Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Harapnya semua sihat walafiat.

Ramai ke yang bercuti tu?

Jalan-jalan mana dengan keluarga atau teman-teman?

Den keroje😅

Had cuti rehat telah habis.

Jadi ayuhlah bertabah hati bekerja sambil dengar lagu raya.

Puasa pun idok lagi beriya pula dengar lagu raya ye😅.

 

Kadang-kadang ada hari dalam hidup kita macam terpleot sangat.

Kadang-kadang kita perlu tengok cerita yang santai, ringan dan kalau bisa bikin kita gelak memang bonus.

Kita ketepikan dulu ye KDrama dalam kategori slice of life, makjang, zombie, penyiasatan yang penuh berliku dan paranormal/magis.

Kita cari KDrama dalam kategori nyaman dan manis begitu.

Santai dan sudah pasti happy ending.

Den hendak kongsikan sebuah KDrama yang den suka ulang tengok bila rasa terpleot.

Tajuk: Weightlifting Kim Bok-joo

Episod: 16 Episod

Tahun Siaran: 2016 – 2017

Genre: Kisah persahabatan pelajar sekolah sukan

 

Ini cerita persahabatan pelajar-pelajar di sekolah sukan.

Santai aje ceritanya.

Tiada orang jahat.

Banyak adegan yang comel dan kelakar.

Suka sangat persahabatan 3 sekawan Bok-joo, Nam-hee dan Seon-ok.

Comel je bila pasukan angkat berat berkonfrontasi dengan pasukan gimrama.

 

Kisah kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak.

Ada juga kisah cinta remaja.

Ianya juga bukan cerita cinta tangkap leleh pandang memandang 5 minit tuh ha.

Sweet je kisah cinta yang sekupang dua tuh.

Setiap orang ada background story nya kenapa dia jadi sebegitu.

Perjuangan atlit dan jurulatih untuk menjadi juara.

 

Kita boleh tengok juga susah payah mereka yang terlibat dalam bidang sukan ni.

Bukan calang-calang hendak melahirkan jaguh dalam sesuatu sukan.

Latihan keras dan berterusan.

Dengan kena jaga pemakanan.

Kena menyertai pertandingan secara berterusan.

Siap pakej air mata bagai.

Belum lagi peruntukan pembangunan sukan yang dipotong tapi mengharapkan kejayaan yang cemerlang daripada atlit.

 

Ada 4 scenes yang den paling suka dalam drama ni.

1. Den paling suka scene Bok-joo ajar juniors pasukan angkat berat dia macam mana hendak makan dengan betul agar dapat makan semua makanan yang deme pesan.

Tengok dari saat ke 36 ye.

2. Scene Bok-joo dan kawan-kawan dia menyanyi karaoke pun best juga.

Lagu Big Bang juga dipilihnya ye.

 

3. Scene Jong-hyung kantoi dengan Bok-joo pergi kencan buta pun kelakar.

4. Scene Bok-joo minum kopi waktu rehat dengan kawan-kawan semasa kerja sambilan angkat barang.

Banyak scenes yang mengundang senyum dan gelak ketawa sebenarnya.

Scene Bok-joo dan Jong-hyung makan oden.

Scene sunbae yang Bok-joo kerja sekali ajak makan sama.

Scene Bok-joo mabuk kena tolak dalam troli supermarket.

 

KDrama yang membawa kita mengenang zaman remaja yang sebenarnya penuh dengan trial dan error.

Penuh dengan kisah mencipta memori.

Persahabatan yang tulus ikhlas dan banyak mengundang gelak ketawa.

 

Bila tengok KDrama ni korang akan terasa hendak makan macam-macam lagi-lagi ayam goreng.

Sebab banyak betul adegan makan😅.

 

Hampir 9 tahun sudah usia KDrama ini tetapi setiap kali tengok tetap juga buat den tersenyum.

So do give this KDrama a chance in your busy schedule yar.

A sweet KDrama to watch on the rainy day.

In sya Allah berbaloi.

SWAG!!!!

 

 

2 Comments

  1. Best kan citer nii! Dulu saya tgok kat kolej dgn kawan2 mmng layan. Dari cerita tu lah saya tau sikit pasal sukan angkat berat ni :D

    ReplyDelete