Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Ada sekali tuh kami sekeluarga terpegi ke Gunung Jerai.

Kome mampu terpegi😅.

Asalnya hendak cari laksa Kedah je sebenarnya.

Alih-alih eh sudah tersampai ke Gunung Jerai.

Udah-udah sampai maka moh la kita naik ke puncak Gunung Jerai yang ada The Jerai Hill Resort.

Banyak tempat boleh lawat di Gunung Jerai ni tapi kami pergi ke kawasan The Jerai Hill Resort sahaja

Jalan naik dari bawah ke The Jerai Hill Resort ni boleh tahan berliku ye.

Ada beberapa kawasan yang selekohnya tajam.

Makanya perlu berhati-hati lebih bila memandu naik ke atas ni ye.

Tapi kalau kome tidak mahu memandu ke atas, boleh sahaja sewa kereta/van yang memang tersedia untuk bawa kita ke atas dari tempat letak kereta.

Den tidak ingat bayaran untuk sewa kereta ni berapa.

 

Anak den si A kedondang sayang memang kaki muntah.

Maka sakan la dia muntah dalam perjalanan naik dan turun ni😅.

Dia ni memang istimewa sedikit.

Jalan lurus tidak berliku pun dia akan muntah.

Jadi di dalam kereta memang ada plastik bagi persediaan episod muntah dia😅.

 

Dalam 20 minit juga perjalanan untuk naik ke The Jerai Hill Resort.

Den sudah lupa berapa harga tiket masuk dan tempat letak kereta di sini.

Biasa la udah berkurun hendak cerita banyak maklumat terlupakan😅.

Disebabkan datang sini waktu cuti, makanya berenyut la manusia.

Makanya bila ramai sangat orang, den memang tidak lalu hendak bergambar sangat sebab rimas😅.

 

The Jerai Hill Resort ni ada tempat penginapannya sekali tetapi selalu penuh.

Makanya siapa yang berhajat hendak bermalam kena tempah awal ye.

Surprisingly tidak berapa sejuk di sini walaupun ada nampak kabus bagai.

Kalau hendak bergambar di pelantar kaca dan naik basikal bagai ada bayaran lain yang dikenakan.

Ada café di sini tapi den tidak sempat jengah sebab ramai sungguh manusia dok beratur dan menjamu selera.

Bunga ni mana ada bau tapi bantai je la labu ye

Jadinya kami hanya berjalan-jalan di sini mengambil udara segar.

Kawasannya adalah syurga untuk bergambar begitu.

Banyak tempat OOTD siap dengan bunga-bungaan segar bugar.

Macam pelik je kan den tidak bergambar sangat😅.

 

Dalam tidak buat apa-apa aktiviti di sini, dalam 1 jam juga kami melepak di sini.

Menarik aje la tempatnya untuk bersantai.

Boleh minum secawan kopi hipster sambil makan kek.

Menghayati pemandangan menghijau dan berkabus.

Ada tram juga untuk ronda-ronda di situ.

Tapi disebabkan kawasannya agak terhad makanya kepadatan orang yang melawat tinggi.

 

Jadinya kalau kome ke Kedah boleh masukkan Gunung Jerai dalam agenda kome ye.

 

6 Comments

  1. Menarik ni. Masa kecik dulu lebih kurang jugak lah naik kereta kejap2 nak muntah, Alhamdulillah dah besar sikit dah ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha sama dengan KSarie. Masa kecil-kecil dulu asal naik kereta ke bas mesti muntah. Menurun perangai ni pada anak bertuah sorang

      Delete
  2. Cantik Gunung Jerai ni.... Lama dah LeYa tak ke Kedah... Nanti ada masa boleh lah singgah juga ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik....cuma bertabah nak naik ke atas tuh. Boleh tahan berliku😅

      Delete
  3. Uishh cantik nyer Jerai Hill ni.. insyallah nak pergi juga satu hari nanti.. okla 20 minit jer memandu naik ke atas... Ada kabus tapi tak sejuk.. tak dpt la nak bergmbr ala-ala oversea hihii.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ramai juga yang pergi masa kabus tebal dan sejuk macam Cameron. Adakah harus ku ulang kembali ke sini😅

      Delete