4 Pengembara Malaysia Yang Kome Boleh Follow Untuk Maklumat Tips dan Tempat Menarik Bagi Dilawati Seantero Dunia
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua di hari Isnin minggu kedua bulan Januari 2025 ini?
Den sedang makan antibiotik yang berbeza untuk episod batuk berpanjangan ini.
Setakat 2 hari makan antibiotik baru ni, nampak ada perubahan sedikit.
Batuk semakin reda dan kahak semakin tiada.
Cumanya den allergik la pulanya pada antibiotik ni😅.
Udah badan naik bintat-bintat macam digigit nyamuk.
Sikit lagi udah macam kulit salamander😅.
Gatal yang amat pula tuh.
Tetapi den hendak teruskan makan antibiotik sampai habis.
Sebab batuknya makin molek.
Tahan aje la kesan sampingannya itu.
Den suka baca kisah pengembaraan orang merayap ke seantero dunia.
Walaupun rezeki hendak berjimbaan di sana sini itu masih belum nampak sinar di terowong.
Den gembira dapat lihat gambar-gambar cantik yang dikongsikan.
Membaca cerita pengembaraan yang dicoretkan buat hari den lebih berwarna warni
Eceh😅.
Sebab itu 1/3 genre buku yang den baca tahun 2024 adalah travelog.
Kadang-kadang apabila tersempat yang udah tentu selalu tidak sempat, den menjengah ke Facebook dan blog mereka yang selalu travel ke seantero dunia.
Den suka tengok kisah pengembaraan deme ni sebab penuh maklumat.
Boleh dijadikan rujukan untuk kita rancang sesi berjimbaan apabila diizinkan Allah nanti.
Ada banyak tips diberikan dalam penulisan deme.
Facebook Helmi Baharum
Ini seorang kenalan asbab kerja.
Kalau tengok FB dia memang la mengundang rasa hendak jual apa yang patut lalu pergi berjimbaan.
https://www.facebook.com/mohd.helmi.3726/
Kerjanya berjalan merayap merata ke hulu ke hilir.
Memang tidak lekat di rumah.
Lepas habis kerja hari Jumaat terus hilang pergi mengembara.
Seorang yang selalu dapat harga hostel/hotel dan flight ticket yang murah teruk.
Pernah flight ticket dari KLIA - Lapangan Terbang Tawau dia dapat RM1😅.
Itu belum cerita dia dapat hotel yang ada bathtub.
Lepas tuh mengadap gunung ganang bagai tidak sampai RM100.
Kalau tengok FB dia memang jadi hasad dengki terus😅.
67 negara telah dilawati pada umur 36 tahun eh ke 38 tahun ye.
Cuba kome tengok aje pinned post dia di FB.
Merata merayapnya.
Rasanya dalam 70% dia travel sorang-sorang.
Ada banyak gila tempat di Malaysia yang den tidak pernah tahu kewujudannya.
Tetapi dia telah menjejakkan kaki di situ.
Kalau tidak silap KPI dia selepas ini adalah hendak pergi ke semua daerah di semua negeri di Malaysia.
Ke dia dah berjaya merealisasikan impiannya ni?
Den pun tidak perasan.
Sejenis yang ada segala mak nenek gajet untuk mengambil gambar.
Jadinya memang gambar-gambar yang dia kongsikan menjadi terapi mata.
Den selalu rasa Tourism Malaysia dan syarikat penerbangan patut buat kolaborasi dengan dia.
Sebab dia akan menjejaki tempat yang ramai orang tidak tahu.
Banyak betul alam semulajadi di Malaysia yang masih ramai tidak tahu.
Tempat macam ini yang pelancong luar negara cari sebenarnya.
Blog Time Traveller
https://timetravelafif.blogspot.com/
Ini otai dalam dunia mengembara juga ni.
Cuma den je baru terjumpa blog nya tahun lepas kalau tidak silap.
Siap menang anugerah blog travel terbaik.
Masuk majalah dan suratkhabar.
Hebat kan?
Sudah mengembara ke 43 negara seluruh dunia.
Buat den jealous bila membaca coretan pengembaraannya😅.
Seronok tengok orang berjalan di sana sini.
Di samping tumpang happy.
Den juga tumpang berangan hendak berjimbaan di tempat yang dikongsikan😅.
Berangan kan percuma.
Penulisan tentang pengembaraan yang penuh dengan maklumat dan tips macam ni den memang suka sebab boleh menjadi panduan untuk semua.
Den pernah berangan hendak menulis macam ni walaupun setakat pergi ke Kuala Selangor.
Tetapi disebabkan malas mencatat nota dan mengambil gambar.
Ditambah pula dengan sel-sel otak banyak yang terpleot.
Makanya tinggal angan-angan aje la sudahnya.
Sejak terbaca catatannya tentang travel ke Iran buatkan semangat den berkobar-kobar hendak ke sana.
Semangat je la tapi😅.
Blog Mulan
Ini pun den baru je terjumpa blognya.
Merata juga sesi pengembaraannya.
Menarik-menarik belaka gambar dan kisah berjalannya.
Belum sempat baca banyak perkongsiannya lagi.
Orang yang mengambil gambar penuh berseni.
Nyaman je mati dan sejuk je mata memandangnya.
Terapi mata begitu.
Sejenis blog yang memberikan banyak maklumat yang bisa kita jadikan panduan apabila ada rezeki hendak berjimba nanti.
Den nak baca tentang Slovenia nanti.
Sejak tengok KDrama Dear My Friends terus jatuh cinta teruk dekat Slovenia.
Padahal ada 2 episod je kot deme rakam di Slovenia.
Tetapi tetap den terpesona dengan Slovenia.
Siti Yang Menaip
https://www.sitiyangmenaip.com/
Den suka baca cerita jalan jalan cari makan adik manis ini.
Berenyut-renyut tips tentang travel dikongsikan di dalam blognya.
Kali terakhir beliau menulis di blog nya adalah pada Julai 2023.
Rindu hendak membaca penulisan beliau lagi.
Walaupun penulisan terakhir pada 2023, tetap banyak maklumat tentang travelling dan tempat makan sedap kita boleh rujuk di blog ini.
Semoga Cik Siti kembali mencoret di blognya satu hari nanti.
Ramai lagi travel blogger yang mantap-mantap blognya cuma den yang tidak tahu.
Kalau tengok 4 orang di atas ni memang jelas niche FB dan blog deme travel.
Blog den genrenya caca merba.
Sekejap cerita pasal makan.
Lepas tuh cerita pasal jalan-jalan yang sekupang tuh.
Cerita pasal buku sedikit.
Mujur den tahan diri daripada meroyan je.
Kalau tidak 50% cerita pasal royanan den je😅.
Ada orang yang suka mengembara tetapi sangat privasi orangnya.
Ada seorang anak buah den di pejabat ni yang solo backpacker merata.
Jenis diam dan buat hal sendiri.
Memang kalau boleh dia tidak mahu orang tahu dia ke mana.
Dia tidak akan kongsikan barang sekeping gambar di media sosial.
Media sosialnya pun ala-ala hidup segan tidak mahu.
Umur 32 tahun.
Sudah pergi umrah 3 kali.
Berenang dengan ikan jerung di Pulau Manila, Filipina bagai.
Rasanya semua negara dalam Asia dia telah pergi.
Katanya dia belum ada rasa hendak berjimbaan di luar selain Asia setakat ini.
Travelling sememangnya memerlukan kepala Agong (wang) yang bukan calang-calang.
Jangankan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM).
Kadang kala pergi isi minyak kereta terbang duit kalau tersinggah di kedai serbaneka di stesen minyak.
Lagi-lagi sekarang ni stesen minyak ada kedai kopi hipster, fast food, etc.
Jadi bila mana berbicara tentang JJCM.
Biarpun di dalam kariah yang kita duduk.
Ianya memerlukan wang.
Kalau mengembara ke luar negara, lagi meriah wang perlu dikeluarkan.
Den doakan semoga kita semua Allah kurniakan rezeki berenyut-renyut.
Agar kita dapat JJCM ke tempat yang kita teringin hendak pergi.
Dengan keluarga.
Dengan kawan-kawan.
Atau solo travelling.
Jadinya soalan yang paling utama sekarang.
Adakah den harus jual pankreas untuk JJCM tahun ini😅?
Jaga diri semua.
0 Comments