Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga semuanya sihat walafiat dan dipermudakan semua urusan.

Dalam kita bercerita dengan kisah kehidupan, tiba-tiba kita sudah berada di bulan terakhir pada tahun 2024.

Ada 30 hari untuk kita lalui sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada 2024 dan mengucapkan hello kepada 2025.

In sya Allah jika ada umurnya.

 

Mari kita sama-sama berdoa untuk semua yang terkesan dengan banjir yang melanda beberapa negeri.

Yang mana boleh bagi sumbangan ayuh kita sama-sama bagi sumbangan apa yang mampu ye.

Semoga dipermudahkan urusan semuanya.

Semoga diselamatkan semuanya.

 

Kepada ibu bapa yang anak-anaknya menduduki peperiksaan SPM bermula Disember ini, didoakan semoga semuanya dikurniakan kelapangan hati dan minda yang tenang untuk menghadapi peperiksaannya.

Semoga dipermudahkan untuk anak yang mengambil peperiksaan, ibu bapa yang turut sama berdebar serta guru-guru yang terlibat.

Semua telah berusaha sebaik mungkin.

Semua latihan dan kelas tambahan telah dibuat.

Semoga yang molek-molek untuk semua ye.

 

Apa rancangan kome untuk 30 hari terakhir di tahun 2024 ini?

Sepatunya 31 hari kan bulan Disember.

Tetapi sebab den publish post ni pada 2 Disember, maka tinggal la 30 hari sahaja lagi di bulan Disember.

In sya Allah bulan Disember ini jadual den agak padat.

Ada keputusan besar yang perlu dipertimbangkan juga.

Kalau cerita bab kerja, perancangan kerja 2025 perlu dibuat bulan ini.

Den harap sangat semuanya dipermudahkan dan berakhir dengan kebaikan.

Berangan hendak buat sugar cookies juga.

Ini sudah hampir setengah tahun tidak buat😂.

Macam-macam la angan-angannya hehehehe.

 

Ada cuti sekolah juga pada 21 - 29 Disember.

Ini best sebab jalan raya lengang.

Jadinya tenang minda bila pergi dan balik kerja.

Cuma kalau ada rancangan hendak JJCM bertabahlah dengan kesesakan di tempat peranginan, RnR, tempat tumpuan pelancong, dsb.

25 Disember pula cuti Christmas.

Memang sakan la rakyat jelata bercuti di sana sini.

Hendak bercuti ke mana pun tengok keadaan cuaca sama ye.

Kalau musim hujan elakkan ke kawasan sungai dan kawasan tanah tinggi.

 

Setakat ini den tidak merancang ke mana.

Tetapi bukanlah perkara pelik kalau tiba-tiba kami terjebak berjimbaan tiba-tiba kelak😂.

 

Website Dramacool ditutup pada 27 November 2024 lepas.

Makanya peminat KDrama udah kehilangan platfrom untuk tengok KDrama secara percuma.

Nangis.

Setakat ni tiada KDrama yang den looking forward hendak tengok.

Padahal ada je KDrama yang pelakonnya den minat sedang ditayangkan.

Mungkin sebab banyak sangat perkara difikirkan sejak akhir-akhir ini.

Eceh😂.

 

Tiada buku yang den looking forward hendak baca setakat ini.

Adakah fasa reading slump telah bermula?

Padahal berenyut-renyut je buku di sana sini.

Mungkin kena membaca semula buku-buku yang santai begitu.

Pesta Buku Selangor 2024 masih berlangsung sehingga 3 Disember 2024 pun den tiada semangat hendak pergi menjengah.

Adakah den sudah terpleot?

Ataupun mungkin ini fasa untuk berehat dan bermalasan agaknya ye😂.

 

Den kena usahakan mengganti puasa Disember ni.

Harapannya tidak perlu bayar fidyah Ramadhan 2025 nanti.

Chaiyok chaiyok kepada semua yang masih ada puasa ganti yang perlu diselesaikan.

Ayuh kita berusaha gigih habiskan mengganti semua puasa yang masih berbaki.

 

12 Disember 2024 genap 2 tahun arwah abah meninggal dunia.

Rindu sangat dekat arwah abah kadang-kadang.

Den masih simpan whatsapp den dan arwah abah.

Kali terakhir kami whatsapp adala pada 9 Disember 2022.

Abah tanya den udah makan tengahari ke belum?

Menaip ni pun menitik-nitik air mata den.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk abah den, Bahashim bin Khalid ye.

Disember juga adalah masa untuk membuat bayaran Zakat Pendapatan.

Jangan lupa bayar zakat pendapatan sebelum 31 Disember 2024 ye.

Ini tanggungjawab kita sebagai umat Islam bagi Pembangunan ummah.

Udah kenapa ye tiba-tiba den cakap macam sedang mendengar Bicara Mufti😂?

 

Shah Alam boleh dikatakan hari-hari hujan.

Memang mendebarkan.

Teringat banjir besar 2021, memang antara pengalaman yang kalau boleh tidak mahu diulang lagi.

Bila ternampak matahari rasa nyaman je.

Kadang-kadang terlupa hendak menghargai apa yang ada di depan mata.

Udah hilang baru tercari-cari ye.

Bila hujan berhari-hari, baru terasa bahagia bila disinari cahaya matahari.

Bila ada angin sepoi-sepoi bertiup lagi best.

 

In sya Allah kalau ada kelapangan akhir Disember nanti den hendak buat recaps 2024.

Entah berjaya ke idok entah la kan😂.

Kadang-kadang harapan tinggal harapan je.

 

In sya Allah semoga Allah kurniakan rezeki Disember 2024 menjadi Dazzling Disember atau Dreamy Disember untuk kita semua ye.

In sya Allah.

Jaga diri semua.


 

0 Comments