Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terkesima sebenarnya bila udah masuk bulan November ni sebenarnya.

Banyak checklist atau bucketlist yang masih tidak terbuat.

Lagi-lagi bab memperbaiki amalan.

Kecut perut kalau cerita bab kematian, baca tentang kemalangan maut, dsb.

Terdengar ceramah bab kematian, akhir zaman, dsb buat jantung tercopot.

Tetapi tidak lebih berusaha menambahbaik bab ibadah.

Macam mana tuh kan?

Haish.

 

Eh hendak berkongsi cerita tentang pengalaman den dan budak-budak bersama dinosaurs sebenarnya😅.

Kita cerita dulu tentang dinosaurs sambil mengingatkan diri untuk menambahbaik bab amalan ye.

 

Silverlakes Batu Gajah, Perak ni merupakan tempat membeli belah ala-ala Johor Premium Outlet, Genting Premium Outlet dan seangkatan dengannya.

Setakat blog ini ditulis hanya ada beberapa butik yang beroperasi di situ.

Antaranya adalah butik Coach.

Butik-butik lain masih tidak nampak bayangnya.

Tempatnya cantik sebab terletak bersebelahan tasik.

Lokasi juga strategik kerana bersebelahan dengan Stesen Keretapi Batu Gajah.

Tidak pasti kenapa macam lambat ruang kedai di sini hendak diisi.

Di dalam Silverlakes ini, ada satu bahagian untuk Dinosaur Encounter World Area 65.

Pengalaman beramah mesra di sini yang hendak den kongsikan pada kali ini.

Disebabkan anak den F masih ada saki baki minat terhadap dinosaurs, makanya kami hadir di sini.

 

5 Sektor

Dinosaur Encounter ini dibahagikan kepada 5 Sektor.

Sektor pertama adalah DNA Capture.

Ada pameran rangka, tengkorak dan tulang Tyranosaurus Rex atau nama manjanya TRex.

Ada juga maklumat infografik DNA tentang TRex di sini.

Satu-satunya gambar den yang ada di sini

Sektor kedua adalah dinosaurs di habitatnya.

Ini sektor yang paling menarik.

Pelbagai spesies dinosaurs ada di sini.

Sambil kita perhatikan mereka bergerak-gerak tetapi setempat di samping mendengar bunyi nyaring suara dinosaurs, kita boleh membaca semua data tentang setiap dinosaurs tersebut.

Ada juga gunung berapi.

Ada titian gantung juga.

Dekat sini dan Sektor 1 yang sajak untuk berlama-lamaan pun.

Walaupun Sektor 2 ini sekangkang kera aje tetapi tetap ye den bertunggu tangga di sini selama 1 jam.

Deme dok berulang alik dari Sektor 1 dan 2 dengan jayanya.

Melayankan budak-budak begitulah ye.

Kena banyak bersabar dan bertabah hati walaupun telinga udah macam hendak terpleot mendengar bunyi dinosaurs.

Budak-budak ni naik turun titi gantung lebih dari 10 kali rasanya.

Dibelek-belek dinosaurs yang ada macam kan pertama kali deme nengok dinosaurs tuh.

Soalan dan faktra yang sama udah hampir 10 tahun dinyatakan berulang kali dibincangkan di sini.

“Mama rasa kalau dinosaurs tak kena meteor, mereka survive tak hari ini”

“Ankylosaurus sebenarnya kuat tau mama tapi selalu kalah juga kalau berlawan”

“Mama tau tak berapa banyak gigi Trex”

“Velociraptor tuh dinosaurs yang paling cerdik tau mama”

Disebabkan udah namanya emak kan, den cuba menyantuni soalan-soalan ini walaupun rasa hendak pengsan sudah😅.

Den sudah lupa Sektor 3 apa😅.

Begitulah akibatnya tidak rajin mengambil gambar dan mencatat nota.

 

Sektor 4 adalah Dino Warp.

Kena melalukan terowong ala-ala untuk pensterilan bagi memasuki kawasan ini.

Di sini kita boleh naik kereta bagi memburu dinosaurs begitu.

Memang terasa la melambung-lambung macam betul-betul di hutan bagai.

Ada ride yang lebih mencabar kalau kita sudi tambah duit begitu.

Sektor 5 adalah 5D Ride.

Ada 2 perjalanan yang berbeza di 2 bilik yang berbeza.

Kalau hendak diikutkan kita boleh naik berapa kali pun 5D Ride ni.

Cuma rajin tidak rajin hendak beratur ye.

 

Budak-budak memang gembira sangat naik 5D Ride.

Cuma nenek kebayan yang udah tua ini tidak lalu hendak ulang naik 5D Ride ni.

Pening kepala.

Tetap la juga suara nenek kebayan seorang ini memeriahkan suasana semasa ride tersebut ye.

Sakan gegarnya macam kan naik roller coaster betul.

 

Café dan Kedai Cenderahati

Kami sebenarnya makan aiskrim bagai di café comelnya.

Tapi tidak terambil sekeping gambar pun ya sebab den udah pening kepala turun dari 5D Ride di Sektor 5.

Kedai cenderahati penuh dengan aneka barangan bertemakan dinosaurs.

Kome sediakan aje la duitnya ye.

 

Harga Tiket, Lokasi dan Waktu Operasi

Tempat macam ni jarang la harga tiketnya marhaein ye.

Masa kami pergi harga tiket dewasa RM49 dan kanak-kanak 4 -12 tahun RM35.

Waktu Operasi adalah setiap hari dari 11 pagi hingga 6 malam.

Tempat-tempat sebegini adalah tempat untuk menggembirakan hati anak-anak.

Memang deme berdua gembira berlari ke hulu ke hilir, mulut pot pet pot pet pasal dinosaurs, dsb.

Untuk den yang udah mencecah warga emas ni, bertabah aje la menyediakan kekuda kaki berjalan bersama deme, melapangkan dada mendengar fakta dinosaurs buat ratusan kalinya, dsb.

Seperti biasa gambar asal ada begitu konsepnya.

Dengan telefon cap ayamnya, banyak betul gambar-gambar yang gelap tidak nampak apa.

 

Kalau kome tanya den pameran dinosaurs mana yang berbaloi dan terbaik yang den pernah pergi.

Berdasarkan kepada lebih 10 pameran dinosaurs yang den pernah pergi.

Den akan pilih pameran dinosaurs di Genting Highland.

Bukan sahaja ada combo tiket tetapi pameran itu sendiri memang meletup kebabom.

Ada bahagian dinosaurs di dalam habitat hutan.

Ada bahagian makmal.

Ada bahagian di mana kita boleh mencari tulang dinosaurs di tapak.

Memang awesome teruk pameran dinosaurs di sana.

Kalau kome tersinggah di Batu Gajah Perak dan anak-anak kome peminat dinosaurs, bolehlah jengah dinosaurs di Dinosaur Encounter World Area 65 Silverlakes Village Outlet.

Rawr! Rawr! Rawr!

 

 

0 Comments