Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den rasa dalam gallery handphone den 40% penuh dengan gambar makanan je😅.

Gambar berjimbaan pun banyak juga tapi tidak bisa menandingi gambar makanan.

Lepas tuh handphone penuh dengan gambar buku.

Gambar manusia sikit gila.

Saja nak letak beberapa gambar makanan yang ada dalam simpanan supaya angan-angan hendak update blog setiap hari sebelum 31 Disember ni tercapai😅.

Capati, puri dan nan cheese + kuah kambing dia memang ngam
Den kalau makan cendol biasanya memang pilih cendol biasa atau cendol durian
Makanan dekat Uptown Ipoh nih harga dia memang tidak boleh bawa bincang....rabak poket
Nasi lemak itu yang mahal. Serius sedap
Kedai viral di Ipoh tapi bagi den biasa-biasa aje makanannya
Kor-Bi Cyberjaya tapi tiada sijil halal Jakim plak dah, muslim friendly la tapi
Harapnya Canning Dim Sum dapat resolve isu berniaga di kawasan perumahan segera
Depan Hotel Concorde Shah Alam. Beratur panjang. Sayang makanannya sejuk gedi sebab udah disiapkan awal. Mujur minumannya panas.
Breakfast with a view - sebelah Sungai Perak
Lenggong Perak
Daging rusa
Makan lepas habis solat terawih. Lepas tuh terus tidur. Lepas tuh membulat.
Bihun sup utara pure. Makan di Mengkuang Pulau Pinang
Warung Telaga Kuala Kangsar. Semua makanan yang kami makan den berkenan.
Lobster dia masak molek. Terasa manisnya.
Makanan di kala otak tidak mampu berfikir dan badan letih tahap seret kaki
Asam pedas Melaka

 

 

 

0 Comments