Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Dalam perjalanan turun dari The Jerai Hill Resort, kami singgah ke Muzium Perhutanan Jerai.

Masuk percuma je.

Terkejut kakitangan Jabatan Perhutanan masa kami sampai sebab mungkin tidak ramai yang singgah ke muzium ini😅.

Asal boleh gambarnya. Mata terpejam pun bantai aje la ye

Bangunan muzium sendiri binaan tradisional klasik siap kerawang bagai.

Surprisingly hands down menarik ye bahan-bahan pameran di sini.

Ada lebih 10 ruang pameran di sini.

Den paling suka tengok pameran keratan spesies pokok.

Banyak spesies pokok di Malaysia ni ye.

Antara kita tahu tidak tahu je jenisnya.

Di Malaysia kita ada kayu keras, kayu sederhana keras dan kayu lembut/ringan. Spesies kayu ringan lebih banyak di Malaysia
Suka ruang pameran ni. Cozy sangat vibes nya

Kalau budak-budak deme akan berlama-lamaan di ruang pameran serangga yang diawet.

Lama anak-anak den berteleku di sini tengok kumbang, rama-rama dsb yang berwarna warni.

Banyak maklumat yang kita boleh baca di sudut daun yang diawet.

Macam-macam spesies fauna ada
Pelbagai kawasan taman eko rimba di Kedah

Diorama jenis hutan pun menarik.

Sayang la pula den terlupa ambil gambar😅.

 

Sempat la den tengok sekupang dua buku berkaitan hutan di sudut bacaan.

Sayang ada 4 buah buku coffee table sahaja.

Budak-budak ni suka duduk di sudut hutan, perkhemahan dan baca tentang alatan untuk memanjat pokok. 

Udah 88 tahun hutan simpan ni diwartakan. Harap kekal la pewartaannya sampai bila-bila

Sudut barangan tradisional dan produk tumbuhan herba mengundang banyak persoalan daripada budak-budak ni.

Larat tak larat aje la hendak menjawabnya.

Dalam 45 minit kami merayap di dalam muzium ni.

In sya Allah pamerannya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Cumanya itu la ada sesetengah kawasan ada habuk sikit.

Untuk orang resdung dan kuat bersin macam anak-anak den tu memang jenuh sikit la😅.

 

Persekitaran luar muzium pun menarik.

Ada kawasan pokok yang comel untuk bergambar sebenarnya.

Tapi itu la seperti biasa tiada siapa hendak layan den bergambar😅.

Korang boleh pertimbangkan singgah ke sini kalau kome ke Gunung Jerai ye.

 

Waktu operasi Isnin - Khamis dan Ahad (9.30 pagi - 4.30 petang).

Jumaat dan Sabtu deme tutup ye.

 

Selamat belajar tentang flora dan fauna di dalam hutan.

 

 

0 Comments