Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kadang-kadang benda yang simple boleh buat kita rasa happy.

Den macam tuh la juganya.

Banyak benda simple yang buat den happy 2024 ni.

Sebab setahun ada 12 bulan, makanya den senaraikan 12 perkara je la ye.

 

1. Poskad

Tiba-tiba tahun ni den berkenan dengan beberapa poskad yang den jumpa semasa travel.

Sudahnya den cari poskad yang ada ciri-ciri unik Malaysia di Shopee.

Makanya bertambah la koleksi poskad den.

Den jadikan deme bookmark.

2. Biji Saga

Sekarang den sedang kumpulkan biji saga dari pokok di luar Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.

Setiap kali den pergi pinjam dan pulangkan buku, den akan kutip sekupang dua biji saga di sekitar kawasan perpustakaan.

Masa den kecil-kecil dulu arwah emak ajar den mengira guna biji saga yang kami kutip di luar Hospital Bagan.

Lepas tuh den pernah masukkan biji saga dalam hidung den😅.

Memang sentimental value la biji saga untuk den.

 

3. Tempat Duduk Tepi Tingkap Dalam Flight

Dapat duduk tepi tingkap bila naik flight.

Walaupun asalnya dedicated seat adalah di tengah atau di bahagian aisle.

Dapat tengok awan pun udah buat den happy banget.

4. Pokok Avocado

Anak pokok avocado yang bercambah dari bijinya.

Ada 3 jenis avocado yang berbeza.

Yang buahnya den bawa balik dari Medan.

Semoga survive la hendaknya ye😅.

4. Bunga Tanjung

Bunga tanjung yang den jumpa masa hendak pergi dan balik kerja.

Wangi baunya.

Letak dalam buku pun ngam.

5. Homemade Kiub Minyak Zaitun dan Daun Rosemary

Masukkan daun rosemary dalam minyak zaitun dan sejukbekukan.

Setiap kali masak lamb, spaghetti, dsb den gunakan kiub ni.

Makanan jadi lebih ummpphhh.

Kak Noris yang bagitau teknik ni.

6. Zumba

Walaupun sekupang dua tetapi den berjaya mula berzumba tahun ni.

Yeay.

Zumba dekat rumah je pun tapi.

Semoga dapat diteruskan pada 2025 nanti.

In sya Allah.

 

7. Kopi O Kampung Sedap

Den memang dari dulu suka teh o dan kopi o.

Happy sangat bila jumpa kopi o sedap.

Breakfast di Kinta River Hotel ada kopi o sedap.

Salai Power Jalan Kebun ada free flow kopi o sedap.

Ada sekali tuh pergi ke loji rawatan air, ada taklimat.

Sakan la den dok berulang ambil kopi o dia yang sedap teruk.

8. Sambal Udang Kecil Sedap

Den jarang jumpa sambal ni sebenarnya.

Sekali bila terjumpa memang berbunga-bunga hati.

Den suka sangat.

Udah tau hendak beli di mana kalau teringin nak makan.

9. Bunga Ros Jepun. Pokok Mulberry Yang Akhirnya Berbuah.

Den dapat percuma dari kedai nurseri pokok masa beli pokok lain.

Tidak sangka dia masih bertahan hidup😅.

Pokok mulberry den 2 tahun tidak pernah berbuah sejak den tanam dia.

Jenuh la den pangkas bagai.

Akhirnya tahun ini dia berbuah.

Yeay.

10. The Pink Trio - Kasut, Selipar dan Selipar Rumah

Banyak berjasa deme bertiga ni pada den tahun ini.

Ke hulu ke hilir den bawa kasut dan selipar tuh.

Selipar rumah tuh keep my feet warm whenever I watch KDrama.

11. Dapat Cabutan Bertuah

Den tidak pernah dapat cabutan bertuah sebelum ni.

Tahun ni den dapat 2 cabutan bertuah.

Masa program Explorace Melaka.

Dapat penginapan 2H1M di Hotel Jonker Boutique Melaka.

Dapat food hamper masa den pergi mesyuarat PIBG sekolah A.

Happy gila kot den hehehehee.

12. Kata-Kata Hikmah Atau Quotes

Untuk orang yang melancholy macam den nih ha memang la minat benda-benda macam ni.

Sekali bila jumpa secara tidak sengaja, it really makes my day.

Macam tuh la den.

Spesies mudah bahagia.

Den cuba appreciate those little things that make me smile.

Semoga tahun 2025 ada banyak lagi small little things that make me happy.

In sya Allah.

 

 


0 Comments