"Ilmu bukanlah apa yang dihafaz semata-mata, sebaliknya, ilmu adalah apa yang memberi manfaat" - Imam Syafi'i

 

Tajuk: Resensi Buku Rihlah Ilmu Imam Asy-Syafi'i

Pengarang: Islahee Muhammad Yousuf

Penterjemah Hairi Dahari.

Mukasurat: 72

Sumber: Pinjam dari sunbae yang selalu membebel den sakan melagho

Kisah ringkas perjalanan Muhammad bin Idris asy-Syafi'i atau lebih dikenali sebagai Imam Syafi'i.

Salah seorang daripada empat imam agung mazhab fiqh Islam, Imam Syafi'i mengasaskan Mazhab Syafi'i.

Beliau merupakan tokoh ulama fiqah, Usul al-fiqh dan hadis.

Diceritakan juga beberapa perkara tentang Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hambali.

 

Amalan yang sama bagi keempat-empat ulama ini:

Solat malam setiap hari

Khatam Quran setiap hari

 

Semoga kita dapat berusaha untuk membaca Quran setiap hari dan bangun solat malam ye.

Imam Syafi'i merupakan anak murid Imam Malik dan beberapa tokoh ulama lain.

Beliau merantau seantero bumi Arab (Madinah, Baghdad, Kaherah, etc) bagi menimba ilmu meninggalkan ibunya yang telah berusia.

Buku ini untuk orang yang menghampiri separuh abad macam den ni terpempan sebab tidak terjangkau keperibadian mulia dan ilmu ulama terdahulu.

 

Imam Syafi'i:

dilahirkan di Gaza, Palestin

hafaz Quran pada umur 7 tahun

hafal kitab al-Muwatta' (karya Imam Malik) pada umur 10 tahun

keluarkan fatwa pertama pada umur 15 tahun

pengarang ar-Risalah

tulis 113 karya

bahagikan malam kepada 3 bahagian - 1/3 menulis, 1/3 untuk solat dan 1/3 untuk tidur

khatam Quran setiap hari

khatam Quran 2 kali sehari di bulan Ramadhan

hampir semua imam dalam bidang hadis bermazhab Syafi'i (Bukhari, Muslim, at-Tarmizi, etc).

meninggal dunia pada 53 tahun.

 

Imam Malik bin Anas (Mazhab Maliki):

lahir di Madinah

pengarang kitab al-Mutawwa (kitab himpunan hadis terbaik).

guru Imam Syafi'i.

 

Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi):

lahir di Kufah

solat malam

khatam Quran dalam solat malam

Solat Subuh dengan wuduk Solat Isyak selama 40 tahun.

khatam Quran 7,000 kali sebelum meninggal dunia pada umur 70 tahun.

 

Imam Ahmad bin Hanbal (Mazhab Hanbali):

lahir di Baghdad

kembara 26 tahun mencari ilmu

hafaz 100,000 hadis

anak murid Imam Syafi'i

khatam Quran setiap hari

solat malam

dipenjarakan dan diazab selama 28 bulan di bawah arahan Khalifah Abbasiyah (al-Mu'tasim) kerana tidak menyokong aqidah Muktazilah (keyakinan bahawa Al-Quran merupakan makhluk yang dicipta).

 

Den baru baca buku tentang Imam Syafi'i dan Imam Malik tetapi satu perkara utama yang den dapat daripada kedua buku ini adalah peranan dan tanggungjawab seorang ibu yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang membentuk keperibadian 2 orang ulama agung ini di dalam menuntut ilmu dan menegakkan syiar Islam.

Buku ini walaupun nipis tetapi ada banyak fakta yang memerlukan penjelasan lanjut melalui carian google.

Buku pertama di tahun 2025.

Buku ini tidak termasuk di dalam TBR 2025 den.

Tapi mengenangkan sunbae suruh den baca buku ni sejak Ogos 2024, makanya den baca la bukunya sebelum sunbae katok den😅.


 

 

 

0 Comments