Tempat Makan Shah Alam 2025 Pizza Sg Klang/Asian Kuih
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihat walafiat dan happy sokmo tidak kira apa dibuat.
Alhamdulillah batuk den udah kebah 70%.
Tinggal sikit je lagi ni nak sembuh.
Ayuh den kongsikan tema yang menjadi pujaan sejak den kecil.
Iaitu makan-makan di sana sini😅.
Minggu pertama di tahun 2025 udah pergi makan pizza😅.
Macam mana hendak kurus kan?
Lepas tuh macam mana hendak menabung kalau sakan makan luar kan?
Haish.
Kedai makan ini diperkenalkan oleh sepupu den akhir Disember 2024.
Semasa den teman dia mengambil runner kit di Decathlon, dia ajak den makan di sini.
Sepupu seorang ini memang idola den.
Zaman 20an dia sangat happening sampai pusing kepala arwah Pak Long😅.
Tetapi dia menjadi sepupu pertama menunaikan haji pada umur 39 tahun.
Mula aktiviti hiking gunung semasa berusia 47 tahun kalau tidak silap.
Sampai sekarang umur awal hampir pertengahan 50an, dia masih aktif hiking gunang ganang seantero Asia.
Eh hendak cerita pasal makan-makan sebenarnya😅.
Sokmo je tersasar dari jalan yang benar den ni😅.
Den makan dengan sepupu den di Pizza Sg Klang/Asian Kuih pada hujung Disember 2024.
Lepas tuh den bawa pula keluarga kecil den makan di sini pada minggu pertama Januari 2025.
Jadinya gambar yang den akan kongsikan adalah kombinasi 2 kali sesi makan-makan ini ye.
Pilihan Menu
In sya Allah aneka pilihan menu sesuai untuk semua.
Peminat makanan Melayu.
Orang yang suka makanan barat.
Ada sedikit makanan Cina.
Cuma setakat dua kali den pergi tidak perasan pula ada kopi o ke apa.
Minuman dijual oleh reruai yang berbeza.
Semuanya air hipster ye.
Agak sedikit canggung di situ bila makan lempeng.
Tetapi minum air caramel macchiato begitu😅.
Menu masakan Melayu ada lauk salai masak lemak cili api.
Ada salai ayam kampung, keli, itik dan daging.
Didatangkan bersama nasi putih, sambal belacan, telur masin dan ulam.
Udah langsung den terngences masa tulis ni😅.
Pulut, lempeng, nasi impit, rendang pun ada.
Ini memang menu yang den berkenan la.
Disebabkan nama kedai pun Pizza Sungai Klang.
Makanya memang ada aneka pizza untuk kome pilih yang mana satu berkenan.
Ada sup cendawan, lasagna, spagethi, kentang goreng dan lain-lain.
Desserts dia boleh tahan menarik.
Ada scones, sea salt brownies, cookies, kek cempedak, dsb.
Menarik kan sebab ada banyak pilihan.
Sediakan aje ongkosnya ya.
Tetapi in sya Allah harga masih mampu milik.
Lepas tuh mohon jangan rambang mata.
Nanti segah perut hendak habiskan semua makanan yang dipesan😅.
Menu Pilihan Kami
Masa den makan dengan sepupu den sambil mengemaskini kisah kehidupan terkini😅.
Kami pilih pizza beef pepperoni, Ayah’s beef stew, lempeng kari ikan kembang dan sup cendawan.
Kome tau la kan siapa yang pesan lempeng tu😅.
Minuman adalah passion fruit dan coklat.
Den la yang tersalah pergi pesan coklat.
Udah muak sudahnya huhuhuhu.
Bila makan dengan keluarga kecil den, kami makan pizza Hawaiian chicken, Ayah’s beef stew, pulut dan ikan masin, scone dan kek cempedak.
Minum passion fruit dan peach.
Air kosong disediakan percuma di kedai ini.
Dua kali makan dengan masih pesan Ayah’s beef stew.
Maknanya den berkenan dooh la tuh ye.
Set ini didatangkan sekali dengan garlic bread.
2 jenis pizza yang den makan rasanya not bad cuma kalau tekstur dohnya ditambahbaik pasti lebih sedap.
Kena cuba scone dan kek cempedak.
In sya Allah daebak.
Terselit pula buku penulis yang 5 buah bukunya diharamkan |
Sup cendawan sedikit tawar masa den makan tuh tetapi den suka sup cendawan yang dibuat sendiri ni.
Cicah pula dengan roti bun.
Ngam.
Sup cendawan dalam bun yang kanan bawah tuh ye |
Masa den makan pulut ikan masin tuh kebetulan pulutnya terkeras sedikit kot.
Jadi agak kecewa di situ.
Eceh.
Lempeng cicah kari ikan kembung ngam teruk di tekak den.
Cuma lempeng itu kering sedikit.
Persekitaran Kedai Makan
Konsep open air.
Kedai ala-ala hampir hipster + English vibes tetapi disuntik tema kedesaan.
Begitu.
Molek juga untuk bergambar di sana sini.
Kalau datang tengahari macam den dengan keluarga den, memang berkicap.
Molek datang waktu pagi atau petang untuk lebih selesa.
Tapi kalau datang petang mungkin ada makanan yang telah habis.
Waktu Operasi dan Lokasi
Waktu operasinya:
Selasa - Khamis 9 pagi - 6 petang.
Jumaat - Ahad 9 pagi - 10 malam.
Isnin tutup.
Kedainya terletak di Padang Jawa, Shah Alam.
Hendak masuk ke sini memang jalannya sempit sedikit.
Tempat letak kereta boleh muat dalam 9,10 biji kereta pada satu-satu masa.
In sya Allah den udah rancang hendak datang makan di sini dengan konco-konco lain pula😅.
Hendak cuba menu lain pula.
Usah ditanya bila hendak jaga makan😅.
Apo minggu kedua udah terpleot azam hendak makan makanan sihat ye😅.
0 Comments