6 Tempat Menarik di Bukit Melawati Kuala Selangor 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Semoga semuanya sihat walafiat dan tetap semangat untuk hidup ye.
Bukit Melawati yang terletak di Kuala Selangor ni udah tidak terbilang berapa kali den datang sini.
Melayan kiddos naik turun Bukit Melawati dengan tram sejak deme baby lagi.
Siap ada adegan si A tuh kena cakar dengan seekor monyet la di sini😅.
Mujur tiada jangkitan kuman ke apa cuma bercalar la mukanya.
Baru-baru ini kami pergi lagi ke Bukit Melawati buat sekian kalinya.
Sebenarnya Bukit Melawati ini ada lebih dari 15 tempat menarik untuk dilawati termasuk tarikan terkini adalah mural yang terletak di sekitar pekan Kuala Selangor yang terletak di kaki Bukit Melawati.
Cumanya kali ini kami sempat singgah di 6 tempat sahaja.
Walaupun 6 tempat sahaja tetapi dekat 3 jam juga kami melepak di Bukit Melawati ni.
Naik Tram ke Bukit Melawati
Bukit Melawati
Rumah Api Kuala Selangor
Perigi Beracun
Muzium Sejarah Kuala Selangor
Muzium Permainan Tradisional Rakyat
Naik Tram ke Bukit Melawati
Naik tram untuk naik turun ke Bukit Melawati memang kira wajib ye.
Memang kegemaran budak-budak la ni.
Satu tiket adalah untuk 1 perjalanan naik dan turun Bukit Melawati ye.
Bukit Melawati
Kalau tidak mahu masuk ke muzium ke apa, boleh aje berehat-rehat tengok pemandangan pekan Kuala Selangor dari puncak Bukit Melawati.
Boleh juga tengok gelagat monyet yang ada di sini.
Hati-hati supaya tidak dicakar ye.
Kalau kome dalam misi mencapai 10,000 langkah sehari, boleh berjalan-jalan di Bukit Melawati ye.
Tidak perlu naik tram, berjalan je dari kaki bukit ye.
Rumah Api Kuala Selangor
Den tidak pasti kalau rumah api ini ada dibuka pada pengunjung pada masa tertentu ke macam mana.
Setiap kali den datang ke Bukit Melawati memang kawasan rumah api ni tertutup.
Tapi kita masih boleh ambil gambar di luar pagar berlatarbelakangkan rumah api ye.
Perigi Beracun
Singgah sekupang aje dekat sini.
Asal tengok begitu konsepnya.
Muzium Sejarah Kuala Selangor
Ini den udah masuk 3 kali kalau tidak silap.
Menarik sebenarnya pameran tentang sejarah Negeri Selangor dan Kuala Selangor.
Cuma kena bertabah sedikit hendak membaca berenyut-renyut maklumat di sini.
Anak den sejak masuk sekolah menengah tiba-tiba terminat sejarah.
Jadinya sesuai la bawa dia ke sini.
Tiket masuk dalam RM5 kalau tak silap.
Muzium
Permainan Tradisional Rakyat
Ini den akan cerita dalam post lain ye sebab banyak gambar hendak dikongsikan.
Muzium yang memang kome kena pergi dengan anak-anak sebab menarik teruk.
Ada banyak permainan tradisional yang budak-budak sekarang tidak tahu pun.
Ini tiket masuknya dalam RM5 kalau tidak silap.
Jadinya kalau kome ke Bukit Melawati jangan lupa ke 6 tempat ini ye.
Kalau ada banyak masa boleh ambil gambar di kawasan lukisan mural.
Boleh solat dekat Masjid Raja Lumu sekali ye.
Selamat berjimbaan di Bukit Melawati Kuala Selangor ye.
0 Comments