Tempat Makan Sedap Perak 2024 Rumah Makan Rusa Lenggong, Perak
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Moh la kita sambung cerita JJCM di Lenggong Perak ye.
Selepas menjamu selera dan melepak di Teratak Suak Saudagar Espresso, kami terus ke Gerik😅.
Kami macam tuh la program selalu tiba-tiba sahaja.
Teringat ada sekali tuh hendak balik dari Ipoh ke Shah Alam.
Sekali sesak teruk.
Bila sampai di simpang ke Cameron Highland, jalan ke situ nampak lengang.
Terus je kami naik ke Cameron Highland sehelai sepinggang ye.
Lepas check in hotel bajet di situ, kami terus pergi cari berus gigi, TShirt bagai.
Langsung terjalan-jalan di Cameron Highland begitu😅.
Siap 4 beranak ada souvenir TShirt I Love Cameron Highland😅.
Tasik Raban
Dari Teratak Suak Saudagar Espresso, kami singgah sebentar di Tasik Raban.
Panasnya memang tidak bisa di bawa berbincang ye.
Sempat singgah ambil gambar sekupang dua di sini.
Itu pun anak den yang sulung dengan den je yang turun.
Merenjas-renjas dia bila den suruh ambil gambar😅.
Gambar fefeling model dilupa jangan ye |
In sya Allah kita datang sini lagi suatu hari nanti sebab ada beberapa aktiviti menarik boleh dipertimbangkan.
Seterusnya kami singgah beli kuih-muih di kawasan Arena Gerik.
Sembang dengan akak-akak jual kuih-muih tuh.
Deme cakap ‘udah kenapa kome datang ke Gerik yang panas ni. Bukannya ada apa😅’.
Denai Kabus
Kami teruskan perjalanan ke Denai Kabus.
Ini antara tempat penginapan viral yang dikatakan pagi-pagi diselubungi dengan kabus tebal.
Masa kami sampai tuh udah dalam pukul 2 pm macam tuh.
Chalet yang ada semuanya udah penuh.
Kami cuma berehat minum air sambil jalan-jalan sekupang dua di situ.
Sempat sembang dengan kakitangan di situ.
Katanya Denai Kabus sedang dalam proses penambahbaikan.
Memang boleh nampak kerja-kerja pembinaan sedang dibuat.
Sedang molek katanya kalau datang semula September ke atas.
In sya Allah ini adalah salah satu tempat yang kami berangan hendak menginap satu hari nanti.
Terus je kami bergerak menghala balik.
Suka tau pemandangan jalan macam ni.
Berangan hendak makan daging rusa di Rumah Makan Rusa Lenggong.
Sekali eh boleh pula tersesat ke Rumah Ayah An Rusa dan Kelulut Lenggong.
Ini sumpah kekeliruan yang tidak disengajakan😅.
Mata den kero masa tengok google map begitu.
Disebabkan udah alang-alang tersampai makanya marilah kita memberi makan rusa sekupang dua.
Budak-budak memang gumbira aktiviti bersama haiwan ni |
Rumah Makan Rusa Lenggong
Akhirnya memang sudah tertulis rezeki kami, sampai juga kami di Rumah Makan Rusa Lenggong pada 5.20 petang.
Kedai makannya tutup 6 petang.
Ada menu lain juga di sini macam ikan sungai kualiti T20 tapi harga M40 katanya. Den tak tau ikan apa yang tersenarai di sini |
Alhamdulillah dapat kami makan daging rusa masak kicap dan telur dadar sambil mendengar deruan aliran sungai.
Sayang tak boleh turun celup kaki dalam sungai pun.
For your eyes only begitu.
Mungkin sebab den udah tua ke apa tak tau la ye.
Den rasa biasa aje rasa daging rusa ni.
Rasa macam daging lembu pun iya.
Tapi kedai makan dia memang healing habis sebab tepi sungai.
Kalau idok kerana kedai udah hendak tutup, mau kami berlama-lamaan di sini.
Memang kitaorang je la dekat sini sebab kedai udah hendak tutup kan |
Kalau dapat mandi ni sure best |
Rupa-rupanya di kawasan Rumah Makan Rusa Lenggong ini ada chalet penginapan dan pakej aktiviti.
Penuh ye chaletnya.
Kalau hendak menginap di sini tidak boleh walk in.
Wajib booking awal sebab penuh sokmo kata pekerjanya.
Ada juga sebuah kedai kopi Chikaro Kopi.
Sayangnya masa kami datang kedainya macam tutup ke den yang tak perasan dia buka ye😅.
In sya Allah jika ada rezeki
hendak menginap di chalet yang ada di sini, makan daging rusa, mandi sungai dan
minum kopi.
Lokasi dan Waktu Operasi
Rumah Makan Rusa Lenggong beroperasi setiap hari kecuali Selasa dari 10 pagi hingga 6 petang.
Kalau kome jalan-jalan ke Lenggong, moh la kome singgah di sini ye.
Tuan tanah kedaung yang selalu terpleot dalam tunjuk arah jalan |
0 Comments