Satu Hari Berjalan-Jalan di Sepang dan Kuala Langat
HL Dragon
Fruit Eco Farm - Roti Paung
Pizza Kayu Api Dulu-Dulu Style, Kampung Tanjung Mas Batu 2 Sungai Pelek - Kerepek Wak
Sudar, Tanjung Sepat - Dataran
Tanjung, Jeti Tanjung Sepat - Pantai Cunang, Tanjung Sepat - Dataran Pantai
Batu Laut - Pantai Kelanang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Biasa la den dan keluarga kecil den selalu terjebak dengan aktiviti jalan-jalan cari makan secara tidak sengaja.
Asalnya hendak pergi ke Sepang kerana hendak hantar barang tetapi terpaksa dibatalkan kerana sebab yang tidak dapat dielakkan.
Alang-alang udah keluar suami den cakap moh la kita berjalan-jalan.
Nasib baik la den pakai baju semenggah juga.
Kalau pakai baju macam belacan seperti biasa pasti hati sedikit sedih kerana gambar den tidak comel nanti😂.
Sudahnya terjadi sesi JJCM secara tidak sengaja sehari suntuk.
Masa breakfast dengan kedai Kelantan di Sepang, anak den si A tanya 'eh mama tak nak ambil gambar makanan dulu ke😂.
Dia dah terbiasa den bising jangan makan dulu sebab den nak ambil gambar😂.
HL Dragon Fruit Eco Farm
Nampak orang review macam gempak tapi lorrrr😂.
Dia sebenarnya ladang buah naga biasa cuma diletak hiasan sekupang dua + ada restoran.
Bertuah betul😂.
Berjalan la sekupang dua di sini udah alang-alang membayo rege tiket RM10 sorang.
Sumpah tidak berbaloi ye😂.
Udah sampai bergambar la juga sekupang dua di ladang buah naga |
Roti Paung Pizza Kayu Api Dulu-Dulu Style, Kampung Tanjung Mas Batu 2 Sungai Pelek
On the way nak ke Kuala Langat, ternampak signboard Roti Paung Pizza di tepi jalan.
Sekali katanya udah tak buat roti payung.
Tapi ada jual pizza dan makanan barat.
Udah alang-alang kiddos cakap nak makan pizza maka moh la kita.
Simple stall set up sebelah rumah dalam kebun kelapa sawit.
Kami makan pepperoni pizza, garlic bread & mushroom soup dan lokan bakar.
Pelik ada menu lokan bakar di kala semua menu lain adalah western😂.
Berdebar sebab lokannya sejuk.
Risau sakit perut je nanti.
Alhamdulillah tidak sakit perut semuanya.
Ada ruang juga untuk bergambar sekupang dua.
Kerepek Wak Sudar, Tanjung Sepat
Singgah beli kerepek di sini.
Kecil aje kedainya.
Tidak banyak spesies kerepekya.
Beli sekupang dua kerepek yang berkenan.
Rezeki ada peria goreng.
Dataran Tanjung, Jeti Tanjung Sepat
Singgah di sini.
Best juga melayan angin yang agak kuat sepanjang kami berjalan di jambatan.
Lepak sekejap makan aiskrim.
Pantai Cunang
Singgah sekejap di pantai yang dikatakan antara pantai wajib datang di Kuala Langat.
Sayang betul macam terbiar.
Ada bakau bagai.
Padahal ada kolaborasi dengan pelbagai pemilik berkepentingan di sini.
Ayat gomen udah keluar hehehehe.
Sempat la budak-budak ni main pasir dan celup kaki dalam laut.
Dataran Pantai Batu Laut
Singgah bergambar je di tanda namanya.
Nampak ada banyak gerai happening tapi kami tidak makan di sini.
Pantai Kelanang
Paling lama lepak sini hampir 2 jam membawa ke Maghrib.
Makan segala baby crab bagai.
A mandi laut.
Dalam dok pesan jaga molek cermin mata, cermin matanya jatuh dipukul ombak.
Haish.
F yang asalnya tak nak mandi laut termandi sebab tolong carikan cermin mata A.
Memang la tidak jumpa cermin matanya.
Dua kali budak-budak ni terjumpa kaca, den ajak naik je la dari laut takut cedera.
Ramai budak-budak mandi laut situ.
Siap berkhemah bagai.
Harap tiada yang cedera la.
7.30 pm gerak dari Pantai Kelanang terus ke Shah Alam melalukan jalan Banting.
Singgah dinner dekat kedai tepi jalan.
Sampai rumah dalam 9.30 malam.
Lepas mandi semua tidur pengsan.
Keluarga kecil kami begitulah.
Selalu terberjalan-jalan dan termakan-makan.
Semoga ada rezeki lagi berjimbaan di masa akan datang.
0 Comments