Lama den pinjam buku ni dari KNoris.

Sejak Januari 2024.

Sakan den buat pekasam sampai berbulan-bulan😅.

Dok terperap tak terbaca sampai la KNoris tanya pasal buku ni sebab ada orang nak pinjam. Langsung la den pulun baca😅

Tajuk: Istanbul Memories And The City

Pengarang: Orhan Pharmuk

Mukasurat: 548

Sumber: Pinjam dari kawan

1/5 buku ini dipenuhi dengan gambar-gambar Istanbul dan lukisan-lukisan akhir 1890an sehingga 1950an.

Orhan diberi nama sempena Sultan Ottoman yang dikenali sebagai sultan yang molek perangai.

 

Buku ini ala-ala biografi dan memoir Orhan tentang hidupnya.

Keluarganya.

Persahabatan.

Cinta pertama.

Dilema untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan jiwa.

Istanbul dari kacamata beliau.

Memang tiada cerita tentang tempat viral pelancong dalam buku ini.

Masjid Suleiman dan Hagia Sophia hanya disebut sepintas lalu.

Buku ini lebih fokus kepada kehidupan Orhan.

Jalan-jalan kecil di belakang rumah yang pelancong jarang hendak pergi.

Istanbul dari sisi yang berbeza begitu.

Istanbul sememangnya ada dalam bucketlist den untuk dilawat bila ada rezeki nanti.

Lepas baca buku ini, den rasa den hendak pergi ke Istanbul sahaja tanpa pergi naik belon panas bagai di Cappadocia.

Hendak naik tram sekitar Istanbul.

Lepas tuh hendak belayar naik feri dekat Bhosphorus.

Tetapi itu la harga tiketnya agak keras ye.

Tak kira lagi dengan kadar inflasinya.

Tiba-tiba ada letupan sana sini. 

Tak tau ada tak peluang ke sini ke idok sebenarnya sudahnya ni😅.

 

Ini buku pertama Orhan Pharmuk yang den baca.

Gigih ye den heret buku hard cover ni ke hulu ke hilir naik ETS, pergi makan dekat Dodo Korea bagai.

Alhamdulillah akhirnya berjaya habis baca.

 

 

 

 

 

0 Comments