KDrama Review Mr. Plankton
Why do tragedies keep happening to people whose lives are already suffering?
Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Satu ayat di atas adalah sinopsis ringkas KDrama ini.
Neflix keluarkan terus 10 episod KDrama ni.
Makanya rabak la mata den marathon KDrama ni dalam tempoh 1 hari.
Kalau jadi macam ni maknanya den berkenan teruk dekat ceritanya.
Tajuk: Mr. Plankton
Episod: 10
Genre Ikut Tafsiran Neflix: Komedi Romantik
Genre Sebenar: Slice of Life/Kehidupan Rakyat Marhaein Mengundang Air Mata
Sinopsis Ringkas:
Hae Jo/Chae Seung-hyeok (lakonan Woo Do-Hwan) seorang anak terbuang didiagnos sakit kronik yang ada 3 bulan je untuk hidup.
Jo Jae-mi (lakonan Lee Yoo-mi) bekas kekasih Hae Jo.
Seorang anak yatim piatu yang berhasrat sangat hendak menjadi seorang ibu tetapi didiagnos menghidap menopause di usia muda.
Jadinya dia tidak boleh mengandung.
Eo Heung (lakonan Oh Jung-se) tunang Jo Jae-mi.
Dia ni waris tunggal lelaki keluarga bangsawan susur galur 500 tahun.
Hidupnya ditentukan oleh emaknya.
Deme macam toxic relationship tapi bila kita tengok backstory nya.
Kita boleh cuba faham kenapa deme berperangai macam tu.
Red flag semedang gayanya.
Ketiga-tiganya kekurangan kasih sayang keluarga.
Deme terjebak dengan road trip dan adventure yang melibatkan mafia, penjudi tegar dan sebagainya dalam kehidupan.
Cerita tentang berdamai dengan takdir.
Sad ending ye.
Ini KTrauma ye bukan KDrama.
Memang one captivating drama from the start until the end.
Vibes cerita My Mister.
5 Sebab Kenapa Korang Kena Tengok KDrama Mr Plankton:
1. Jalan Cerita Mantap Memikat. Tiada Episod Yang Bosan dan Meleret. Skrip memukau.
Seawal episod 1 kita sudah terkesima dan terpesona.
Jadah apa la awal Bismillah episod 1 udah nampak sad ending drama ni.
Hampas kedondong betul.
Tetapi tetap kena tengok sebab nak tau kenapa jadi begitu.
Seawal 5 minit, ini scene nya di episod 1. Jadinya kita tau ending nya buat patah hati.
Cerita ni dari episod 1 sampai episod 10 memang fast pace.
Tiada satu adegan pun yang bosan.
Jalan cerita intriguing.
Memang ada banyak adegan yang buat kita tergelak.
Den sakit perut gelak masa adegan pergaduhan dekat jeti ikan.
Siap baling sotong bagai😅.
Tetapi banyak juga adegan yang tiba-tiba buat air mata mengalir.
Sebab kadang-kadang dalam hidup ada orang yang sangat kasihankan masih juga dirundung malang bertimpa-timpa.
Macam they couldn’t even catch a break.
Dia macam udah jatuh ditimpa tangga.
Ditimpa pula pasu bunga.
Tersalat pula tahi ayam.
Macam tuh la.
2. Kisah Kehidupan Rakyat Marhaein Yang Struggle Untuk Hidup
Kehidupan rakyat marhaein yang udah la dari kecil sedih.
Diabaikan/ditinggalkan keluarga.
Masa besar bergelut dengan bertahan hidup.
Dengan tidak cukup duitnya.
Kena tipunya.
Sakit kronik pula.
Memang la tidak sesuai ditengok kala kita di fasa jiwa kacau.
Kesan/trauma abandonment pada kanak-kanak memberi kesan sehingga ke akhir hayat.
Kisah keluarga yang bukan berkongsi darah.
Cerita teman yang menjadi keluarga.
Tentang keluarga.
Persahabatan.
Bromance.
Mencari kekuatan meneruskan kehidupan di kala hampir semuanya kacau bilau.
Personal growth.
Berdamai dengan takdir selayaknya.
Tetapi kisah kehidupan macam ni yang sedikit sebanyak menyentuh hati kita.
Mengingatkan kita supaya live life to the fullest.
Be kind to others because everybody is fighting a battle yang kita tak tau.
Kalau kita tidak boleh menjadi manfaat kepada orang lain, janganlah kita mempedajal dan buat jahat ke orang lain.
Cinta tidak semestinya memiliki eceh😅.
3. Woo Do-Hwan
Ini asbab utama den tengok KDrama ni.
Period.
Den berkenan masa tengok dia berlakon cerita My Country The New Age.
Boleh baca review den di sini https://www.dinohauz.com/2020/07/kdrama-review-my-country-new-age.html
KDrama dia yang terakhir den tengok adalah Bloodhounds (2023).
Ini pun KDrama genre slice of life.
Kisah pasal lintah darat.
Kalau kome nak tengok Woo Do-Hwan shirtless sokmo, inilah KDramanya😅.
Dalam KDrama King Eternal Monarch, he stole the scenes from Lee Min-ho ye.
Den tengok habis KDrama King Eternal Monarch sebab Woo Do-Hwan je😅.
Setakat den tengok beberapa KMovie dan KDrama, hanya sekupang dua pelakonnya yang den kategorikan sebagai kayu.
Biasanya pelakon deme memang boleh berlakon.
Jadinya kalau jalan cerita KDrama tuh memang awesome, siapa pun pelakonnya in sya Allah best je nak tengok.
Cuma kalau jalan cerita kebabom dan pelakonnya pula yang kita minat.
Lagi berbunga-bunga hati hendak layan KDrama dan KMovie tuh.
Dalam Mr. Plankton ni, Woo Do-Hwan memang tidak mengecewakan.
Ada scenes yang den rasa memang udah sedih tapi sebab Woo Do-Hwan nangis, den pun nangis sama😅.
Woo Do-Hwan spesies hero yang sesuai juga berlakon jadi pembunuh bersiri.
Cuba kome tengok dia berlakon jadi syaitan dalam The Divine Fury.
Jadi setan pun eh segak menawan😅.
4. Lakonan Berkesan oleh Semua Pelakon
Oh Jung-se ni pelakon veteran yang hang bagilah watak apa pun.
Memang dia tapau habis.
Setakat yang den tengok KDrama dan KMovie den tak perasan dia pernah jadi male lead.
Tetapi kadang-kadang dia overshadow hero/male lead bila dia muncul.
Dalam KDrama ni ada masa den rasa molek teruk kalau Jo Jae-mi pilih dia berbanding hero.
Baik hati sungguh dia dalam drama ni.
Dalam KDrama When The Camillia Blooms dan Hot Stove League (2 KDrama yang den berkenan dooh), rasa nak dicepuk-cepuk je dia ni😅.
Kalau kome tengok dia berlakon dalam KDrama Its Okay Not To Be Okay, kome akan cakap memang sajak la dia dapat anugerah.
Female lead Lee Yoo-mi memang molek berlakonnya dalam Squid Game dan All of Us Are Dead.
Dalam KDrama Mr Plankton ni boleh faham dia punya sakit jiwa melayan hero.
Udah la anak yatim dari kecil mengharap kasih ibu.
Bakal mak mertua ala-ala bukan dari syurga.
Elok di hari perkahwinan dengan second male lead, hero culik dia bawa lari merata.
Lepas dia dah boleh terima hero, udah hero jatuh tergolek nak mati.
Memang keras hidupnya.
Pelakon sokongan yang lain baik yang gangster nya, dsb pun buat setiap scenes tuh worth it untuk kita tengok.
5) Sinematografi molek sangat
Pemandangan cantik-cantik sungguh dalam drama ni.
Bergaduh di petak sawah.
Naik keretapi merentasi landskap menghijau.
Laut membiru.
Salji memutih.
Eh lawa belaka la pemandangan dalam cerita ni.
Dia macam okay cerita ni memang banyak adegan yang meruntun jiwa.
Tapi kami seimbangkannya dengan pemandangan memukau supaya hati kome tidaklah pecah sangat.
Begitulah.
KDrama nan satu ini udah jadi salah satu KDrama favourite den.
KDrama yang akan diulang tengok apabila rindu pada Woo Do-Hwan.
Hands down one of the best KDrama for 2024.
0 Comments