13 Buku Awesome Den Baca Pada 2024 Part 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kita sambung baki 13 buah buku dari 25 buah buku awesome yang den berjaya baca pada tahun 2024 ni.
Esok-esok kot teringat pasal buku boleh jengah blog ini.
🌸15/93 The Goodbye Cat by Hiro Arikawa. 203 pages. 24 Januari 2024.
Buku yang mengandungi 7 buah cerpen yang berkisar tentang hubungan manusia dan kucing.
Kehadiran kucing yang menjadi keluarga, menceriakan suasana, peneman di kala suka duka, pencetus semangat untuk terus berjuang di dalam kehidupan, etc.
🌸29/93 The Atlas of Food Discovering the Flavors and Traditions of Cooking Around The World by Genny Gallo. 91 pages. 12 - 21 Feb 2024. PPAS Bangi.
Cerita tentang makanan istimewa/unik/popular dari pelbagai negara dalam bentuk infografik.
Pelbagai maklumat padat dan ringkas.
Gambar berwarna warni.
Sedikit sejarah tentang beberapa hidangan.
Budak-budak pun akan suka baca buku ni.
Sejenis buku yang walaupun simple tetapi mengundang banyak masa untuk google pelbagai jenis maklumat lanjut.
🌸79/93 Lonely Castle In The Mirror by Mizuki Tsujimura. 28 - 29 Ogos. 354 pages. PPAS Shah Alam
7 orang pelajar yang tidak pergi sekolah dalam tempoh tertentu termasuk ke dalam istana melalui cermin yang berada di bilik masing-masing jenis maklumat lanjut.
Sejenis buku yang buat den terpikat sejak mukasurat pertama.
Buat den nak baca secara berterusan.
Terkilan bila perlu letakkan buku sebentar untuk urusan duniawi yang lebih mendesak.
Buku yang membuatkan den abandoned Candy Crush buat sementara waktu😅.
🌸86/93 Kedai 1001 Mimpi oleh Valiant Budi. 443 mukasurat. 12 - 15 November. Toko Buku Medan
Memangnya kita menjual daging babi di negara hukum pancung ini?
Bacaan yang mengundang tawa hampir di setiap helaian mukasurat.
Walaupun setiap ceritanya disulam drama menusuk hati.
Den ketawa masa menunggu Bas Selangorku.
Ketawa masa di dalam Bas Selangorku.
Menahan gelak semasa menunggu komuter.
Senyum lebar masa dalam komuter.
Sumpah buku yang menghiburkan walaupun ceritanya penuh luka, perit dan sedih.
🌸7/93 Tenang Kita Ada Al-Quran oleh Hafizul Faiz. 297 mukasurat. 14 - 15 Januari 2024. Library Batu Gajah.
Selagi mana kita ada al-Quran, selagi itu kita ada harapan.
Buku yang mengundang air mata.
Mungkin sebab den dah tua.
Jadinya cepat tersentuh hati.
Teringat mati pun iya juga.
🌸20/93 Pengubat Luka Penawar Sengsara oleh Dr. Maza. 262 mukasurat. 26 - 27 Januari 2024. Library Batu Gajah.
Buku yang menyentuh hati.
Buku yang membicarakan tentang rahmat Allah yang terbentang luas, kasihNya Allah kepada hambaNya, jalan kembali kepada Allah sentiasa terbuka, ujian Allah kepada setiap hambaNya, bagaimana mencapai ketenangan hakiki, mencari keberkatan masa, jangan bisa menilai manusia, hakikat nilai kita di sisi Allah, etc.
Buku yang membuatkan kita membaca beberapa ayat Al-Quran.
🌸14/93 Sweet Bean Paste by Durian Sukegawa. 153 pages. 21 Januari 2024.
Kisah persahabatan Sentaro (bekas banduan yang bekerja sebagai pembuat doriyaki), Tokue (bekas pesakit kusta yang membuat inti kacang merah paling sedap) dan Wakana (pelajar sekolah menengah yang kesunyian selepas ibu bapanya bercerai).
Buku ini mengisahkan tentang stigma masyarakat terhadap bekas pesakit kusta walaupun mereka telah sembuh dan dibenarkan keluar dari pusat rawatan kusta.
Masyarakat tidak bersedia menerima mereka kembali termasuk keluarga.
Mereka tersisih dari dunia luar walaupun mereka teringin hendak menjalani hidup yang normal.
🌸46/93 Diari Umrah Pertamaku Berlari di Taman Syurga oleh Suhaili Mohd Zain. 25 Mac 2024. 160 mukasurat. PPAS Shah Alam.
Untuk orang yang tak pernah ambil tahu tentang ibadah Umrah, buku ini sememangnya banyak membantu dan memberi maklumat tentang ibadah Umrah, apa yang perlu dibuat, tips, etc.
Perkongsian secara bercerita santai memudahkan pemahaman den yang selalu blur bab-bab ilmiah ni.
Buku dibahagikan kepada persiapan sebelum ke Tanah Suci, pengalaman di Madinah dan solat di Raudhah, ibadah Umrah, ziarah di Mekah dan tips shopping Mekah/Madinah.
🌸25/93 Masjid-Masjid Cina di Dunia oleh Haji Yusuf Liu Baojun dan Hajah Aishah Zhang Baohong. 436 mukasurat. 9 - 12 Februari 2024. PPAS Bangi.
Buku tentang masjid-masjid yang dibina bercirikan budaya Cina dan diasaskan oleh orang Cina di Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Taiwan, Hong Kong, Macau, Kazakhstan, Krygyzstan, Uzbekistan dan Rusia.
🌸76/93 The Girl Who Reads On The Metro by Christine Fleret Fleury. 23 - 25 Ogos. 200 pages. PPAS Shah Alam
Both books and people need to travel.
With books, there were always surprises.
Buku terjemahan daripada Bahasa Perancis ini mengisahkan Juliette seorang gadis bujang berusia 20an yang menaiki komuter setiap hari untuk pergi dan balik kerja.Den rasa ini adalah salah sebuah buku paling sweet yang den pernah baca.Banyak perkara dalam buku ni yang buat den tersenyum sebab macam kena je dengan diri den🥰 kerja.
🌸9/93 Nabi Juga Seorang Manusia oleh Khubaib Akhi. 319 mukasurat. 16 - 17 Januari 2024. Library Batu Gajah.
Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran.
Ini adalah buku yang mengundang air mata dan sebak di dada walaupun di dalam keadaan yang kita sepatutnya kekal neutral.
🌸71/93 Adventures in Morocco From The Souks To The Sahara by Alice Morisson. pages. Jun - 10 Julai 2024. Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
Penulis warganegara Scotland yang asalnya hendak menyertai 6 hari Ultramarathon des Sables je merentasi Sahara tetapi dia akhirnya jatuh cinta teruk pada landskap Morocco, keramahan penduduk tempatan dan pengembaraan di seluruh pelusuk Morocco.
Semasa buku ini mula ditulis, pengarang telah berada di Morocco selama 1001 hari.
Seawal mukasurat pertama buku ini sudah menawan hati dengan peta Morocco.
Suka travelog yang ada peta sebab kita boleh jejaki tempat yang disebut sepanjang perjalanan penulis.
🌸89/93 People & Places Walk My Journey by Husna Kassim. 178 pages. 16 - 18 November. Library Batu Gajah
Give the kite time and give it line. A travelling soul, it’s like a kite in flight - she gets to experience a new view on life.
Membaca buku ni membuatkan den rasa hendak jual buah pinggang, pancreas, hati semua dan pergi mengembara/melancong.
Suka sangat semua 22 cerpen dalam buku ni.
Molek penulisannya.
Terkesan di hati.
Begitulah senarai 25 buah buku awesome yang den berkenan dooh pada tahun ini.
Semoga den ada rezeki untuk berjumpa dengan buku-buku best di tahun 2025.
In sya Allah sekiranya ada umurnya ye.
0 Comments