Tempat Mengopi Negeri Sembilan - Aqoffee Kg Siliau Rantau
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sihat ke semua?
Batuk den tinggal 5% lagi ni🥲.
Sudah bawa anak-anak bercuti ke mana cuti sekolah ni?
Setakat ni den sekeluarga masih tidak ke mana-mana.
Tengah mencari tempat di mana yang kurang sesak yang sudah pasti tidak dijumpai😅.
Sejak ada media sosial, asalkan viral tempat makan sedap, cafe hipster, tempat pelancongan menarik tidak kisah ceruk mana pun orang akan usahakan untuk sampai begitu.
Aqoffee Kg Siliau Rantau ini viral dalam 2,3 tahun lepas rasanya.
Biasa la den selalu menggunapakai konsep better late than never begitu😅.
Orang lain udah pergi ke cafe viral yang lain, den baru hendak datang ke cafe ini.
Lokasi
Cafenya jauh ke dalam jalan masuk hutan belantara bagai😅.
Den sampai ingat google map buat prank sebab sungguh jauh perjalanan hendak menyampai ke sini.
Den ingat kami udah sesat.
Tapi akhirnya sampai juga.
Cafe And Its Surrounding
Cafe ini terletak di atas lot tanah persendirian.
Kenapa ayat gomen kan😅?
Cafenya comel banget.
Tempat duduknya boleh muat dalam 25 - 30 orang in one sitting.
Ada disediakan homestay sekali di sini.
Bangunan warna warni tuh homestay |
Yang mahalnya sesiapa yang mengopi di sini dibenarkan untuk mandi di kolam renang comel yang ada.
Mujurnya kami datang masa kolam renang ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Dasyat eh ayat gomen den😅.
Jadi budak-budak memandang kolam renang itu dengan rasa hampa di dada😅.
Kalau deme boleh mandi, haruslah den kena bertunggu tangga di sini teman deme mandi sampai kecut-kecut badan😅.
Menu Kopi dan Kek
Ada beberapa pilihan kopi dan kek yang boleh dicuba.
Disebabkan tema kami asal merasa makanya kami pesan 2 jenis kopi hipster dan sepotong cheese cake.
Jadilah buat raso raso begitu.
Kopi dan keknya sedang elok rasa.
Rasa sama macam cafe hipster lain.
Harga pun lebih kurang sama dengan cafe hipster lain yang den pernah pergi.
Waktu Operasi
Cafe comel ni beroperasi setiap hari kecuali Rabu.
10 pagi - 7 malam.
Kalau kome ke Rantau moh mengopi di sini ye.
Untuk den okay ✅ bucketlist untuk minum kopi di sini.
Ayuh kita cuba cafe hipster di tempat lain pula.
0 Comments