Merciful March - Muhasabah Diri dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihat walafiat.
Hari pertama Ramadan 2025 adalah di minggu pertama bulan Mac.
Alhamdulillah kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.
Bulan Ramadan adalah bulan paling barokah antara semua bulan.
Bulan untuk kita reset kehidupan supaya sentiasa berada di jalan yang lurus.
Bulan muhasabah diri.
Walaupun sebenarnya muhasabah diri wajar dilakukan setiap hari.
Tetapi muhasabah diri di bulan Ramadan adalah extra special.
Bulan penuh rahmat dan keampunan.
Hence the tittle of this blogpost.
Ramai yang tahu keistimewaan Ramadan.
Tetapi untuk mencapai matlamat taqwa itu kita kena tahu dan jelas tentang Ramadan seperti yang telah dijelaskan di dalam Al - Quran.
Surah Al-Baqarah ayat 183 menerangkan tentang pensyariatan ibadah puasa kepada semua.
Teringat Ramadan tahun ini extra saya sebab terkenang ramai yang telah tiada.
Teringat pada arwah emak, atok, abah dan ibu mertua.
Faham pasal hakikat kehidupan dan kematian.
Cuma kadang-kadang hati jadi rindu.
Semoga Allah izinkan bertemu semula di syurga nanti.
Menaip ni pun udah bergenang-genang air mata.
Ramadan ni rasanya sama macam Ramadan sebelum-sebelum ini.
Sederhana dalam semuanya.
Sebab bahagia itu adalah sederhana dan seadanya.
Eceh😅.
Udah tua-tua ini yang paling diharapkan adalah Allah berikan kesihatan terbaik untuk beribadah.
Lagi-lagi lutut semakin terpleot ni.
Hendak sujud pun terkulat-kulat.
Yang lain-lain tuh aksesori sahaja.
Berbuka makan nasi putih dengan telur goreng + seketul dua kuih pun udah ngam.
Yang penting air sebalang😅.
Sahur walaupun malas nak pengsan tetap diusahakan untuk bangun ye.
Kuih raya den akan beli kuih yang den hendak makan je.
Baju raya nanti kita tengok baju apa ada dalam almari.
Kepada semua yang terbaca blog den nih, den ucapkan Selamat Menyambut Ramadan.
Semoga kita sama-sama dapat berusaha untuk beribadah dengan lebih baik pada bulan Ramadan ini.
Belum pasti kita sempat mengabiskan Ramadhan tahun ini.
Boleh jadi juga Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan terakhir kita.
Sayu pula bila bercakap begini ye.
Tetapi itu adalah hakikat kehidupan.
Bak kata Hamka penulis blog Kereta Mayat.
Semakin hari kita semakin dekat dengan lubang kubur dan kita semua adalah bakal mayat.
Den kongsikan lagu yang den suka dengar bila Ramadan ni.
Semoga semua dipanjangkan umur dan diberi kesihatan terbaik untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.
Den mendoakan bulan Ramadan 2025 adalah Ramadan yang terbaik untuk kita semua.
0 Comments