Analisis Buku-Buku Dibaca Pada 2024 Oleh Goodreads
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sihat ke semua?
Batuk den tidak kebah-kebah udah hampir sebulan.
Ubat daripada klinik udah berjenis dan berenyut den telan.
Kot esok udah ketagihan ubat batuk dah satu hal.
Petua tradisional pun telah habis dicuba.
Minum lemon dengan gula batu.
Minum air panas dengan cengkih.
Minum air panas dengan halia.
Macam-macam la udah cuba.
Ke kena pergi kedai sengsei?
Ke kena telan belalang panggang ke apo baru hendak elok ni?
Den hendak simpan di sini analisis buku-buku yang den baca oleh Goodreads.
Ada banyak je aplikasi untuk simpan rekod baca buku.
Ada yang siap ada segala graf bagai.
Cuma den yang malas hendak explore.
Goodreads ni pun mujur sangat-sangat den tergerak hati hendak update Disember 2024 lepas😅.
Goodreads selalu tidak dapat capture semua buku yang kita baca.
Lagi-lagi kalau buku tempatan atau coffee table books.
Rekod Goodreads tunjukkan den membaca 86 buah buku pada 2024.
Kalau ikut rekod sebenar den membaca 96 buah buku.
Jadi kita simpan sini analisis yang dibuat oleh Goodreads.
Semoga Allah izinkan untuk terus membaca di tahun 2025 ini.
In sya Allah.
0 Comments