Assamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar semua?

Harap semuanya sihat-sihat belaka.

Lama den tidak update blog ini sebab tidak sihat.

 

Den masih lagi dalam fasa penyembuhan akibat demam influenza.

Boleh tahan juga penangan demam influenza nih ye.

Selsema berpanjangan sampai berdarah-darah hidung sebab asyik buang hingus.

Batuk yang tidak kebah walaupun jumlah ubat batuk yang dimakan udah macam orang addicted ubat batuk.

Kepala dok weng hampir sepanjang masa.

Yang paling tidak larat adalah badan lesu yang jenis terklepet macam kain buruk.

Tak lalu hendak buat apa pun.

Terbaring aje la mengenang nasib begitu.

Semoga cepat berakhir la fasa demam influenza ni.

 

Hari ni jalan raya lengang sungguh.

Bahagia je rasanya hehehehehe.

Tidak ramai orang yang bekerja di pejabat hari ni.

Disebabkan den MC hampir seminggu minggu lepas dan minggu ni.

Makanya den masuk la keroje hari.

Den takut den terus rasa hendak berhenti kerja akibat terlalu lama berehat di rumah😅.

Ayuh la terus bersemangat bekerja sebab begitu banyak hutang piutang yang perlu dilangsaikan ye😅.

Den mengharapkan Oktober yang indah-indah.

Terselit juga beberapa perkara yang dalam kategori Tragedi Oktober😅.

Hendak diapakan iya tak.

Udah namanya kehidupan duniawi begitu ye.

Kita jalan terus walaupun mengesot ye.

 

Dalam pada menguruskan keperluan kehidupan yang macam-macam ni, tiba-tiba eh udah November ye.

Apa udah jadi sepanjang 10 bulan lepas ye😅?

Den ni kadang-kadang lepas bagi salam seusai solat Subuh pun boleh terlupa samada den baca Doa Qunut ke idok sebelumnya.

Lagi hendak recaps apa-apa kejadian dalam 10 bulan lepas.

Memang terpleot la😅.

 

In sya Allah masih ada 61 hari di tahun 2024 untuk kita hiasi dengan perkara-perkara yang bisa meninggalkan kenangan manis di dalam hidup kita.

Jadinya ayuh kita berusaha mencipta kebahagiaan ye.

 

Apa rancangan kome bulan November ni?

Kalau cerita pasal kerja.

Memang tidak akan pernah berkesudahan😅.

So tidak perlu la kita cerita pasal kerja ye.

Bersyukur masih ada kerja.

Ayuh berusaha melaksanakan tanggungjawab sebaiknya ye.

Walaupun kadang kala den rasa perlu ada Thanos atau John Wick atau Vincenzo Cassano bagi menguruskan sesetengah perkara di pejabat😅.

Tetap la juga kita berusaha bertabah hati ye.

 

Untuk semua kakitangan awam di Malaysia, November adalah bulan untuk membuat keputusan.

Samada hendak memilih skim perkhidmatan terbaru yang ditawarkan iaitu SSPA atau kekal dengan skim lama iaitu SSM.

Kalau tanya den, dia ala-ala paksa rela kita untuk pilih SSPA.

Pusing kiri kanan atas bawah akhirnya akan terpaksa juga pilih SSPA.

So pasrah aje la ye.

 

Bak kata kebanyakan boss keji elok disantau dalam KDrama, kalau kome tidak suka kerja sekarang, kome boleh berambus dari syarikat ini.

Ramai lagi orang yang hendak kerja.

Kome ingat kome indispensable?

Begitu katanya sambil senyum-senyum sinis.

Elok dihempuk dengan mug The Best Boss In The World orang macam ni kan😅?

 

KDrama yang den tunggu saban minggu iaitu The Judge From Hell akan berakhir pada Ahad ini.

Antara KDrama awesome pada 2024 bagi den.

Bye Kim Jae-young. Semoga berjumpa di dalam KDrama lain di masa hadapan

Begitulah kehidupan ye.

Perkara yang menggembirakan pun akan berakhir juga.

Tiada yang kekal di dunia ni.

Eceh😅.

Tetapi dirisau jangan sebab ada berjujuk lagi KDrama dalam senarai untuk ditonton😅.

 

Sesi membaca memang terbengkalai teruk disebabkan terpesona dengan KDrama dan kesihatan yang merudum hampir 2 minggu.

Dia bila tidak sihat yang spesies terklepet tuh memang apa pun tak lalu.

Tidur je la kerojenya.

Harapnya November ni dapat baca paling kurang 2 buah buku.

 

Sedih kelas mengaji udah tinggal 3 orang.

Boleh rasa ustazah pun terkesima hendak mengajar 3 orang pelajar yang seawal Bismillah masih kantoi😅.

Den harapkan ustazah masih sudi mengajar kami.

Walaupun den memang student yang paling terpleot sekali, tetap den boleh rasa perubahan dalam mengaji selepas belajar dengan ustazah.

Masih banyak yang perlu diperbaiki tetapi ada progress walaupun seperti pergerakan siput begitu.

Hopefully ada rezeki untuk terus belajar mengaji.

 

November ni memang tiada perancangan apa.

Tiada sesi berjimbaan.

Tiada rancangan makan-makan.

Cuma berharap dikurniakan kesihatan terbaik.

Tapi teringin la pula hendak makan Big Breakfast dekat Bukit Jelutong.

Lepas tuh teringin la pula hendak makan ketam nipah 3 ekor RM50 dekat Petaling Jaya.

Ada kedai dekat Seksyen 15 Shah Alam jual lempeng.

Itu pun nak kena cuba juga tuh.

Acaner tuh?

Banyak la pula wishlist kedai makan den ye😅.

 

Semoga ada lagu meletup di bulan November yang bisa menggantikan lagu APT yang rent free dalam kepala sejak kali pertama den dengar😅.

Lagu catchy, music video sweet and simple memang mengundang siulan ramai.

Banyak juga den baca orang debate pasal lirik lagu ni.

Udah namanya lagu memang la lagho ye idok.

Tetapi untuk rakyat marhaein yang hidupnya keras ni.

Kita tumpang happy kalau ada orang rasa lagu ni menceriakan hidup mereka.

Dalam dunia yang macam-macam, kita cuba spread happiness dan biar orang bahagia dengan cara masing-masing begitu ye.

Den doakan semoga November 2024 adalah November terbaik untuk kita semua.

Life not an easy ride but that whats make life worthwhile kan?

Semoga November 2024 kita awesome teruk ye.

Jaga diri semua.

 

0 Comments