Fabulous February
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam dok mencari penawar kepada batuk yang berpanjangan, alih-alih sudah masuk Februari.
Macam eh hello di mana perginya Januari saya begitu?
Elok dilempang ye macam mengada-ngada benar bunyinya.
Tapi bulan Januari den memang agak kalut caca merba.
Macam-macam cerita😅.
Peristiwa paling besar sudah tentu berakhirnya perkhidmatan Pengarah di jabatan kami.
28 Januari 2025 adalah hari terakhir beliau.
Setelah 4 tahun dipinjamkan dari jabatan hakiki beliau.
Beliau akhirnya perlu pulang ke sarang begitu.
Nanti kalau rajin den buat January 2025 recaps begitu ye.
Eceh😅.
Apa perancangan kome di bulan Februari ini?
Ada lebih kurang 2 minggu lagi anak-anak cuti sekolah.
Dia macam hendak pergi JJCM tetapi malas.
Macam mana tuh ye😅?
Bagi mereka yang ada anak-anak sekolah macam den ni.
Kebanyakan kita akan sibuk dengan persiapan buka sekolah.
Sesi persekolahan tahun baru akan bermula pada 17 Februari 2025 ini.
Hendak tengok pakaian dan perkakasan sekolah budak-budak nih molek lagi ke idok.
Kalau tanya deme, semedang semuanya elok lagi.
Walaupun stokinnya udah berlubang, stokin tinggal sebelah, dsb😅.
Walaupun singlet nya udah serupa roti kirai.
Itu belum cerita beg sekolah yang udah koyak bagai.
Kalau ditanya eh tetap molek kata deme.
Tak tau la deme ni menurun perangai den yang asal boleh ke apa😅.
Lepas tuh sesi perjumpaan ibu bapa dan guru.
Bagi pembayaran yuran, pembelian buku bagai.
Lepas tuh kita bersiap sedia untuk sambutan Ramadhan pula ye.
Tak ada apa la pun persiapan yang hendak dibuat sebenarnya.
Hanya pastikan groceries cukup itu aje la.
Kepada siapa yang masih ada puasa yang perlu diganti, in sya Allah masih ada lebih kurang 25 hari untuk menggantikannya ye.
Daripada segi keroje pula, udah berjujuk tersusun jadual mesyuarat, perbincangan, bengkel, dsb.
Ini memang tidak boleh kata apa ye.
Udah namanya keroje makan gaji.
Makanya kita usahakan semampu yang boleh ye.
Berangan juga hendak berzumba kembali😅.
Tapi ada kerisauan juga kot berakhir dengan janji tinggal janji.
Nanti kita tengok apa kesudahan kejadiannya nanti.
Sepatutnya den udah kena berpuasa beli buku.
Sebab sakan tershopping buku di bulan Januari 2025😅.
Tetapi disebabkan ada rancangan hendak ke beberapa kedai buku.
Makanya ada harapan janji ini dicapati lagi😅.
Aci tak kalau sesi membeli belah buku-buku ni den kategorikan sebagai pelaburan untuk ilmu😅.
Berdebar la kalau sembang pasal terberkenan kepada mana-mana buku ni.
Berangan macam-macam untuk dibuat pada bulan ini.
Tapi itu la kan😅.
Dia punya tahap malas tuh sampai tidak tertengok Neflix padahal ada je senarai cerita menarik untuk disiasat.
Makanya ayuh la kita berhuhuhuhu sahaja.
Semoga Februari kita semua fabulous yar.
0 Comments