Resensi Buku The Spice Necklace My Adventures In Carribean Cooking, Eating, And Island Life by Ann Vanderhoof
Sejenis buku yang bikin hati terpesona seawal mukasurat pertama.
Penulis dan suaminya bersara awal dalam umur pertengahan 40an dan belayar dengan bot deme ke Kepulauan Caribbean.
Setiap kali bot berlabuh, deme akan menyiasat rempah ratus dan resepi tempatan.
Tajuk: The Spice Necklace My Adventures In Carribean Cooking, Eating, And Island Life
Pengarang: Antonia Bolingbroke-Kent
Mukasurat: 459
Sumber: PPAS Shah Alam
Sejarah ringkas tentang beberapa rempah ratus memang daebak.
Den baru tau Indonesia merupakan pengeluar buah pala terbesar dunia.
Banyak adventures yang mengundang rasa ayuhlah kita jual apa yang kita ada dan marilah merayap di sana sini.
Mendaki.
Belajar memasak resepi tempatan.
Berjalan di pasar tempatan.
Tengok cara pembuatan moonshine dan bay oil.
Melihat cara pembuatan bot nelayan secara traditional.
Menyaksikan upacara pelancaran bot ke air buat pertama kali selepas disiapkan.
Crayfish and crab hunting.
Melepak dengan komuniti yang ganja merupakan part and parcel of life deme.
Merentas sungai dengan kereta.
Trespassing untuk tengok pembuatan rum.
Makan masakan pemilik kilang Turban Brand.
Melawat kilang pembuatan pepper sauce, pertanian dan penuaian cive.
Melawat ladang koko dan pengalaman menjadi chocolate tester di Trinidad and Tobago.
Melihat proses peram koko menggunakan kaedah tradisional seperti pada 1880an.
Menyertai Carribean Carnival.
Melawat kawasan penanaman rumpair seamoss.
Pelbagai sesi membeli belah di pasar ikan dan pasar rempah ratus.
Melawat ladang pokok vanila di Guadeloupe.
Belajar cara membuat tart tourment d'amour (torment of love).
Bersama-sama nelayan menangkap hidupan laut seacat (sotong kurita).
Macam-macam lagi aktiviti awesome dan unik yang penulis buat bersama suaminya.
Banyak sangat maklumat menarik dalam buku ni macam:
1. Kambing sedap di Monte Cristi yang meragut pokok oregano di padang.
2. Octopus berasal dari perkataan Greek.
Octo = lapan pous = kaki.
First time tahu pasal conch pearl = luminous pinkish pearl is extremely rare.
Buku ini mencatatkan beberapa fakta sejarah sepintas lalu yang den tidak pernah ketahui:
1. Massacre River (Dominica Republic vs Haiti) 1937
2. British Admiral William Penn vs Spanish on Hispaniola 1655 (army of land 🦀)
3. Perebutan kepulauan Carribean antara Perancis dan British.
4. 1830 - 1920 Trinidad dan Tobago menjadi pengeluar koko ketiga terbesar dunia.
Untuk orang yang jarang masak macam den ni, den baca sepintas lalu je 50++ resepi yang dikongsikan.
Antara resepi yang den berkenan:
1. Ginger Spice Cookies
2. Chivo Guisado (Stewed Goat)
3. Rosa's Avocado Salad
4. Garlic Cilantro Aioli Dip🌸
5. Coconut Drops
6. Coo-Coo Balls
7. Miss Pat's Pepper Shrimp🌸
8. Miss Pat's Pepper Sauce
9. Green Seasoning🌸
10. Mango Chow
Tapi usah ditanya la bila hendak mencuba salah satu resepi ni pun😅.
Terjumpa senarai buku yang macam awesome untuk disiasat😅 macam Love and Sweet Food by Austin Clarke.
Sejenis buku yang buat den kena kumpul duit untuk belinya satu hari nanti.
Memang den berkenan dooh dekat buku ni.
Hampir sebulan baru selesai baca buku ni sebab banyak sangat maklumat yang memerlukan kepada aktiviti google bagi maklumat lanjut begitu.
A must-read book.
0 Comments