Jalan Jalan Cari Makan Rantau - Melaka
Cendol Kak Yam Rantau - Aqoffee Kg Siliau Rantau - Asam Pedas Dapur Panas - Jonker Boutique Hotel - Mee Sup Tengkera - Pizza Kayu Api - Mochee Dimsum House Halal - Ikan Bakar Segar Hj Musa / Akmal Bahari
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ni kisah September 2024 lepas yang tidak sempat diceritakan sebab den kemalasan😅.
Tapi disebabkan cuti sekolah akan tiba pada 18 Januari - 16 Februari 2025.
Maka den merajinkan diri untuk menulis bagi mencari semangat untuk berjimbaan nanti.
Eceh😅.
Asbab mendapat cabutan bertuah voucher penginapan di Jonker Boutique Hotel, Melaka makanya kami terjalan-jalan ke Melaka begitu kisahnya.
Dia biasa la kalau JJCM versi den.
Akan tersinggah di tempat yang tidak masuk dalam itinerari.
Pitstop pertama sepatutnya singgah adalah Aqoffee Kg Siliau Rantau sebab teringin hendak mengopi di kedai kopi viral ni😅.
Sekali eh ternampak kedai cendol tepi jalan.
Maka moh la kita singgah makan di Cendol Kak Yam Rantau.
Rajin makcik pemilik kedai tu menyembang dengan den.
Dia cerita tentang jerit perih membuka kedai cendol ni.
Den ni pula memang bukan jenis peramah.
Tidak reti bersembang sangat.
Harap makcik tidak kecil hati la den nya mulut tak meriah.
Memang sedap makan cendol dan ais kacang waktu panas.
Sejuk aje tekaknya.
Aqoffee Kg Siliau Rantau
Jauh ke dalam jalan masuk hutan belantara bagai😅.
Tapi ramai ye orang datang sini.
Asalkan viral tidak kisah ceruk mana pun orang sampai begitu.
Kopi dan keknya sedang elok rasa.
Rasa sama macam cafe hipster lain.
Ini ikut tekak kami yang biasa minum kopi o la.
Bukan penggemar kopi hipster.
Nanti den kongsikan gambar lagi di dalam post akan datang.
Asam Pedas Dapur Panas
Bila udah pergi Melaka kalau tidak makan asam pedas dia macam pergi Penang tetapi tidak makan nasi kandar😅.
Jadinya kami makan asam pedas yang terjumpa di tepi jalan.
Tidak sempat hendak cari asam pedas paling awesome di Melaka ke apa sebab sakan masing-masing kelaparan.
Sedap aje la untuk tekak kami yang perutnya udah keriuk-keriuk.
Singgah beli dodol bagai buat makan di hotel.
Jonker Boutique Hotel
Check in di hotel yang merupakan asbab keluarga kecil den ke Melaka kali ini.
Boleh baca review den tentang hotel ini di sini ye.
https://www.dinohauz.com/2024/09/pengalaman-menginap-2h1m-di-jonker.html?m=1
Mee Sup Tengkera
Lepas berehat apa semua, dalam 5.30 petang kami keluar hendak cari makan.
Disebabkan tiada tempat letak kereta, makanya den pergi tapau popia basah dan kering.
Tidak sempat hendak makan mee sup nya.
Pizza Kayu Api
Ini pre-dinner😅.
Kami sampai kiosk nya baru nak buka.
Budak-budak memang kegemaran deme la pizza ni.
Kita ni tumpang rezeki budak-budak je.
Doh nya lembut.
Pepperoni dan cheese sedang elok.
Memang ngam.
Boleh makan lagi kalau ke Melaka di lain kali.
Mochee Dimsum House Halal
Lepas makan makanan barat, kita makan pula makanan Cina.
Lepas tuh kita buat-buat terkejut seluar tidak muat ye😅.
Ini den akan buat post lain nanti ye untuk kongsikan gambar walaupun idok la banyak mana gambarnya😅.
Tempatnya cozy sangat.
Ikan Bakar Segar Hj Musa / Akmal Bahari
Sebenarnya hendak pergi ke Umbai ke Sungai Duyong hendak makan ikan bakar.
Tetapi disebabkan semua orang sudah hendak pengsan kekenyangan.
Makanya kami singgah makan sotong celup tepung dan kerang bakar sahaja.
Kome tengok la dalam masa satu hari, kami makan di 7 tempat berbeza.
Satu hari berapa kali makan pun tak tau la perempuan ini ye😅.
Yang menyusun jadual macam ada membela hantu raya ni den la😅.
Keluarga kecil den ikut je itinerari den.
Kalau hendak makan di banyak tempat tips nya kita pesan makanan ala kadar buat merasa di setiap tempat yang kita pergi.
Den memang suka makan sejak kecil.
Tidak pernah ada fasa den diet ke apa.
Dalam pantang dulu pun den makan je semua apa yang boleh makan.
Begitulah.
Kalau ada sesiapa yang merancang untuk berjalan-jalan ke Melaka yang sudah pasti sesak teruk😅, boleh check out tempat-tempat yang den cerita nih ye.
Jaga diri semua.
0 Comments