15 Hari Sebelum 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Den masih ada sedikit demam.
Tetapi rasa macam hendak cabut hidung letak sebelah sekejap.
Sakan berhingus sampai hampir habis la tisu dekat rumah nih ha😅.
Lama sangat den tidak berhingus macam ni.
Hendak makan di luar pun macam segan sebab risau orang tidak selesa den asyik dok seh hingus.
In sya Allah tinggal 15 hari sahaja sebelum kita memasuki tahun 2025.
Bertambah tahun.
Bertambah umur.
Semakin dekat dengan lubang kubur.
Apa rancangan kome bagi menghabiskan baki 15 hari di tahun 2024 ni?
Den tiada rancangan apa-apa.
Hanya berhasrat hendak bersantai-santai sahaja.
Deadlines yang tidak terkejar kira lantak situ.
Kalau boss kena rasukan abalasa.
Biarkan aje la ye den dipetisejukkan😅.
Bukan berputus asa.
Cuma rasa sedikit penat.
Hendak berehat tidak kisah apa terjadi begitu😅.
Jika ada buku yang terasa hendak dibaca moh la baca begitu.
Jika tidak terasa hendak membaca ngak apa-apa.
Marilah kita tengok buku-buku yang bertebaran di sana sini😅.
Tahun 2024 ini den memang kurang betul membeli buku.
Mungkin sebab keterhutangan serius barangkali😅.
Udah berangan beratus kali hendak decluttering barang-barang di rumah ni.
Tapi entah bila kan hendak dibuat?
Rasanya macam den ni bukan la kaki pengumpul barangan rumah.
Tapi tetap la juga berenyut barangnya ye.
Haish.
In sya Allah 15 hari ni den hendak update IG @sariereads
Hendak masukkkan ulasan 93 buah buku yang den berjaya pada 2024.
Hendak update di GoodReads juga.
Sepatutnya setiap kali lepas selesai baca setiap buku la diupdate kan.
Tapi itu la perangai tak tau kenapa terpleot benar😅.
Tahun 2023 lagi best.
96 buah buku dibaca tetapi hanya 2 buah yang diupdate di IG.
Haish.
Semoga berjaya la den update 93 buah buku yang dibaca di IG itu.
Bukannya apa.
Untuk den tengok semula kelak buku apa yang den udah baca satu hari nanti.
Gabungan bau bunga tanjung + rosemary memang sweet sangat
IG @bidasari78 itu entah la hahahahha😅.
Hidup segan mati mahu pun ada ye.
Entah bila hendak ada semangat macam rakan blogger @halimah55 atau @miedarejab.
Sorang 65 tahun dan sorang lagi 56 tahun.
Tetapi masing-masing memang cemerlang bab buat content di IG dan Tik Tok.
Rajin deme update.
Suka tengok deme berdua ni.
Den ni tak tau la nak jadi apa hahahhaha.
Hendak buat recaps jalan-jalan cari makan, tempat best den ada rezeki berjimbaan 2024, etc pun malas😅.
Hendak update blog pun malas sebenarnya.
Dia punya tahap malas tuh udah macam sampai langit ke tujuh.
Member pun jadi pelik dengan den sebab pergi berjimbaan tapi kurang rasa hendak ambil gambar.
Sampai kena paksa la baru bergambar😅.
Kan bukan macam den yang selama ini terkenal suka ambil gambar di sana sini😅.
Apa nak jadi la hang ni Bida😅.
Sumpah jadi mentarang atau belalang kunyit elok ni.
Tidak terasa tengok movies ke drama pun.
Neflix yang udah expired tidak di renew lagi.
Patah hati platform selalu tengok kdrama telah dilupuskan pun iya juga.
Rasanya baki 15 hari di 2024 ini kebanyakannya den akan habiskan dengan bersantai dan bermalas-malasan.
Berehat di balkoni.
Bersama baki pokok yang masih bertahan hidup😅.
Ditemani ikan guppy yang tinggal tidak sampai 10 ekor tuh.
Sambil minum teh o panas cicah biskut 4 segi gula😅.
Disulami dengan adegan mengenang nasib diri eceh😅.
Semoga 15 hari berbaki di 2024 ini membawa khabar gembira.
Dipenuhi dengan kenangan manis yar.
Semoga molek-molek semuanya ye.
Jaga diri.
0 Comments