Resensi Buku The Girl Who Reads On The Metro by Christine Fleret Fleury
Both books and people need to travel.
With books, there were always surprises.
Tajuk: The Girl Who Reads On The Metro
Pengarang: Christine Fleret Fleury
Mukasurat: 200
Sumber: PPAS Shah Alam
Buku terjemahan daripada Bahasa Perancis.
Mengisahkan tentang Juliette seorang gadis bujang berusia 20an yang menaiki komuter setiap hari untuk pergi dan balik kerja.
Dia bekerja sebagai ejen hartanah dan dia tidak begitu passionate dengan kerjaya dia.
Dia macam ramai orang lain yang layankan aje kerja yang ada walaupun idok la minat mana untuk kelangsungan hidup dan membayar bil apa yang patut.
Dia selalu rasa hidupnya macam mendatar, asal boleh macam tu.
Setiap hari di dalam komuter, Juliette akan perhatikan orang yang membaca buku di dalam komuter tu.
Buku apa yang deme baca.
Dia juga buat andaian tentang kenapa seseorang pilih jenis buku yang dibaca.
Apabila Juliette turun di hentian komuter yang dia tidak pernah jejak sekalipun, dia terjumpa sebuah kedai buku yang tersorok tetapi unik.
Dia berkawan dengan pemilik kedai buku ini iaitu Soliman dan anaknya Zaide serta Leonidas dan Firouzeh.
Akhirnya dengan dikelilingi buku yang pelbagai genre, Juliette akhirnya jumpa apa yang hendak cuba buat dan lalui dalam hidupnya - membaca, berkongsi buku dan mengembara.
Den harap dapat buat macam ni juga.
Udah tentu kalau cerita pasal buku dan kedai buku pastinya akan ada senarai nama buku yang berenyut-renyut yang menarik untuk disiasat😂
Den rasa ini adalah salah sebuah buku paling sweet yang den pernah baca.
Banyak perkara dalam buku ni yang buat den tersenyum sebab macam kena je dengan diri den🥰
Kebetulan pula den memang membaca dalam kenderaan awam (Bas Selangorku, komuter, LRT, MRT dan ETS).
Memang terasa vibes this is so me bila baca buku ni🥰
Anekdot yang pembaca buku boleh relates:
1. Ada buku di merata tempat
Kalau di rumah den akan ada buku di rak buku, rak televisyen, dalam almari baju, meja tepi katil, dalam kotak, atas sofa, atas tilam, atas bar counter, dsb.
Kalau di pejabat ada buku di rak buku, laci fail dan atas serta bawah meja.
2. Hampir semua benda boleh jadi penanda buku
Postcards (Kashmir 2023, Hoi An 2024, Japan 2024, Fruit Valley 2023, Langkawi 2024, Klang, Yogjakarta 2024), pamplet & flyer, gambar photobooth, tiket konsert Anuar Zain, coaster, tiket premier Boboboy, bil cukai tanah, tag tudung SofeaRose, flight boarding pass, entrance tickets (Garden by The Bay, Sains Angkasa Expo Gopeng, Japan trip-Herbs Garden, Himeji Castle, Aikiko Bridge, Earthquake Museum), kad Kemas A, namecard, wish card, kad resepi, bekas tisu Mala Hot pot, paperbag from Japan, kad pendaftaran kursus, buku perkhidmatan tentera abah, dsb.
Berenyut-renyut kan penanda buku den😂.
Asal boleh begitu.
3. Boleh membaca di mana-mana pun
Ini memang la den.
Dalam kenderaan awam (Bas Selangorku, komuter, LRT, MRT dan ETS) dan flight.
Menunggu (kenderaan awam, mesyuarat bermula, kawan sampai, hospital/klinik, dsb).
Menunggu anak-anak mandi sungai, makan dan mengopi di kedai, tengok televisyen, memasak, sebelum tidur, selepas mandi sebelum keluar rumah, dsb.
Ini kalau tengah rajin la.
Kalau fasa reading slump tuh, memang satu habuk apa pun tidak menjadi😂.
4. Genre buku bergantung kepada keadaan
Kalau dalam fasa reading slump (reread buku-buku santai macam The Undomestic Goddes, The Summerhouse, etc).
Light and fun books during travelling.
Under the weather kind of books.
Books in the hurry, etc.
5. Buku akan ikut travel bersama
Den selalu ada dilema hendak pilih buku apa yang tidak memberatkan beg tetapi santai dibaca semasa travel.
Lepas tuh risau tidak bawa bilangan buku yang cukup semasa travel😂.
Rezeki den jumpa buku ini di kala fasa reading slump melanda.
It did brighten up my spirit and make me want to read again.
A soothing book.
0 Comments