Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setakat post ini ditulis, den telah berjaya membaca 93 buah buku pada tahun 2024.

Banyak juga buku yang den baca separuh jalan terkandas tidak habis.

Rezeki den jumpa beberapa buku yang den memang berkenan dooh macam hendak pengsan.

 

Daripada 93 buah buku yang den baca, ada 25 buah buku yang den berkenan pengsan.

Ada buku yang den buat resensinya dan dikongsikan dalam blog ini.

Ada buku yang resensinya dok terperam dalam draf😅.

Memang kira peram terus tidak jumpa cahaya untuk dikongsikan la tajuknya😅.

 

Den susun buku-buku ni ikut kemantapan depa ikut tekak den la ye.

Den bagi sinopsis sekupang dua aje la untuk setiap buku.

Kalau ditengokkan pada 25 buku yang den berkenan dooh ni.

Genre yang den dok pulun baca boleh dibahagikan kepada 3 kategori.

Buku travelog. 

Buku penulis Jepun pasal kucing.

Buku ala-ala muhasabah diri.

Den bahagikan kepada 2 posts tentang buku-buku ni sebab panjang teruk kalau diletakkan dalam 1 post.

Tiada siapa pun akan baca post ni pun kan😅.

 

🌸38/93 Abu Bakar As-Siddiq Liku-Liku Hayat & Pemerintahan Khalifah Pertama oleh Muhammad Hussein Haikal. 414 mukasurat. 12 - 20 Mac 2024. PPAS Bangi.

Ramai orang memperkatakan tentang kegemilangan pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab tetapi perkara tersebut dapat dicapai kerana jalan permulaan kepada kecemerlangan itu telah dirintis oleh Saidina Abu Bakar.

Dia kan bila baca buku macam ni memang akan berderai air mata sebab akan terselit kisah perjuangan Rasulullah SAW + cabaran yang bukan calang-calang Saidina Abu Bakar hadapi sebagai Khalifah pertama meneruskan perjuangan menegakkan dan menyebarkan Islam selepas kewafatan Rasulullah.

🌸11/93 The Kamogawa Food Detectives by Hishashi Kashiwai. 125 pages. 17 Januari 2024. Ebook

Buku ni bukan sahaja awesome teruk tetapi menyebabkan den rasa hendak cari restoran Jepun sekarang juga macam tuh.

Restoran Kamagowa Diner ini diusahakan oleh seorang bekas detektif, Nagare dan anak perempuannya, Koishi.

Restoran ini tiada menu, bergantung kepada apa yang Nagare hendak masak pada hari itu.

Yang istimewanya restoran ini juga adalah agensi detektif mencari makanan yang orang teringin hendak makan.

Terdapat 6 cerita tentang penyiasatan makanan di dalam buku ini yang mana setiap satunya mempunyai kisah tersendiri.

🌸40/93 What Are You Looking For Is In The Library by Michiko Aoyama. 182 pages. 14 - 22 Mac 2024.

Sejenis buku menambat hati dari ayat pertama kita baca begitu.

Buku dalam kategori soothing.

Terdapat 5 cerita yang melibatkan 5 orang pada peringkat umur berbeza yang sedang berada di dalam persimpangan dilema tentang kerjaya dan kehidupan mereka yang singgah di perpustakaan yang berada di dalam perkarangan Hatori Community House.

🌸59/93 Riding The Iron Rooster by Paul Theroux. 21 - 29 April. 487 mukasurat. PPAS Shah Alam.

Paul Theroux adalah penulis lagenda kalau membicarakan tentang perjalanan keretapi (railway journey). Sehingga sekarang, kalau baca buku atau travelog tentang pengembaraan terutamanya perjalanan keretapi, kebiasaannya pasti terselit nama Paul Theroux.

Ini buku pertama tulisan beliau yang den baca.

Terus terdetik di hati 'patutlah beliau menjadi idola kepada ramai penulis travelog sebab dia menceritakan tentang kehidupan, budaya, sejarah, sisi terbaik dan sisi gelap sesuatu tempat, interaksi beliau dengan penduduk tempatan, dsb dengan begitu teratur, terperinci dan sampai ke hati'.

🌸48/93 My Journey by Bus oleh Lam Ching Fu. 8 - 10 April 2024. 281 mukasurat. PPAS Shah Alam.

Penulis backpacking menaiki bas tempatan dari Kuala Lumpur - Perak - Pulau Pinang - Kedah - Perlis selama 2 bulan dari Disember 2015 hingga Februari 2016.

Setiap perjalanan beliau akan catatkan jenis bas (samada ada pendingin hawa atau tidak), harga tiket dan masa perjalanan diambil serta the dos and donts di sesuatu tempat.

🌸63/93 Honeybees and Distance Thunders by Riku Onda. 8 - Mei. 432 pages. PPAS Shah Alam.

Perjalanan 4 watak utama yang merupakan pemain piano (pianist) di dalam pertandingan piano antarabangsa.

Buku yang penuh dengan jargon dunia muzik piano.

Buku yang membicarakan tentang karya muzik lagenda Mozart, Beethoven, Bach, Chopin, Brahms, Rachmaninoff, Schubert, Schumann dan ramai lagi yang den tak pernah tau.

🌸64/93 The Great Railway Bazaar by Paul Theroux. 342 pages. 11 - 28 Mei 2024. PPAS Shah Alam.

Buku yang lama gila den berangan hendak baca.

Sebab kalau baca buku pasal train travelling, sokmo-sokmo la disebut pasal The Great Railway Bazaar ni.

Buku ini merakamkan perjalanan penulis selama bulan merentasi India - Thailand - Malaysia - Jepun - Russia yang majoritinya menggunakan keretapi.

Rasa lama gila hendak menghabiskan buku ni sebab banyak benda yang hendak digoogle sepanjang pembacaan.

Sampai kena renew pinjaman di PPAS.

Udah macam hendak review makanan bukannya buku ye

🌸69/93 Going My Way Round The World by Jacques Chegaray. Translated by Albert Meltzer. 296 pages. 4 - 20 Jun 2024. PPAS Shah Alam.

Penulis merupakan warganegara Perancis yang mengembara atas tiket penulis/journalist merentasi India - Cambodia - Laos - Thailand - Vietnam - China - Hong Kong menggunakan pelbagai jenis pengangkutan darat, udara dan air.

One kind of travelling book begitu.

Berbeza dengan penulisan Paul Theroux tetapi tetap intriguing, interesting and awesome in its own way.

🌸81/93 The Spice Necklace My Adventures In Carribean Cooking, Eating, And Island Life by Ann Vanderhoof. 31 Ogos - PPAS Shah Alam.

Sejenis buku yang bikin hati terpesona seawal mukasurat pertama.

Penulis dan suaminya bersara awal dalam umur pertengahan 40an dan belayar dengan bot deme ke Kepulauan Caribbean.

Setiap kali bot berlabuh, deme akan menyiasat rempah ratus dan resepi tempatan.

🌸83/93 A Short Ride In The Jungle by Antonia Bolingbroke-Kent. 25 September - 7 October 2024. 367 pages.

The French may have had tanks and aeroplanes, but the Vietnamese had nationalism in the First Indochina War.

Sejenis buku yang seawal ayat pertama nota penulis membuatkan hati den terpesona.

Setiap mukasurat sampai mukasurat terakhir memang awesome teruk.

Buat den tidak mau buat keroje lain.

Hendak terus membaca buku ni sampai habis begitu. 

🌸12/93 The Cat Who Saved Books by Sosuke Natsukawa. 136 pages. 19 - 20 Januari 2024.

Rintari Natsuki, seorang remaja lelaki hikikomori (seorang introvert yang duduk dalam dunia tersendiri, mengasingkan diri daripada dunia luar) menghabiskan lebih banyak masa dari kebiasaan di kedai buku second hand atoknya, Natsuki Books apabila atoknya meninggal dunia.

Kehadiran seekor kucing, Tiger the tabby yang boleh bercakap memaksa Rintari keluar dari kepompong kebiasaannya dengan 4 misi penting bagi menyelamatkan buku-buku.

🌸3/93 If Cats Disappeared From The World by Genki Kawamura. 116 pages. 8 - 10 Jan.

Hidup kita adalah dibentuk oleh orang yang habiskan masa bersama, buku yang kita baca, makanan yang kita makan, melodi dan lirik lagu yang kita dengar, movies yang kita tengok, etc.

Buku ni boleh den katakan sebagai buku penyejuk jiwa dan hati.

Buat kita berfikir tentang apa yang penting sebenarnya dalam hidup.

Apabila kita menghampiri kematian, kita tidak fikir pun tentang 10 bucketlist yang hendak dibuat dalam hidup/sebelum mati. 

Ini 12 buku awesome yang den ada rezeki baca tahun ni. 

Bersambung di bahagian 2 nanti ye lagi 13 buku best yang den baca tahun ni.

 

0 Comments