Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekali sekala moh la kita bercerita tentang perkara lagho seperti KDrama😅.

Hendak cerita tentang perkara serius macam letih otak.

Makanya ayuh kita cerita topik santai ye.

 

KDrama The Judge From Hell telah berakhir Ahad baru ni.

Ini adalah antara KDrama yang bikin hati terpesona sejak den tengok trailer nya.

Jalan cerita unik, fast pace, Kim Jae-young, dsb.

Spesies KDrama yang bisa diulang tengok kalau bosan di masa hadapan.

Antara KDrama terbaik 2024 bagi den.

 

Lepas tuh den akan cuba tengok KDrama mana yang den boleh layan November ni.

Kadang-kadang barisan pelakon udah star studded tetapi jalan cerita hampas kedondong la pulanya.

Macam KDrama Love Next Door.

Den banyak fast forward dari episode 1 sampai 10.

Lepas tuh tak tengok sampai sekarang sebab cringe sangat love story nya.

Ada 6 episod lagi yang den tidak tengok.

Penuh dengan kisah cinta yang hero dan heroin pandang memandang sampai 10 minit dalam satu-satu scene.

Den memang tidak minat betul drama macam ni.

Bertahan tengok sampai episode 10 sebab hero dan heroin dia den suka.

 

KDrama yang den looking forward hendak tengok bulan November ni adalah:

1. The Fiery Priest Season 2

Pasal penyiasatan oleh paderi yang ada masalah anger management, seorang peguam yang masuk air, detektif yang ala-ala hidup segan mati tidak mahu.

Trailer nya nampak promising.

Harapnya tidak mengecewakan la.

Season 1 memang awesome teruk.

2. Face Me.

Lee Min-ki.

Nih my biased.

Enough said.

Walaupun ceritanya tidak best ke apo biasanya den akan tengok juga sampai habis sebab suka tengok mamat ni.

 

3. Brewing Love dan 4. Mr. Plankton - kedua-dua KDrama ni rom-com.

Jarang den hendak berkenan genre sebegini tetapi disebabkan Lee Jong-won dan Woo Do-hwan, den hendak cuba tengok.

Tidak tahu la kalau nanti berakhir seperti KDrama Love Next Door yang den tidak habis tengok ke macam mana.

 

Ada beberapa KDrama lain yang ada dalam senarai macam Parole Examiner Lee, The Trunk, dsb yang macam menarik juga untuk ditengok.

Buat masa sekarang sementara menanti KDrama yang den sebutkan di atas memulakan tayangannya, den sedang dan akan cuba tengok KDrama yang masih bersiaran ni:

 

1. A Virtuous Business

Pasal 4 orang sahabat hendak menjual barangan orang dewasa pada 1992.

Den udah tengok sampai episod 6.

Cerita kehidupan mencari rezeki untuk bertahan hidup.

 

2. Doubt.

Tentang top criminal profiler.

Den baru tengok episod 1.

Intriguing tetapi heavy dan dark.

In sya Allah akan sambung tengok.

Han Suk Kyu sajak dapat anugerah melalui watak ni.

Mantap memikat lakonannya.

 

3. Hellbound Season 2.

Season 1 mantap sebab ada Yoo Ah-in.

Season 2 tengok trailer nya nampak not so bad walaupun hero bertukar.

Macam kena tengok sebab cerita dia memang lain macam.

Cerita pasal syurga neraka ni biasanya unik teruk.

4. Dongjae, The Good or Bad Bastard.

Macam best pasal pendakwaraya tapi macam heavy la pula ye.

 

5. Family by Choice.

Love story. Bukan my cup of tea la genre macam ni.

Tapi disebabkan ada Hwang In-youp, den akan cuba tengok nanti.

 

Berjujuk KDrama yang den sedang dan berangan hendak tengok.

Jadi kome rasa den ada masa hendak sakit kepala😅.

Ada orang tidak boleh masuk langsung dengan cerita Korea.

Macam den asalkan cerita tuh kena dengan otak den, kira boleh je layan.

Cerita Tamil, Filipina, Jepun, Hong Kong, China, Taiwan, Thailand, Indonesia apa semua den layan je.

Asal molek jalan cerita.

Masuk ke kepala otak.

Kita tengok begitu konsepnya.

 

Cuma itu la bila terpesona dengan movies ke drama bersiri ke, sesi pembacaan buku memang akan tergendala.

Itu la pula kisahnya😅.

 

Jadinya selamat menonton cerita Korea yang berkenan di hati ye.

 

 

0 Comments