Aku cuma bisa berharap. Tuhan telah siap dengan cerita lengkap.

Saat itu tiada satu pun wanita berkeliaran, hanya ada aku dan tiang listrik. Kok memang pria gundul ini mau menggodaku, kok seberani itu?

Memangnya kita menjual daging babi di negara hukum pancung ini?

Kalau mampu bertahan kerja di Saudi Arabia, kita pasti tahan bekerja di mana sahaja.

Tajuk: Buku Kedai 1001 Mimpi

Pengarang: Valiant Budi

Mukasurat: 443

Sumber: Koleksi Sendiri

Bacaan yang mengundang tawa hampir di setiap helaian mukasurat.

Walaupun setiap ceritanya disulami drama menusuk hati.

Kisah suka duka Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di bumi Arab Saudi.

Den ketawa masa menunggu Bas Selangorku.

Ketawa masa di dalam Bas Selangorku.

Menahan gelak semasa menunggu komuter.

Senyum lebar masa dalam LRT.

Sumpah buku yang menghiburkan walaupun ceritanya penuh luka, perit dan sedih.

 

Memang yang kuban-kuban ye perangai orang Arab yang ditemui oleh penulis warga Indonesia yang bekerja sebagai barista di Cafe Sky Rabbit di Dammam selama lebih kurang 1 tahun.

Majikannya.

Rakan sekerjanya.

Pelanggannya.

Strangers nya.

Hampir semuanya mengundang rasa untuk disantau aje layaknya😂.

 

Melayan pekerja asing kayak hamba.

Memandang rendah kepada bangsa selain bangsa Arab.

Menuduh dan menfitnah bagai.

Begitu ramai yang kurang ajar.

Yang berlagak nak mampus sebab deme orang Arab.

Yang menipu duit jualan.

Yang pengotor.

Yang kaki mencarut.

Kaki membuat kecoh.

Homoseksual berleluasa.

Tarian tiang.

Parti, dsb.

Sekali baca macam eh nih sungguh ke di Arab Saudi?

Ke di Hollywood?

Memang terkesima ye.

 

Tetapi sekali sekala kita ada terbaca di media berkaitan pekerja asing di Arab Saudi dibuli, ditindas, diperkosa, dsb.

Sumpah ngeri ye.

Kenapa begitu kejadiannya.

 

Sebak plak rasa bila membaca sabda Rasulullah yang dipetik dalam buku ni:

"Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing".

 

Buku yang sarat dengan pesanan untuk menjadi orang yang lebih baik di kala bertemu dengan manusia konyol yang mempalit noda pada agama Islam.

Buku pertama yang berjaya dibaca sampai habis selepas 1 bulan di fasa reading slump.

Easily one of the best books I read in 2024.

Walaupun ada perkataan-perkataan Indonesia yang den tidak faham tetapi buku ni sumpah awesome teruk.

Penulis Indonesia memang dalam liga berbeza ye.

Buku ini den beli RM5 masa ada jualan buku.

Sumpah berbaloi hehehehhee.

 

 

0 Comments