I tried so hard and got so far

But in the end, it doesn't even matter

I had to fall to lose it all

But in the end, it doesn't even matter

-In The End, Linkin Park-

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Harap semuanya sihat walafiat.

Sekejapan udah masuk pertengahan bulan November ye.

Dalam dok berkonflik dengan laundry yang tidak berkesudahan.

Eh sudah tinggal 15 hari sahaja di bulan November.

Kisah baju dari basuh - sidai - lipat/gosok memang sampai mati la ye gamaknya 😅.

 

Den ni dari dulu memang spesies cepat terasa tak tau kenapa.

Masa den tadika ada kejadian seekor babi mati terbongkang dalam parit besar dekat dengan tadika den.

Udah den sedih hampir sepanjang hari siap nangis😅.

Padahal babi je pun kan?

Tapi den tetap den sedih.

Perangai cepat terasa ni melekat sampai sekarang.

 

Jadinya bila ada orang yang pernah hadir dalam hidup den melalui drama, movie, lagu, dsb meninggal dunia, den memang akan patah hati.

Lagi-lagi kalau deme membunuh diri.

Memang betul sangat deme tak tau pun kewujudan den dekat dunia ni.

Tetapi setiap seorang daripada deme ada memberi kesan pada kehidupan den.

Drama, movie, lagu dan senyuman deme teman den melalui suka duka di dalam hidup.

 

Song Jae-rim

3 hari lepas, 12 November 2024 pelakon Korea Song Jae-rim membunuh diri.

Patah hati den.

Den baru je sebut pasal dia dalam blogpost den bulan lepas.

https://www.dinohauz.com/2024/10/oppas-yang-harapnya-dapat-watak-hero.html

Dia adalah antara pelakon yang den harap sangat ada rezeki dapat jadi hero/male lead satu hari nanti lepas dia tengok dia dalam KDrama Moon Embracing The Sun (2012).

Masa dia swordman dalam METS den dah jatuh berkenan dengan dia

Senyuman menawan.

Mata bening.

Suara memang jadi halwa telinga buat penyejuk hati.

Tinggi lampai.

Kalau baca komen yang pernah berlakon dengan dia baik dari pengarah, penulis, pelakon, dsb semua cakap dia baik hati. 

Kriteria serba serbi lengkap untuk jadi male lead kalau tanya den.

Tetapi tidak ada rezeki walaupun udah berlakon dalam 20 KDrama dan 9 KMovie sejak 2009.


Last sekali den tengok dia berlakon dalam KDrama Clean With Passion (2018).

Ni cerita rom-com hero dan heroine pandang memandang 10 minit.

Memang bukan genre den tetapi sebab Song Jae-rim jadi pelakon pembantu, den tahankan hati tengok KDrama ni sampai habis.

Den memang berkenan dooh dekat oppa macam ni
 Lee Sun-kyun

Tahun 2023 Lee Sun-kyun meninggal dunia.

https://www.dinohauz.com/2023/12/goodbye-my-mister-lee-sun-kyun.html

Nih pun buat den patah hati keriuk-keriuk.

Spesies hero yang kalau senyum buat den nak senyum sama. Udah la suaranya mahal

Macam Lee Sun-kyun juga, den rasa Song Jae-rim adalah orang yang baik hati dan sajak mendapat kebahagiaan dalam hidup.

 

Robin Williams

Banyak movies Robin Williams yang den tengok.

Tapi den suka ulang tengok cerita Jumanji dan Mrs.Doubtfire.

Den akan tengok movies ni bila den rasa down.

Bila tengok Robin Williams dalam cerita ni, hati macam sayat-sayat macam tu.

Chester Benington, Linkin Park

Masa belajar di UKM dulu den dok layan lagu-lagu dari Linkin Park, Limp Bizkit dan Smashing Pumpkins.

Lagu In The End oleh Linkin Park den memang sakan ulang dengar masa sakit kepala nak siapkan tesis.

Bila den dengar lagu-lagu Linkin Park terutamanya In The End, Numb, Crawling, Leave Out of The Rest dan One More Light.

Memang la den teringat dekat Chester Benington.

 

Tommy Page

Den suka dengar lagu Tommy Page masa zaman remaja.

A Shoulder To Cry On dan I’ll Be Your Everything adalah lagu-lagu dia yang den memang ulang dengar sampai sekarang.

Lagu duet dia dengan Amy Mastura The Best Part pun den suka dengar.

Leslie Cheung

Era kegemilangan muzik dan filem Hong Kong circa 1980an dan 1990an, Leslie Cheung antara pelakon yang den suka.

Walaupun dia bukan dalam kumpulan 4 Heavenly Kings (Leon Lai, Aaron Kwok, Andy Lau dan Jacky Cheung), den tetap suka dia sebab manis orangnya.

Bila dia terjun dari Hotel Mandarin Oriental tahun 2003, den sedih banget.

Ada beberapa orang lagi yang buat den sedih bila deme membunuh diri.

Dia kalau meninggal dunia sebab sakit ke accident ke.

Den sedih juga tetapi den faham udah sampai masa deme kembali ke alam abadi.

Tapi kalau meninggal dunia akibat membunuh diri.

Patah hatinya tuh lain macam.

 

Semoga kematian mereka yang pernah menceriakan hidup kita melalui lakonan, nyanyian, dsb memberi kita banyak kenangan dan pengajaran.

Untuk sentiasa menjadi orang yang baik.

Bak kata Keanu Reeves I don’t want to be part of a world where being kind is a weakness.

So ayuh kita jadi orang baik ye walaupun kadang-kadang ada situasi buat kita hendak jadi John Wick, Thanos, Vicenzo Cassano dan seangkatan dengannya ye 😅.

Hidup ini memang keras untuk kita rakyat marhaein.

Jadinya terus bertahan hidup ye.

Jangan lupa juga untuk sentiasa ingat akan hakikat setiap saat kita semakin dekat dengan lubang kubur.

 

Den nak tengok Song Jae-rim dalam Yaksha Ruthless Operation (2022) nanti ni.

Gonna miss you oppa.

Macho habis Song Jae-rim dalam movie Yaksha ni


 

 

0 Comments