11 Perkara Yang Buat Den Happy Pada 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum kita bertemu dengan 2025.
Moh kita menghabiskan saki baki 2025 dengan berehat sakan sampai lebam ye.
Tapi hari ni dengan esok den kerja je.
Siap ada mesyuarat bagai😅.
Layanzzzz.
Dalam hidup yang penuh adegan sinetron bagai.
Den cuba menghargai perkara-perkara yang mewarnai kehidupan den pada 2024 ni.
Ada banyak juga perkara yang buat den rasa macam hendak throw in the towel.
Tapi selagi namanya kehidupan.
Kita jalan terus ye biarpun terpaksa mengesut.
Tetap cuba untuk terus mencari cahaya pelangi atau sinar di hujung terowong ye.
1. Bas Selangorku
Ini antara perkara yang den sangat bersyukur pada 2024 ini.
Naik Bas Selangorku dari rumah ke pejabat dan dari pejabat ke rumah.
Stesen Bas Selangorku dekat banget dengan apartment den.
3 minit berjalan kaki dari apartment.
Sempat naik bas Selangor yang sedang elok hendak bergerak.
Sentiasa dapat duduk dalam bas.
Percuma lagi.
Apa lagi yang tidak bersyukurnya Bida oiii?
Menaiki Bas Selangorku memberi ruang untuk membaca buku.
70% buku den dibaca pada sesi menunggu dan menaiki bas.
Tiba-tiba terada kenalan bas.
Orang naik bas yang sama yang den selalu terjumpa.
Mereka yang bersama berhujan berpanas menunggu bas.
Yang sama-sama akan mengomel kalau bas tidak kunjung tiba ikut jadual.
Kalau lama tidak naik bas sebab kursus ke cuti mesti akan ada yang bertanya.
“Lama tidak nampak. Ingatkan udah naik kereta atau pindah😅.”
Simple things je pun tetapi tetap buat hati berbunga-bunga.
2. Perpustakaan dan Kedai Buku
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Shah Alam.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Bandar Baru Bangi.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Hulu Selangor.
Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor Gombak.
Perpustakaan Awam Batu Gajah.
Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.
Udah bertahun juga den berkenalan dengan PPAS Shah Alam dan Perpustakaan Awam Batu Gajah.
PPAS Bandar Baru Bangi |
Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya adalah perpustakaan yang den baru kenal pada tahun ini.
Awesome teruk perpustakaannya.
Pilihan buku yang terlalu banyak.
Sumpah rambang mata hendak pilih buku apa.
Online renewal yang mudah banget.
Surau pun selesa.
Kakitangannya berhemah sungguh.
Siap ada pameran mini di tingkat 2.
Memang menarik perpustakaan ni.
In sya Allah nanti den buat review ye.
Lepas tuh ada pokok saga di luar bangunan perpustakaan ni.
Kerja den setiap kali datang pinjam buku adalah kutip biji saga yang ada di sini😅.
Mini library dan kedai buku yang best memang la den berkenaan dooh.
Sampai senget-senget pilih buku akhirnya terbeli buku bajakan. Haish. |
3. Dapat Teruskan Aktiviti Membaca Buku
Untuk orang yang suka membaca.
Lepas tuh terjebak dengan reading slump bertahun-tahun macam tidak jumpa sinar di hujung terowong.
Memang tragis ye.
Bila Allah masih rezekikan ada rasa untuk membaca.
Den rasa happy sangat.
Genre yang den suka dan boleh baca pun genre yang biasa-biasa sahaja.
Tahun 2024 ni den banyak membaca buku travelog, kisah kucing daripada pengarang Jepun, buku-buku penulis Korea dan juga buku yang ala-ala muhasabah diri begitu.
Bila dapat baca buku yang buat den hendak terus baca dari setiap satu mukasurat ke mukasurat yang lain tuh memang awesome teruk rasanya.
Alhamdulillah daripada 96 buah buku yang den berjaya baca tahun ini setakat post ini ditulis, ada 25 buah buku yang den rasa awesome teruk.
4. Sesi Makan-Makan Bersama Kawan dan Kenalan
Makan sambil bergossip.
Cerita tentang kisah kehidupan.
Rezeki sebenarnya bila ada kawan dan kenalan yang molek-molek ni.
Geng 3Kupang yang merayap merata mencari makanan.
Siap staycation bagai.
Ini geng paling happening.
Tahun 2024 ada 3 kali makan di Dolly Dim Sum |
Lepas dinner makan aiskrim pulak |
Siap main bowling dengan anak chief |
Rumah mereka berdua ni macam hotel. Kemas, hiasan cantik, etc |
Kesayangan dua orang ni sebab banyak sangat bagi nilai tambah positif dalam hidup den.
Den tidak sangka dari jiran tetangga menjadi rakan mengaji.
Lepas tuh jadi rakan mengopi dan makan-makan.
Akhirnya menjadi travel buddies siap staycation bagai.
Semoga Allah rahmati persahabatan kami ini.
Geng makan puri di kedai mamak sampai mamak tuh kenal la kitaorang😅.
Ini konco yang kenal masa tahun 1994 di sekolah asrama.
Lepas tuh terputus hubungan sehingga berjumpa semula pada tahun 2004 dan menjadi housemates.
Alhamdulillah silaturahim terus kekal sejak itu.
Semoga berpanjangan jodoh kita ye.
Konco mengenang kegemilangan lagu 80an dan 90an.
Geng kelas mengaji.
Ini pun best.
Kelas mengajinya setiap hari Selasa.
Kejap-kejap makan-makan sambutan raya, sebelum Ramadhan, jamuan perpisahan, birthday celebration, dsb.
Kadang-kadang bila lapar, lepas kelas mengaji pergi makan di kedai dekat apartment.
Hasut ustazah makan sekali😅.
Lepas tuh tercangak-cangak kenapa berat makin meningkat kan😅?
Geng blogger yang rajin buat review makanan.
Ini pun geng happening.
Asalnya geng blogger.
Lepas tuh jadi geng mencukupkan korum explorace dan treasure hunt.
Akhirnya menjadi travel buddies.
Semoga kekal molek perkenalan ini.
Geng early dinner di Restoran Sri Bunga.
Kenalan sepejabat yang boleh diajak minum agak-agak penat bekerja di pejabat.
Kadang-kadang bila sunbae tidak busy den minum dengan dia.
Banyak berjasa sunbae sorang ni.
Tumpangkan den pergi dan balik kerja bertahun-tahun.
Sejak pencen makin sibuk plak dia😅.
Nak minum pun kena buat appointment😅.
5. Boleh Pergi Lawatan Tapak Apabila Agak Bosan Duduk Di Pejabat
Udah kerja 23 tahun lebih ni kadang-kadang memang akan ada rasa sedikit bosan kalau berterusan terperuk dekat pejabat.
Rezekinya den ni memang kerjanya ada bersangkutan dengan lawatan tapak bagai.
Jadinya bila den agak-agak melemau di pejabat.
Den ajak anak-anak buah den membuat lawatan tapak permohonan atau projek yang den perlu bagi ulasan, etc.
Alhamdulillah dapat pergi ke pelbagai tempat dan aktiviti.
Site visit rasmi ni bukan pergi berjimbaan |
Antara site visit yang best tahun 2024 ni |
Ada sekali tuh masuk hutan simpan berbaju batik ye.
Terkesima kakitangan Jabatan Perhutanan😅.
Alhamdulillah Allah masih izinkan dapat tengok sungai yang molek-molek.
6. Kawan-kawan Hantar Makanan Yang Deme Masak
Nih memang rezeki den sangat-sangat.
Kadang-kadang nampak kawan-kawan kongsikan di status whatsapp deme apa deme masak.
Kadang-kadang den mengusik cakap ‘minta la semangkuk’.
Kebanyakan masa memang deme hantarkan ke rumah atau ke pejabat.
Sunbae hantar sup daging korban. Siap bagi nasi ye. Sebab dia dah kenal sangat den yang jarang masak ni |
Kalau den tidak sihat ke apa, ada je nanti yang menghantar makanan dekat rumah.
Alhamdulillah rezeki den.
Kalau tidak bersyukur lagi tidak tahu la kan.
7. Kelas Mengaji
Tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar untuk kelas mengaji kami.
Daripada 5 orang ahli akhirnya tinggal 3 orang.
Seorang ahli berpindah ke kawasan perumahan di seksyen lain.
Seorang ahli berpindah negeri😅.
Alhamdulillah ustazah masih sudi mengajar kami walaupun tinggal 3 orang sekarang.
Setiap Selasa malam den gagahkan menghadiri kelas mengaji ni.
Walaupun kadang kala rasa macam hendak tidur je😅.
Dasar perangai elok dirembat macam tuh la😅.
Mujur ustazah masih tidak jemu membetulkan bacaan den yang masih banyak perlu diperbaiki.
Tahun 2024 ni sebutan huruf sin ﺱ den ke laut dalam.
Sama ada terbunyi sa ث atau sod ص.
Jenuh ye hendak membetulkannya.
Alhamdulillah rezeki den jumpa ustazah kelas mengaji untuk anak-anak den pada Oktober lepas yang boleh mengajar diaorang mengaji macam den belajar.
Maksudnya ustazah ajar sebutan huruf, makhraj dan tajwid yang betul.
Memang akan ambil masa yang lama untuk mereka khatam Al-Quran.
Tetapi sementara lidah mereka masih lembut dan sel saraf otak masih berkembang, elok la deme belajar Quran begini.
Den udah merasa bila belajar membaca Quran dengan tajwid dan makhraj yang betul di kala umur hampir mencecah setengah abad, jenuhnya hendak memperbetulkan bacaannya.
Semoga den dan anak-anak den sama-sama istiqamah belajar mengaji.
Semoga kedua-dua ustazah pun bertabah la mengajar kami lagi-lagi den nih yang terpleot semedang😅.
8. Travelling
Alhamdulillah ada rezeki travel sekupang dua di sana sini.
Dengan keluarga kecil den.
Dengan konco-konco.
Bila tengok balik gambar rasa sebak pula sebab belum tau ada lagi ke rezeki untuk travel di masa mendatang ni.
9. Listening to Beautiful Songs
Den ni dari kecil membesar dengan lagu terutamanya lagu-lagu English.
Zaman belajar di sekolah menengah, kebanyakan karangan Bahasa Inggeris den modified dari lirik-lirik lagu.
Zaman remaja melayan lagu orang putih, lagu-lagu rock kapak, lagu-lagu Kantonis dari Hong Kong dan lagu-lagu Bollywood.
Beberapa tahun kebelakangan ni tambah lagi playlist lagu dengan lagu-lagu Korea, Indonesia, dsb.
Dia asal sedap di telinga, lekat di hati moh la kita dengar macam tuh.
Suka dapat dengar lagu molek-molek ni.
Ada pula kawan-kawan yang suka kongsi lagu-lagu best.
Love sangat.
10. Watching Great Movies and Dramas
Den jarang hendak ada masa untuk tengok drama atau movies.
Jadinya bila den ada rezeki tengok drama dan movies yang best dan awesome, den memang happy.
3 KDrama yang den paling berkenan dooh tahun ini adalah Knight Flower, The Judge From Hell dan Mr Plankton.
11. Masih Ada Peluang Kolaborasi Untuk Review Produk dan Makanan
Tahun 2024 sebenarnya tahun yang paling melemau bab kolaborasi ni.
Memang den tidak apply untuk kolaborasi apa pun sebab kemalasan yang tidak tahu macam mana.
Tapi bila ada PR yang den pernah berkolaborasi DM tanya hendak kolaborasi ke tidak den tidak sampai hati hendak tolak.
Jadinya ada
sekupang dua kolaborasi yang den buat tahun 2024 ini.
Siap sertai Explorace dan memang cabutan bertuah.
Alhamdulillah rezeki sangat.
Dalam ada pelbagai perkara yang mengundang jiwa kacau.
Banyak juga perkara yang awesome berlaku di dalam hidup den.
Den bersyukur sangat.
Semoga tahun 2025 lebih banyak perkara gegak gempita, awesome, meletup, mantap, dsb menghiasi kehidupan kita semua ye.
0 Comments