perdebatan 3 VS 1 (Yang DiPertua Majlis Agama dan 2 orang ilmuan agama tersohor VS Haji Midad). 

 

Ulasan Haji Midad tentang pendapat Ibn Khaldun iaitu 'Most of the scholars in Islam have been non-Arab. It is a remarkable fact that, with few exceptions, most Muslim scholars both in the religious and in the intellectual sciences have been non-Arab teacher' membuatkan 3 orang panel majlis agama yang bukan calang-calang terpempan.

 

Ada banyak teguran dan nasihat yang diberikan melalui penceritaan kisah Haji Midad hendak membetulkan amalan ibadah terutamanya solat, berusaha sebelum mengharapkan bantuan, menjadikan masjid sebagai tempat rujukan dan aktiviti masyarakat bukan hanya berfungsi sebagai ruang solat. 

 

Antaranya adalah:

melaksanakan ibadah solat dengan sempurna yang bermula daripada wuduk yang sempurna;

kepentingan zakat yang sering disebut bersekali dengan kewajipan bersolat dalam Al-Quran (zakat juga antara perkara yang Saidina Abu Bakar dikuatkuasakan dengan tegas oleh beliau semasa beliau menjadi Khalifah pertama);

setiap orang harus berusaha keras tanpa mengharapkan bantuan kerajaan dan wakaf untuk kelangsungan hidup;

perpaduan ummah adalah sangat penting sebagaimana yang telah diperjuangkan oleh beberapa orang tokoh Muslim seperti Syeikh Muhammad Abduh, Imam Hassan al-Banna dan yang lain;

pendekatan harmoni antara semua tanpa menjadi fanatik sesuatu mazhab dan pemikiran. Berat topik ni dan diulas panjang lebar dalam novel ini;

bimbingan kepada saudara baru Islam, mualaf;

menyanjungi sultan dan pemimpin melebihi ketakutan kepada Allah. Disentuh tentang ulama' yang tidak menegur bangsawan dan membawa kepada kemudaratan kepada masyarakat;

kawalan terhadap aktiviti tabligh;

menyantuni anak muda dan membawa mereka dekat kepada masjid kerana mereka adalah pewaris kepimpinan negara;

badan authority agama dan kakitangannya yang tidak beberapa hendak turun padang menyantuni isu permasalahan akar umbi ummah; dsb.

 

Ada banyak lagi perkara-perkara berkaitan agama dan ummah dikupas dalam novel ini.

Kome kena baca sendiri kenapa jaki benar Haji Syamsuri dengan Haji Midad padahal mereka adalah sepupu dan belajar bersama di Mekah.

Den akhiri resensi buku ini dengan pendapat Haji Midad tentang buku.

Teman yang paling baik ialah buku. Dia boleh menemani kita ke mana saja yang kita mau pergi. Dia teman yang paling setia.

Novel terbaik den baca bagi tahun 2025 ini.

Macam nak kena beli bukunya ni.


0 Comments