Oppas Yang Harapnya Dapat Watak Hero Suatu Hari Nanti
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Banyak je hendak dicoretkan di dalam blog ini tapi itu la kemalasan la pulanya ye😂.
Jadinya sudilah membaca apa yang ada dalam fikiran den semenjak dua ini.
Kebanyakannya perkara-perkara lagho je pun la.
Ada beberapa pelakon lelaki yang den harap deme mendapat watak utama suatu hari nanti.
Tiada kaitan apa pun dengan den.
Cuma den rasa dia berbakat dan harap dia dapat peluang untuk more screen time.
Den tumpang happy kalau deme berjaya.
Jae-young Kim
Ini adalah satu-satunya pelakon yang akhirnya berjaya menjadi hero setelah sekian lama mejadi second lead di dalam senarai den ni.
Den tak tau kenapa sejak den tengok dia dalam drama Black (2017), den harap sangat satu hari nanti dia ada rezeki jadi hero.
7 tahun kemudian baru dia berjaya jadi male lead dalam ongoing KDrama The Judge From Hell.
Berbunga-bunga hati den tengok dia dalam KDrama ni.
Song Jae-rim
Sejak den tengok dia jadi bodyguard Maharaja dalam KDrama dalam Moon Embracing The Sun (2012), den memang jatuh terpesona dengan dia lagi-lagi bila dia berlawan pedang.
Swordman memang awesome kan.
Jarang sangat nampak mamat ni berlakon.
Lee Soo-hyuk
Den tidak pasti apa kurangnya mamat seorang ni sampai sekarang tiada rezeki menjadi hero.
Deep soothing voice.
Renungan mata boleh bikin jiwa kacau😂.
Tinggi lampai sebab model.
Mantap aje dia berlakon.
Berlawan pun molek aje.
Boleh tengok dia jadi Grim Reaper dalam KDrama Tomorrow (2022).
Setiap kali dia muncul di layar, memang den terlupa langsung pada hero, Rowoon.
Hwang In-youp
Mamat ni asyik dapat watak second male lead dalam drama cintan cintun aje kerojenya.
Padahal den rasa dia berlakon molek banget.
Kadang kala macam tuh la hidup ye tak?
Udah ada pakej lengkap untuk menjadi hero kalau ikut den yang tak tau apa-apa pasal industri hiburan Korea ni.
Tetapi tetap la jua sampai hari ini belum ada rezeki untuk deme jadi hero.
Kadang-kadang ada pelakon yang agak kayu eh sakan pula menjadi hero sana sini😂.
Sama juga la dengan kehidupan kebanyakan rakyat marhaein.
Kadang kala udah bagus buat kerja tetapi mungkin tidak pandai hendak menonjol ke depan, networking, etc, makanya kekal la kami di takuk itu tidak bergerak.
Macam wujud tak wujud pun iya juga kan?
Tapi macam mana pun kita kena percaya setiap orang ada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.
Rezeki juga datang dalam pelbagai bentuk.
Macam pelakon yang den berkenan dooh, Lee Min Ki bukanlah pelakon popular di Korea tetapi dia santai dan enjoying the moments in his life.
Kalau tidak berlakon dia kembali ke alam sekitar.
Panjat gunung bagai.
Den suka mamat ni.
Asal dia berlakon jarang den tak tengok.
Sayang asyik dapat watak yang lebih kurang sama.
Cold hearted hero atau polis.
Haish.
Jadinya kita kena sentiasa bersyukur dan keep on hustle in life yar.
Sebagai orang Islam, kita kena terus berusaha, berdoa dan bertawakal ye.
Udah kenapa cerita asalnya pasal oppa tiba-tiba kesimpulannya lain😂.
Begitulah Bida dan perkara lagho berpisah tiada.
Have a great weekend everyone.
0 Comments