Buku ini bukan sahaja menarik sebab ilustrasinya cantik dan terperinci banget.

Hampir semua maklumat di dalam buku ini den tidak pernah tahu seperti:

1. kewujudan spesies flora atau tumbuh-tumbuhan di dalam hutan;

2. makanan tradisi Orang Asli suku Temuan dan Semai;

3. spesies tumbuhan yang boleh dimakan mentah, dimakan setelah dimasak dan tidak boleh dimakan;

4. aktiviti forest foraging, dsb.

 

Tajuk: Recalling Forgotten Tastes (Of Illustrated Edible Plants, Food and Memories)

Pengarang: Syarifah Nadhirah

Mukasurat: 70

Sumber: Koleksi Sendiri

Buku ini juga membawa kita berfikir tentang kegusaran hati Orang Asli.

Risau tentang hutan yang semakin menyusut.

Kerana tuntutan pembangunan, pertanian kontan, dsb sebagaimana yang disuarakan oleh En Samsul Senin.

 

Beliau risau tentang masa depan Hutan Simpan Kuala Langat seluas 958 hektar.

Kalau kita baca berita pada tahun 2021, ada ura-ura cadangan penyahwartaan HSK Kuala Langat yang menjadi isu yang agak hangat diperdebatkan.

Hutan terutamanya bagi Orang Asli adalah sumber keterjaminan makanan (food security) mereka.

Kita juga patut sedar perkara ini lagi-lagi apabila telah melalui fasa PKP semasa Covid19.

Kita perlukan alam semulajadi terutamanya tumbuh-tumbuhan dan makanan sebagai sumber makanan untuk kekal mandiri.

Water security dan food security adalah perkara paling penting untuk mandiri hidup.

 

Den beli buku ni di Pasar Karat Ipoh.

Mula baca semasa tunggu ETS di Stesen KTM Batu Gajah.

Habis baca seusai sampai di Stesen KTM Sungkai.


 

 

0 Comments