Roti Canai Kayu Arang Melaka - Keria Antarabangsa Limbongan (Hjh. Rahmah) - Muzium Penjara Malaysia - Kafe Kopi Jail

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita sambung cerita JJCM ke Melaka.

Asalnya hendak check out dari Jonker Boutique Hotel dalam 9 pagi.

Tapi pukul 10 pagi baru berjaya check out😅.

Biasa la semuanya terkebil-kebil seronok mengulit mimpi atas katil empuk hotel. 

Kenapa tilam hotel selalu best teruk kan?

Rasa tak nak menguit. 

 

Roti Canai Kayu Arang Melaka

Lepas check out, terus kami pergi breakfast di Roti Canai Kayu Arang Melaka.

Walaupun hari bekerja tetap ramai orang ye.

Mujurnya kedai dia besar.

Jadi tidak perlu beratur untuk tunggu tempat duduk.

Agak bercinta hendak mencari tempat letak kereta di sini.

Den biasa la peminat lempeng.

Makanya pesan lempeng kelapa dan lempeng biasa.

Makan nasi lemak ayam, roti telur tampal dan roti sarang burung juga.

Den sebenarnya tidak tahu rasa sedap pengsan ke idok sesuatu makanan.

Bagi den kalau kami boleh makan kira ngam begitu.

Semua makanan ada rasa kena dengan tekak kami.

Lempengnya lembut.

Nasi lemaknya berlemak.

Ayamnya garing.

 

Sekali hendak berjalan ke kereta, eh boleh pula tersinggah ke kedai jual barangan rotan dan makanan kudapan Melaka termasuk cencaluk bagai.

Beli tudung saji sebab suami den cakap tudung saji dekat rumah udah buruk banget.

Bab barang rumah memang den serahkan pada dia sebab dia yang rajin menguruskannya.

Kalau pengurus rumah kata ada barang kena ganti.

Kita ganti begitu konsepnya.

Beli la dodol buat sekian kalinya sebab dodol semalam hampir habis dimakan di hotel😅.

Cantik beg-beg mengkuang yang ada ni
Lama tak jumpa kerusi rotan ni.

Singgah tapau Keria Antarabangsa Limbongan (Hjh. Rahmah).

Makan lagi ye😅

Ingatkan nak pergi Muzium Mamee tapi tiada tempat kereta la pulanya.

Maka ayuhla kita ke Muzium Penjara Malaysia.

Keputusan yang dibuat on the spot

 

Muzium Penjara Malaysia

Kenapa den pilih hendak ke Muzium Penjara Malaysia masih misteri sehingga hari ini😅.

Stress la pulanya sebab kisah pasal kesalahan, banduan, hukuman bagai.

Den ini udah tua.

Den mengharapkan kisah yang santai dan bertenang je.

Sekali pergi tengok himpunan kisah dalam penjara, memang la kemurungan.

Sempat tengok demonstrasi sebatan bagai. Mana tak stress? Ngeri ye.

In sya Allah nanti den kongsikan cerita lawatan impromptu ke muzium ini ye. 

 

Kafe Kopi Jail

Singgah mengopi di Kafe Kopi Jail.

Terletak betul-betul sebelah Muzium Penjara Malaysia.

Rasa makanannya lebih kurang sama macam di cafe hipster lain.

Harga pun boleh tahan hipster😅.

Yang uniknya nama kopi semuanya berkaitan hukuman di penjara.

Kopi Sebatan, Kopi Reman, dsb.

Tidak hipster betul namanya kan😅?

In sya Allah nanti den akan kongsikan cerita kami minum di cafe yang tidak hipster namanya ini ye😅

 

Lepas ni kami terus je bergerak balik ke Shah Alam.

Selesai sudah percutian singkat 2H1M ke Melaka.

Disebabkan pilot kami semakin tidak sihat.

Makanya kami tidak boleh berjimbaan waktu malam.

Bagi mengurangkan risiko begitu.

Jadinya kalau kami JJCM kebiasaannya den akan susun itinerari untuk sampai ke hotel sebelum Maghrib.

Lepas tuh kalau pilot rasa dia sihat, kami pergi makan dekat-dekat hotel sahaja.

Kalau pilot terpleot, kita grab aje makanan asal kenyang.

Begitulah cerita keluarga kecil kami.

 

Semoga ada rezeki untuk bercerita tentang sesi JJCM lagi di masa akan datang.

In sya Allah.

Jaga diri semua.

 

 



 


 

0 Comments