Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua di pertengahan bulan Oktober 2024?

Semoga semua urusan kita di bulan ini dipermudahkan dan dirahmati Allah.

Harapnya tiada Tragedi Oktober dalam kehidupan kita ye.

 

Kalau kome tengok blog den ni penuh dengan cerita makan-makan ye😅.

Begitulah kehidupan den dengan keluarga kecil den.

Kami suka jalan-jalan cari makan.

Atau yang lebih tepat sekali adalah den yang suka jalan-jalan cari makan.

Deme layan je den ke hulu ke hilir😅.

 

Den hendak kongsikan sebuah kedai makan di Kuala Kangsar, Perak yang in sya Allah den berhasrat untuk singgah lagi satu hari nanti.

Kalau hendak ulang pergi tuh maknanya den berkenan dooh la dekat kedai itu.

Warung Telaga yang mula beroperasi sejak 2016 ni memang daebak.

Kombinasi suasana desa aman damai dan aneka menu makanan tradisional membawa kita mengimbau kenangan zaman kecil di kampung.

Den dan ayat gomen berpisah tiada😅.

Begitulah bila sudah 23 tahun dalam perkhidmatan kerajaan ni.

Masih menunggu bila hendak menang loteri supaya boleh bersara awal.

Eh😅.

 

Pelbagai Pilihan Menu Makanan Tradisional Pada Harga Mampu Milik

Den sejak dulu kala memang tekak orang tua.

Lebih sajak dengan makanan tradisional.

Boleh je hendak makan makanan barat, korea bagai tapi itu la masakan Melayu tradisi tetap paling ngam begitu.

Den suka dengan Warung Telaga ini sebab banyak pilihan menu.

Memang rambang mata ye hendak pilih apa hendak makan.

Jangan terlebih pesan sudah ye sebab kapasiti perut manusia ni ada hadnya.

 

Yang lagi daebak adalah harga setiap menu in sya Allah mampu milik.

Kome tengok aje la buku menunya ye.

Macam-macam ada.

Apa Kami Makan

Biasanya den yang pesan apa kami akan makan.

Kadang-kadang aje deme ni pilih menu yang deme nak makan.

Dasar pemerintahan kuku besi begitulah😅.

 

Semua menu yang kami makan di Warung Telaga kali ni den yang pilih.

Tepek nyor sambal bilis.

Tepek pisang.

Sampai dua menu lempeng ye😅.

Ini memang menu wajib la sebab den kan peminat tegar lempeng😅.

Puri kuah sardin.

Cucur kodok.

Cucur bawang.

Ais kacang.

Julung-julung kali ye dapat ambil gambar yang ada semua makanan😅.

Ini pun asbab makanannya sampai sekaligus.

 

Tiada menu berat macam nasi lemak ke laksa ke sebab kami baru sudah makan tengahari sebelum terjumpa kedai ini.

Perut masih penuh pun makan lagi.

Lepas tuh musykil kenapa semakin membulat😅.

Tuan tanah kedaung yang pesan menu ikut tekak dia

Rasa semua makanan molek sungguh dengan tekak kami.

Lempeng sedang elok lembut, terasa kelapa dan pisangnya.

Semuanya sedap belaka la untuk kami.

Lempeng kelapa yang den sorang je makan dua keping
Cekodok tidak makan minyak. Pisang banyak.
Cucur bawang macam mak-mak masak
Udah kenapa lupa nak buka lapik pisang ni ye
Menu yang menjadi rebutan anak-anak den
Purinya molek sangat. Tidak relai dan berminyak.

Persekitaran Kedai

Suasana aman damai ada hembusan angin bayu.

Kedai adalah bertema klasik dan old school.

Ada basikal tua, mesin ais kacang lama, beca dan sebagainya.

Tempat basuh tangan di bawah pondok telefon lama.

Memang mengundang nostalgia zaman dulu ye.

 

Anak-anak den jakun bila den cakap dulu den guna telefon macam ni

Kenapa nama kedainya Warung Telaga?

Kalau ikutkan ada telaga lama di sini sejak 1926.

Ada juga papan tanda sejarah pokok getah di Kuala Kangsar pada 1877.

Di samping makan dan berehat, kita belajar sedikit sejarah secara santai ye.

Kome kalau datang sini makan dekat gazebo kayu tau.

Memang ngam angin dengan sini.

Cuma kalau sakit lutut jenuh la sikit hendak duduk bersila atau bersimpuh.

Tapi boleh aje la berjuntai kaki makan di sini.

Memang awesome vibes makan di sini.

Sakan tuan tanah kedaung bersantai

Banyak tempat menarik untuk OOTD juga sebenarnya tapi itu la tiada siapa sudi melayan den bergambar😅.

Begitulah nasib the only female in the family ye.

 

Lokasi dan Waktu Operasi

Kedai beroperasi setiap hari kecuali Khamis dari 1.30 petang - 8 malam.

In sya Allah nanti den hendak datang sini makan laksa pula😅.

Ada banyak menu lain yang belum dicuba.

Kalau kome ke Perak moh la datang makan di sini ye.

 

 

 

0 Comments