Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den dan makan-makan seumpama isi dan kuku.

Tidak dapat dipisahkan.

Ada banyak sangat makanan yang den berkenaan dooh.

Tapi den pilih 12 makanan je la untuk dikongsikan dalam post ini.

Semua makanan ni sedap di tekak den la ye.

Mungkin kalau kome makan biasa-biasa sahaja.

 

1. Apom atau Apam Lenggang, Pasar Awam Seberang Jaya

Ini memang tidak boleh buat apa la.

Ini my bias.

Garing, nipis, ringan dan ada rasa.

Sekali hadap 10 keping.

Tahun ni dapat makan sekali je.

Harapnya tahun depan dapat makan berkali-kali.

Hangpa kalau tau ada apom di Lembah Klang yang sedap kebabom.

Mohon dimaklumkan.

Chek nak pi makan.

 

2. Cencaru Sumbat Sambal Petaling Jaya

Ini memang legendary.

Dari den mula kerja tahun 2001 dok makan di sini sejak diperkenalkan oleh arwah sunbae satu pejabat.

Sekarang ni kalau ada je kerja/kursus yang melalukan kawasan sini, den usahakan untuk singgah.

Memang kena bertabah menunggu giliran mendapatkan ikannya ye.

Berpeluh-peluh makan di warung yang sokmo penuh je.

19 Disember baru ni lepas meminjam buku di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, den dan konco-konco singgah makan di sini.

Kedai buka pukul 12 tengahari.

12.10 tengahari kami sampai.

Itu pun dapat nombor giliran ke 10.

Rupanya ada yang udah beratur sejak 11.30 pagi.

Dasyat kan?

 

3. Roti Sarang Burung Daging Lepaq Place, Seksyen 20, Shah Alam

Den jarang sangat hendak berkenan dengan roti sarang burung walaupun udah beberapa kali den makan di beberapa kedai.

Tapi den berkenan dooh dekat roti sarang burung daging di Lepaq Place ni.

Cukup rasa.

Rotinya garing.

Dagingnya banyak.

Dua biji telurnya sedang elok.

Kena dengan tekak den.

 

4. Roti Puri Restoran Syed Seksyen 3 Shah Alam

Ini pun dah jadi bias den gamaknya.

Sejak tahun lepas den dok makan puri dekat sini dengan jayanya.

Den udah makan roti puri di kedai mamak lain di Shah Alam ni.

Makan juga puri di Perak, Penang bagai.

Tetapi tetap puri di sini yang memikat hati.

Rotinya tidak berminyak dan garing.

Kuah kentang dia tuh yang mahal.

Berkenan betul den sampai mesti kena minta extra.

Kalau makan dengan telur ikan lagi mantap.

 

5. Box Set di Dodo Korea NU Sentral

Ha ini boleh dikatakan setiap bulan den makan sekali bila den hendak naik ETS.

1 set nasi + 2 jenis lauk + 1 ikan dori + kimchi + 1 fishcake + 1 kentang + sup sayur kimchi + 2 potong tembikai.

RM17.90.

Box set yang sama. Bulan sahaja yang berbeza.

Den tak tau makanan authentic Korea yang sebenar macam mana.

Den suka box set ni sebab ngam dengan tekak.

Kimchi dia tidak perit cuka sangat rasanya.

Suka fish cake dia lembut je.

Biasanya dua jenis lauk den ambil ayam soya dan daging ala-ala bulgogi.

Selapar mana pun den, mesti ada je lebihan lauknya sebab banyak portion nya.

 

6. Nasi lemak Anakgonda, Pusat Niaga Dataran Sentang, Batu Gajah

Den memang gagal la kalau mengambil gambar ni.

Gagal captured kekacakan nasi lemak ni.

Cukup rasa, sambal tidak terlalu pedas, bilis garing, telur rebus molek.

Biasanya den makan 2 bungkus sekali hadap.

Lepas tuh acah-acah terkejut kenapa seluar jeans ketat kan😅?

Capati, puri dan nan cheese di kedai ni pun sedap juga.

Cicah pula dengan kari kambing.

Memang mengundang kolesterol begitu😅.

7. Mee Kicap Ipoh

Tak tau kenapa tahun ni berkenan dooh dekat mee kicap.

Asal ada menu mee kicap di mana-mana mesti den cuba.

Tapi den paling berkenan mee kicap di Gazebo Abang Nash Ipoh dan di Restoran Mee Kicap Southville.

Southville = Dengkil.

Sibuk la hendak mempromosikan bahasa penjajah ye kita ni.

Tiada jati diri sungguh.

Kalau duduk di Lembah Klang, boleh pi ke restoran di Dengkil tuh ye.

In sya Allah berbaloi.

Kalau kome ke Perak memang merata boleh dapat mee kicap tuh.

 

9. Ayam Wak Gembus Petaling Jaya

Setiap kali pergi ke Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, sokmo la singgah makan di sini.

Sambalnya walaupun den ambil yang biasa tetap la juga yang buat air segelas tidak cukup.

Belum kira pedas sampai berhingus lagi😅.

10. Alpukat, Teh Botol dan Kopi Avocado

Sejak den minum alpukat pada 2009 den terus jatuh cinta teruk.

Asal ada peluang minum alpukat di kedai makanan Indonesia di Malaysia ni biasanya den memang akan minum.

Suka sejak teh botol boleh beli dekat Checkers.

Den sebenarnya hanya minat kopi o dan teh o.

Kopi hipster den jarang sangat boleh minum.

Kebiasaannya migraine.

Tahun ni den ada rezeki minum kopi avocado di dua tempat berbeza.

Kedua-duanya sedap banget untuk tekak den.

Semoga ada rezeki minum lagi di tahun 2025.

11. Lempeng

Masih dalam fasa makan lempeng bersungguh-sungguh di mana-mana.

Asal ada je lempeng dalam menu memang la den akan pesan.

Begitulah ye tekak orang tua.

Udah tidak beberapa lalu hendak makan pizza.

Lempeng yang dicarinya.

Tak cukup satu ye. Lepas tuh musykil kenapa membulat ye.

Lempeng versi pancake. Pancake tuh spesies lempeng juga kan?
Favourite adalah lempeng kelapa

12. Scone

Sama kategori dengan lempeng.

Konsepnya asal ada je dalam menu den akan pesan.

Tahun ini den makan scone di Ipoh dan Shah Alam.

Tetap la jua scone di Cameron Highland yang den paling berkenan.

Entah bila hendak pergi makan entah la.

 

Begitulah den dan makanan pada 2024 dan tahun-tahun sebelumnya.

Keakrabannya berpisah tiada begitu😅.

Jangan ditanya pasal berat begitu ye.

Memang udah tidak jumpa jalan pulang untuk dapat berat 60 kg.

Pasrah aje la ye😅.

Semoga ada rezeki 2025 dapat makan best-best lagi.

Kita usahakan juga mengadap Dr check paras kolesterol nanti ye😅.

 




0 Comments