Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar?

Semoga semuanya sihat walafiat.

Bersemangat tak kome memasuki tahun baru 2025 ni?

Den tidak tahu la den semangat ke tidak tetapi den lagi sikit hendak pergi kerja sebab terlupa tarikh hari ni 1 Januari 2025😅.

Cuti umum di Malaysia yang tercinta nih ha.

 

Sebenarnya setiap hari pun kita harapkan kehidupan yang lebih baik, cemerlang terbilang kan?

Bukannya setiap kali masuk tahun baru sahaja.

Sesuai lagi ke kalau berbicara tentang azam tahun baru 2025?

Sedangkan azam tahun-tahun terdahulu pun masih banyak tidak tercapai😅.

Ini den la tau.

Orang lain in sya Allah okay.

 

Bagi tahun 2025, berjujuk checklist dan bucketlist😅.

Idok la yang gegak gempita macam hendak panjat Gunung Everest ke apo.

Simple stuff untuk orang yang in sya Allah jika Allah izinkan akan berusia 47 tahun ini.

Orang yang kerojenya mengira hari bila boleh bersara awal.

Untuk merealisasikan hasrat tidur sampai lebam😅.

Rasanya azam den setiap tahun pun hampir sama.

Walaupun pencapaian KPI nya yang harus dipersoalkan😅.

Kesihatan

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, den berharap benar dapat menambahbaik aspek kesihatan ni ha.

Lagi-lagi tahun 2024 tahap kesihatan den agak ke laut dalam.

Macam-macam ubat yang den telan untuk aneka jenis sakit. 

Sekarang ni pun masih batuk yang macam hendak terkeluar pankreas.

Berbuih-buih la mulut doktor membebel.

Jaga makan.

Guna konsep suku suku separuh.

Bersenam paling kurang 3 kali seminggu.

 

Nampak macam kena buat 2 perkara je kan?

Tapi untuk orang yang hobi masa lapang adalah makan dan tidur.

Berat ye saranan doctor ni.

Tapi perlu diusahakan semaksima yang mampu supaya sihat.

Ini checklist yang akan berpanjangan sehingga akhir hayat.

 

Membaca, Buku dan Perpustakaan

Beberapa tahun ni den mensasarkan hendak membaca 100 buah buku setahun.

2022 den berjaya membaca 67 buah buku.

2023 96 buah buku.

2024 96 buah buku.

 

In sya Allah dikekalkan hasrat membaca 100 buah buku pada tahun 2025.

Ada lebih kurang 20 buah buku yang den berhasrat untuk ulang baca.

Ada 30 buku dalam senarai untuk dibaca.

Lepas tuh rajin la hendaknya membuat resensi setiap buku yang dibaca.

Dan update IG @sariereads dan aplikasi Goodreads.

 

Semoga Allah bagi rezeki untuk berkunjung ke perpustakaan tahun ini.

In sya Allah sudah ada senarai perpustakaan yang berangan hendak singgah.

 

Ada buku-buku yang den pinjam di perpustakaan den jatuh berkenan dengan buku-buku tuh.

Teringin hendak beli sebab hendak conteng, buat nota bagai.

Tapi itu la buku-buku di pasaran Malaysia ini harganya keras ye.

Paling murah buku yang den berkenan adalah RM50.

Kalau buku itu hanya ada di kedai buku gergasi harganya adalah RM100 ke atas.

Buku-buku berkaitan agama pun sama.

Jarang ada harga marhaein.

Jangan tanya pasal harga buku paling mahal den berkenan.

Bisa bikin jantung tercopot😅.

 

Buku-buku bajakan dekat Shopee tuh memang menggiurkan ye.

Semoga den tidak terjebak membeli buku-buku bajakan ni.

Tapi bila buku asli harganya RM168.

Buku bajakan RM25.

Memang agak goyang di situ ye😅

Ada berjujuk buku dalam cart di BookXcess, Shopee, Kinokuniya, MPHOnline, dsb😅.

Kebanyakan orang perempuan gila baju, tudung, kasut.

Den nih gila buku la pulanya😅.

Dasar kesambet setan lupa daratan keterhutangan serius begitulah ye😅.

Semoga Allah bagi den rezeki melimpah ruah untuk den beli buku-buku yang den berkenan tanpa perlu tengok tanda harga ye😅.

 

Travelling

In sya Allah nampak gayanya memang kena take a back seat aktiviti yang satu ini.

Faktor kewangan dan cuti rehat.

Cukai taksiran (pintu) di Selangor naik 25% bermula 1 Januari 2025 ni.

Dengan tarif TNB hendak naik 14% Julai 2025 ni.

Dia kalau tarif elektrik naik, dia akan ada colateral damage berjujuk - harga makanan, dsb akan naik. 

Sekarang ni pun kalau makan di luar pun terkebil-kebil tengok harganya.

Bayaran medical card bulanan budak-budak pun naik.

Macam-macam lagi perkara yang meningkat perbelanjaannya.

Makanya bagaimana kan?


Tapi itu la kita hidup hanya sekali.

Setiap saat makin dekat dengan lubang kubur.

Selagi kekuda kaki masih kuat untuk berjalan, adakah den harus hentam cromok aje?

Adakah harus den jual pankreas untuk merealisasikan hasrat untuk travel ni😅?

 

Sebenarnya negara yang den paling teringin hendak pergi adalah Iran.

Ini semua salah buku Bridges A History of The World’s Most Spectacular Spans😅.

Den hendak pergi ke Jambatan Khajoo yang merentasi Sungai Zayanderud di Isfahan.

Jambatan ni jadi inspirasi pembinaan Jambatan Putra di Putrajaya.

Bertuah kan?

Bucketlist kebanyakan orang hendak pergi Eropah main salji, shopping bagai.

Den tiba-tiba berangan hendak pergi Iran hanya kerana sebuah jambatan.

Tapi den berhuhuhuhuhu je la ye sebab berangan kan percuma😅.

Semoga ada rezeki tengok sunrise molek lagi tahun 2025 ni

Jalan Jalan Cari Makan

In sya Allah JJCM bersama keluarga atau konco-konco diusahakan untuk dijayakan setakat yang mampu.

Tiada perancangan hendak ke mana pun setakat ni.

Lagi-lagi umur makin tua ni.

Tidak lalu hendak bersesak-sesak di mana-mana tempat pun.

Hendak drive ke hulu ke hilir pun pilot nya udah tidak beberapa lalu.

Konsepnya kalau ada, ada la.

Kalau tidak kita duduk aje rumah melepak sampai lebam.

Eh 4 perkara je yang den hajatkan tahun ni ye.

Entah berjaya ke idok tuh ha walaupun 4 benda je😅.


Bagi tahun 2025, den mendoakan untuk diri den dan semua yang tersinggah baca blog den ini agar dirahmati Allah sokmo.

Semoga Allah kejutkan kita untuk bangun solat malam.

Semoga Allah pelihara dan lindungi diri, keluarga, pasangan, zuriat dan harta kita daripada kejahatan mata-mata orang yang cemburu, orang yang hasad, orang yang dengki, orang yang khianat, orang yang fitnah, tukang-tukang sihir, orang yang jahat dan juga syaitan (ini salah satu doa dalam Buku Perubatan Islam karangan Tuan Guru Ustaz Haron Din).

Dikurniakan rezeki melimpah ruah dan mencukupi seumpama air zam-zam yang mengalir agar bisa melaksanakan ibadah tanpa merisaukan hal duniawi yang tidak pernah berkesudahan, dapat melipatgandakan sedekah dan membantu memperkukuhkan perkembangan dan perjuangan Islam.

Udah kenapa ending nya macam vibes Bicara Mufti udah bunyinya ye post di hari pertama 2025 ini😅.

Semoga yang molek-molek untuk kita semua di tahun 2025 ini ye.

In sya Allah. 



 

0 Comments