Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Alhamdulillah kita telah memasuki 10 terakhir Ramadan.

Minggu ini merupakan minggu terakhir Ramadan.

Uztaz pesan kena gerak gempur untuk mengejar Lailatulqadar.

Dalam masa yang sama den sedih juga sebab maknanya Ramadan 2025 hampir sampai ke penghujungnya.

Tidak tahu ada umur untuk bertemu Ramadan 2026.

 

Bagaimana Ramadan 2025 kome?

Minggu terakhir den masih ada mesyuarat, perbincangan bagai😅.

Minggu lepas diarahkan untuk membuat pembentangan 2 hari sebelum tarikh pembentangan😅.

Bagitau Isnin petang den udah balik rumah.

Selasa cuti Nuzul Quran.

Laptop tinggal di pejabat.

Hari Rabu baru den tergedik-gedik buat slaids pembentangan.

Hari Khamis pagi buat pembentangan.

 

Tengok peserta ada dari luar negara.

Makanya terkulat-kulat la membuat slaids pembentangan dalam Bahasa Inggeris.

Lepas tuh memang udah lama gila den tidak diminta membentang di dalam mana-mana platform.

Ala-ala disejukbekukan gamaknya😅.

Walaupun sekupang je bilangan peserta tapi tetap la den berdebar.

Makanya memang agak ke laut dalam la pembentangan den pada hari itu😅.

Udah la siap ada forum kena jawab soalan bagai.

Memang terpleot la jawabnya😅.

 

Den pergi Bazar Ramadan 3 kali tahun ini.

Harga memang mengerikan ye.

Tapi den terjumpa air avocado yang awesome teruk.

3 kali pergi bazar tuh sebab hendak tapau air avocado tuh.

Walaupun harganya RM11 den pejam mata aje la😅.

Punya berenyut manusia hendak menguit pun jenuh.

Bila den pergi pukul 6.30 petang dan masih banyak makanan yang belum terjual.

Den dok terfikir sempat ke deme habis jual sebelum Maghrib.

Kalau tidak habis sedekah ke macam mana?

Ke berakhir sebagai statistik pembuangan bertan-tan makanan di bulan Ramadan.

 

Den pergi ke Jaya Grocer Eco Ardence sebab hendak cari biskut ginger yang dekat situ aje yang jual.

Alih-alih tiada biskutnya.

Udah alang-alang sampai ayuh la kita beli groceries sedikit.

Walaupun harganya T20😅.  

Ngeri tengok harga.

Rezeki dapat sampul raya dari Jaya Grocer.


Lepas tuh ada kaunter tebus sampul raya Eco Ardence bagi semua yang membeli belah di Jaya Grocer.

Suka banget den.


Hendak beli rumah di Eco Ardance tidak mampu.

Dapat sampul suratnya pun udah buat den happy teruk😅

Begitulah den.

Benda simple pun buat den happy.

 

Lagu raya yang kome berkenan tahun ni?

Den berkenan dekat lagu Douglas Lim dan kawan-kawan.

Sweet je lagunya.

Muhibah pula tuh.

Memang la tidak boleh lawan vibes lagu-lagu raya evergreen.

Tetapi tetap lebih molek daripada lagu-lagu yang seangkatan dengannya.


Kuih raya yang den beli udah ada 3 balang yang hampir habis.

Tidak sempat deme hendak bertemu Syawal.

Kuih tart nenas pun udah tinggal separuh balang.

Ini ada harapan juga habis di bulan Ramadan.


Bila lepas solat Terawih mulut tuh hendak mengunyah je kerojenya.

Itu yang termakan kuih raya tuh.

Layan pula bersama kopi o atau teh o panas.

Itu yang tiba-tiba eh eh tinggal separuh balang kuihnya😅.

 

Ada rancangan berbuka dengan kawan-kawan terpaksa dibatalkan sebab deme sibuk.

Den bersedia je kalau bab makan-makan ni😅.

Bagitau je dekat mana hendak jumpa.

In sya Allah den sampai.

Ramai kenalan den telah meninggal dunia.

Jadinya kalau ada kesempatan den cuba usahakan untuk berjumpa mereka yang masih ada.

In sya Allah kita usahakan lepas raya ye.

 

Semoga Allah Ramadan yang masih berbaki tidak sampai 1 minggu ini kita dapat manfaatkan sebaiknya ye.

Jaga diri semua.

 

0 Comments