Tempat Menarik Kuala Selangor 2024 Muzium Permainan Tradisional Rakyat
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar kome semua?
Sejak dua menjak semakin tua ni semakin kerap pula den sakit.
Udah sembuh dari demam influenza, udah kena migraine pakej muntah bagai nak pengsan.
Memang kena makan ubat dan tidur dalam gelap.
Den rasa Muzium Permainan Tradisional Rakyat adalah antara tempat awesome yang den pergi pada tahun ini.
Kome lagi-lagi yang ada anak-anak boleh bawa mereka ke sini kalau pergi ke Kuala Selangor.
Untuk kita yang udah masuk usia senja pun sesuai datang ke sini.
Bagi mengenang kegemilangan zaman kanak-kanak circa 1980an dan awal 90an begitu.
Kenangan bersama kawan-kawan yang persahabatannya tulus suci.
Ramai juga yang telah tiada di dunia ini.
Kita titipkan Al-Fatihah untuk mereka ye.
Bangunan Tradisional
Tengok bangunan yang menempatkan Muzium Permainan Tradisional Rakyat ini pun udah terasa tradisionalnya.
Dengan binaan separuh kayu separuh batu.
Ada ukiran awan larat bagai dengan tiang, tingkap dan tangga.
Memang nampak klasik sangat.
Diserikan dengan lukisan kartun berwarna warni yang bisa menarik hati kanak-kanak.
Persekitaran Muzium
Sebelum masuk dalam muzium, di luar bangunan pun udah menarik.
Ada permainan dam ular gergasi di atas lantai di pintu masuk muzium.
Sempat den dan anak-anak den main 1 pusingan dam ular ni.
Persekitaran muzium juga adalah tempat menarik untuk bergambar sebab berwarna warni.
Dengan berlatarbelakangkan bangunan klasiknya.
Memang comel kalau bergambar.
Cuma seperti biasa.
Gambar den cuma sekupang dua.
Merenjas-renjas budak bertuah dua orang tuh bila disuruh ambil gambar den😅.
Jadi la gambar sekeping daripada tiada kan |
Pameran Pelbagai Permainan Tradisional Rakyat
Den rasa ada lebih daripada 20 jenis permainan tradisional rakyat di sini.
Konda kondi, congkak, dam haji, layang-layang, gasing, batu seremban, sepak raga, sepak bulu ayam, dam cina, lastik, lawan biji getah, galah panjang, teng teng, guli, baling selipar, baling tin dan macam-macam lagi.
Memang mengundang nostalgia bagi emak bapa generasi X.
Ramai ibu bapa yang den terpaku lama dekat satu-satu permainan.
Mungkin terkenang zaman indah bersama teman-teman bergelak ketawa dahulu.
Salah seorangnya memang den la.
Congkak buah biji getah ni memang klasik la. Siapa pernah main? |
Dulu den ada 3 set lastik. Sempat la lastik burung laki bini (yang warna kuning), lastik cicak biawak bagai |
Ada banyak permainan tradisional yang budak-budak sekarang tidak tahu pun.
Ada juga permainan yang den sendiri tidak tahu.
In sya Allah memang berbaloi datang ke muzium ini.
Setiap pameran ada:
alat permainannya
penerangan ringkas
karikatur orang sedang bermain permainan
QR Code untuk maklumat lanjut tentang permainan tersebut
Tersusun aje pamerannya.
Memang boleh buat budak-budak terpana.
Anak-anak den sakan ke hulu ke hilir membaca semua maklumat.
Bila den bagitau den pernah main permainan mana, deme macam percaya tak percaya je sebab yang deme nampak mama asyik main Candy Crush😅.
Pernah sekali den main batu seremban dengan deme, terkesima deme tengok😅.
Kome boleh scan QR Code ni untuk dapat maklumat lanjut untuk setiap permainan |
Budak-budak era permainan roblox, minecraft, etc memang terkesima tengok permainan tradisional ni |
Kalau menang besar tuju guli era kegemilangan dulu, memang menyeret beg plastik penuh guli |
Tutup botol antara permainan yang den sakan main dulu |
Zaman main gasing cuma pernah guna gasing biasa yang beli 50 sen dekat kedai nyonya |
Cuma itu la ye.
Disebabkan kamera den cap ayam.
Gambar pun banyak yang kabur-kabur.
Tidak menggambarkan keindahan sebenar pameran di sini.
Klasik betul congkak ni |
Budak-budak ni biji saga pun tak pernah tengok |
Tengok deme terkesima |
Kalau hendak baca semua maklumat di ruang pameran sahaja.
Paling kurang perlukan 1 jam.
Sungguh banyak yang hendak dibeleknya.
Lagi-lagi kalau datang macam anak-anak den yang tidak berkesempatan untuk main hampir 80% permainan yang ada di sini.
Memang banyak la soalan-soalan deme.
Permainan Tradisional Rakyat di Ruang Bawah Muzium
Pameran di ruang muzium hanya boleh dipandang sahaja.
Tidak bisa disentuh.
Tetapi di ruang bawah muzium disediakan beberapa permainan yang kita boleh main.
Ada congkak, dam haji dan teng teng.
Den rasa ada beberapa permainan lagi yang akan ditambah kemudian.
Kedai cenderahati pun masih belum siap masa kami pergi.
Rasanya akan lebih meriah di masa hadapan.
Mula-mula kami sampai di ruangan ni, hanya kami yang ada di situ.
Jadinya sempat main ketiga-tiga permainan sebelum pengunjung lain datang.
Den pun sempat la naik buaian kayu sambil menyanyi lagu pohon beringin😅.
Walaupun ada 3 permainan je yang tersedia untuk dicuba, dekat 30 minit juga kami di sini main dam haji, congkak dan teng teng ye.
Sempat den lawan dam haji dengan anak den 2 pusingan.
Dua-dua kali den kalah😅.
Udah idok tajam otaknya sejak-sejak menua nih ye.
Kami main congkak 3 pusingan.
Walaupun teng teng tuh simple aje, sakan juga den termengah ye.
Haish.
Waktu Operasi, Harga Tiket dan Lokasi
Waktu operasi Selasa - Ahad 9.30 pagi - 5.30 petang.
Hari Jumaat deme rehat dari 12.30 tengahari - 2.45 petang.
Waktu terakhir masuk muzium 4.30 petang.
Hari Isnin tutup ye.
Harga tiketnya RM5 kalau tidak silap.
Lokasinya di atas Bukit Melawati ye.
Anak-anak den cakap lain kali hendak datang lagi muzium ni.
Maknanya deme berkenan dooh la tuh.
Den rasa la kan kebanyakan kanak-kanak kalau diberi peluang, deme tak heran sangat pun gadjet ni.
Anak-anak den kalau balik kampung depa akan teroka semak belakang rumah tok long deme.
Deme tengok ayam, biawak, ikan laga, pokok bagai.
Kalau ada budak-budak sebaya diaorang yang boleh main permainan tradisional semua ni mau deme lupa terus gadjet.
Anak-anak zaman sekarang kurang peluang untuk explore sebab persekitaran yang kurang selamat dan tidak mengizinkan.
Den dulu merayap merata sebab syarat arwah abah satu je 'balik sebelum Maghrib'.
Itu yang sakan melastik burung, main hide and seek dekat jerat cina, tangkap berudu dekat longkang, main kaki tempang, baling selipar bagai.
Itu yang siap terpijak kaca, kain berjahit parut kekal sampai sekarang.
Hampir lemas di lombong bagai😅.
Ramai budak-budak sekarang termasuk anak den tidak merasa permainan macam ni.
Budak-budak dulu pun persahabatan berlainan jantina suci murni je.
Memang ikhlas persahabatannya tuh temanya bermain sakan sampai lebam.
Anak-anak sekarang ni banyak yang perlu diperhatikan.
Kalau tanya den, den pun sudi hendak pergi lagi ke muzium ni.
Sebab memang molek banget.
Jadinya kalau kome ke Kuala Selangor, masukkan muzium ini dalam agenda kome ye.
0 Comments