Lawatan tapak kerja bagi aktiviti yang melibatkan pembangunan kawasan yang menempatkan kapal terbang yang katanya hendak dijadikan restoran tapi entah bila akan direalisasikan

Buku ini den baru mula baca dalam ETS. Baru baca sampai tadabur ayat 12. Rasanya lama lagi den akan habis baca buku ni. Kome kena dapatkan buku ni. Banyak ilmu baru kita boleh dapat.
Pengajaran daripada Surah Al-Kahf yang mengandungi 110 ayat
Buku 2/2025 yang selesai dibaca. Bila naik Bas Selangorku in sya Allah akan terbaca buku bila menunggu
Sesi mengopi 2/2025 bersama rakan sepejabat di Cruffee Cafe Nilai bagi meraikan seseorang yang membeli kereta baru. Kita tumpang happy bila orang lain bahagia.
Buku 3/2025 yang habis dibaca. Buku genre healing dan motivasi versi anak muda begitu
Tompok (hitam putih) dan Chunky. Bergaduh je la keroje deme sampai tercabut-cabut bulu dan luka di sana sini. Makan banyak tapi tak nak tolong mummy buang sampah pun
Appreciate the little thing in life. Macam bau wangi bunga tanjung dekat kawasan apartment den.
Lawatan tapak ke kawasan di Sekinchan. Padi baru hendak ditanam semula. Jadinya tidak cantik untuk bergambar begitu. In sya Allah April nanti padi akan mula tumbuh dan menghijau. Sedang elok untuk fotografi Aidilfitri bersama keluarga dan baju raya
Buku 4/2025 yang habis dibaca. Ini hendak ambil gambar buku ke gambar makanan kan?

0 Comments