Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sabtu baru ni bawa anak-anak den mandi laut.

Kedondang bertuah si A tidak mahu tangalkan cermin mata dia sebab dia kata tidak nampak mama dari laut nanti.

Puas la kita pesan jaga cermin mata elok-elok supaya jangan terjatuh dalam laut.

Elok dipesan ombak besar datang lalu hilanglah cermin matanya.

Haish.

 

Kejadian berlaku pukul 6.30 petang.

Terus den whatsapp boss Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza bagitau hendak datang kedai esok sebab kena buat segera cermin mata baru untuk budak bertuah tu.

Esoknya Ahad, pukul 1 petang budak bertuah sudah pakai cermin mata baru😅.

 

Kenapa den pilih kedai cermin mata Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza?

Boleh baca cerita cermin mata den di sini ye.

https://www.dinohauz.com/2023/04/percaya-tak-boleh-dapat-cermin-mata.html

Kali pertama anak den buat cermin mata di sini adalah tahun 2023.

https://www.dinohauz.com/2023/11/kedai-viral-cermin-mata-murah-eye-pro.html


Kedai Viral Penuh Sokmo

Kali ketiga den ke kedai Eye Pro Vision, tetap juga den terkesima sebab meriahnya orang di kedai tuh macam orang membeli belah jualan murah akhir tahun di pasaraya.

Tapi jangan risau.

Walaupun ramai orang, kita tidak perlu menunggu lama.

Terus sahaja disantuni oleh kakitangannya.

Pemandangan biasa setiap kali datang kedai ni

Den minta anak den cuba pelbagai jenis bingkai yang tersedia sambil dibantu oleh kakitangan Eye Pro Vision.

Beliau membantu anak den membuat pilihan bingkai cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka.

Ada banyak pilihan bingkai cermin mata.

Siap ada bingkai yang warna warni ceria di Aidilfitri begitu.

Rambang mata hendak pilih bingkai sebab pilihan banyak sangat

Power Cermin Mata Boleh Tahan Tinggi

Tahun 2023 power cermin mata anak den 300.

Pemeriksaan mata anak den dibuat 2 kali.

Pemeriksaan pertama - menggunakan alat di mana dia perlu tengok gambar belon panas.

Pemeriksaan kedua - pemeriksaan secara manual.

Power dia pada tahun ini adalah 325.

 

Kriteria Pemilihan Bingkai dan Kanta Cermin Mata Anak Den

Ciri utama pemilihan cermin mata untuk anak den adalah bingkai cermin mata tahan lasak.

Budak macam dia sejenis spesies suka bergelinjang, tidak boleh duduk diam, akan bergasak sana sini dengan kawan-kawan sekolah dan abangnya.

Haish.

 

Siap Dalam Masa Satu (1) Jam

Selepas memilih bingkai cermin mata yang tahan lasak, kitaorang pergi makan dulu.

Bila kami datang semula ke kedai dalam masa satu (1) jam, tadaaaaa cermin mata anak den telah siap.

Memang awesome ye cermin mata siap dalam masa satu (1) jam.

Siap sudah cermin mata dalam tempoh 1 jam

Apa Istimewanya Cermin Mata di Kedai Eye Pro Vision Ni?

Cermin mata multifocal RM450 siap dalam masa satu jam.

Ini sebenarnya yang istimewa tentang kedai ini.

Kalau mata korang memenuhi kriteria:

1. Kuasa (power) mata 400 ke bawah

2. Silau yang tidak tinggi

3. Rabun bukan kombinasi rabun jauh + rabun dekat.

 

Korang boleh dapat pakej ni.

Lengkap pakejnya ye - kualiti + harga mampu milik + jimat masa + pemeriksaan mata menyeluruh + layanan mesra pelanggan.

Ini faktor utama kedai ini viral.

In sya Allah berbaloi.

 

Lokasi dan Waktu Operasi Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza

G111 Ground Floor Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur.

Boleh datang naik kereta atau LRT ke sini.

Boleh hubungi Mr William sebelum datang tapi boleh je kalau walk in pun.

Boleh telefon atau whatsapp 016-3771304

Waktu perniagaan setiap hari 11 pagi - 8 malam.

Boleh layari https://www.facebook.com/EyeProVisionViral

Harapnya bertahan la cermin mata anak den kali ini.

Pengsan kalau setiap tahun kena buat cermin mata😅.

 

 

0 Comments