Di Ambang Ramadan Hari Terakhir Februari 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Semoga semuanya sihat walafiat.
In sya Allah umat Islam akan mula melaksanakan ibadah berpuasa di bulan Ramadan samada esok atau lusa.
Semoga ada rezeki kita bertemu bulan paling barakah ini ye.
Februari macam berlalu sekelip mata.
Udah la memang bulan yang mempunyai hari paling sedikit kan?
Lepas tuh den pula kalut dengan macam-macam😅.
Mula sesi baru sekolah.
Dengan buat keputusan yang patah hatinya huhuhu.
Dapat pula berita kurang enak di pejabat ni.
Hmmmm….
Banyak kisah berlaku di Februari 2025 sebenarnya.
Sibuk + patah hati keriuk keriuk menyebabkan mood hendak update blog ke laut dalam😅.
Apa pun yang berlaku kita kena jalan terus ye.
Sebagaimana maksud ayat 216 Surah Al-Baqarah:
Alhamdulillah berjaya membaca 7 buah buku pada bulan Februari ini.
Terbaca buku awesome iaitu Imam oleh Abdullah Hussein, Sasterawan Negara.
In sya Allah nanti den usahakan untuk buat resensinya ye.
Dapat membeli buku yang den berkenan dooh walaupun jauh perjalanan hendak mendapatkan bukunya😅.
Siap sesat barat sekupang dua😅.
Dia macam tuh la kalau terberkenan dekat sesebuah buku tuh lautan api sanggup kurenangi begitu😅.
Eceh.
Ngeri tengok duit keluar macam air dari pecah bila membeli buku-buku yang den berkenan.
Ada beberapa buah buku duduk menggoda di dalam cart di Shopee dan BookXcess.
Den menahan diri je daripada check out.
Duitnya tidak meriah pun satu faktor juga😅.
BookXcess KL East Mall buat jualan tutup kedai dari 1 - 31 Mac 2025.
Buku dijual serendah RM1 pula tuh.
Mampuih la kalau den terjebak nanti.
Bisa keterhutangan serius begitu😅.
Den mohon sesiapa yang terbaca blog den ini untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada ex-officemate den ye.
Encik Haris bin Hasan meninggal dunia pada Selasa baru ni.
Kali terakhir berjumpa beliau masa jamuan raya 2024.
Kami antara kakitangan terawal bertugas semasa jabatan kami mula beroperasi.
Arwah orang yang ceria.
Tidak berkira.
Bekerja keras.
Masa berjumpa tahun lepas pun nampak dia sakan berusaha untuk jalan terus dalam hidup walaupun ada banyak cabaran.
Teringat pesan ustaz dalam satu ceramah.
Kataya apabila kita menerima satu berita tentang kematian.
Ianya adalah peringatan kepada yang masih hidup.
Agar muhasabah diri.
Sentiasa berusaha menambahbaik amalan.
Mempersiapkan diri untuk menunaikan janji kepada Allah.
Sememangnya setiap hari kita semakin dekat dengan lubang kubur.
In sya Allah semoga Allah bagi kita rezeki untuk reset kehidupan kita supaya sentiasa berada di jalan yang lurus di bulan Ramadan ini.
Selamat melaksanakan ibadah Ramadan kepada semua.
Jaga diri.
0 Comments