Hello October
Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Begitu pantas masa berlalu.
Terkebil-kebil dok fikir bila hendak ada duit banyak eh sudah masuk bulan Oktober rupanya.
Macam eh entah apa ye azam tahun baru 2024 tiba-tiba udah menghampiri penghujung 2024😅.
Tetapi tetap kita masih perlu bersyukur kerana masih ada umur untuk memperbaiki diri.
Apa rancangan dan harapan kome bulan Oktober ni?
Den ada 2 perkara yang perlu disiapkan bulan Oktober ini bagi gerak kerja awal 2025.
1 perkara den sudah siapkan separuh jalan.
Tapi macam terpleot hendak diuruskan sebab peruntukannya seciput tapi permintaannya itu tidak beringat.
Dia macam ala-ala peruntukan boleh berjimba ke Melaka sahaja tapi hendak ke Indonesia begitu 😅.
Jadinya den hendak usahakan juga perkara yang satu ini siap drafnya sebelum 15 Oktober ini.
In sya Allah.
Ada 2 mesyuarat besar yang pasukan den perlu uruskan bulan ini.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
In sya Allah.
Ada beberapa lawatan tapak yang den kena pergi.
Ada operasi tindakan bersepadu bersama agensi lain.
Ada yang memerlukan kepada pengambilan sampel air, drone diterbangkan, dsb.
Begitulah ye.
Selagi namanya kerja, tidak akan pernah selesai sehingga kita bersara atau menutup mata.
Kita mulakan hari kita dengan secawan kopi o kampung ye |
Alhamdulillah pasukan den menerima seorang ahli baru.
Beliau menggantikan ahli yang mendapat peluang kerja lebih baik pada Ogos lepas.
Kerusi yang satu ini agak panas sedikit.
Sudah 4 orang duduk di kerusi ini bertahan kurang 2 tahun.
Semuanya pergi sebab mendapat tawaran yang lebih baik.
Den tumpang gembira.
Yang seorang tuh den yang bagitau dia tentang peluang kerja yang lebih molek di luar😅.
Cuma bila yang pergi itu bagus molek kerja dan adabnya, kadang kala den teringat dekat deme.
Semoga ahli yang baru ini dapat bersama-sama dengan ahli pasukan lain melaksanakan amanah rakyat Selangor.
Ayat gomen sudah keluar ye😅.
Pasukan den sekarang ada 9 orang termasuk diri den.
Ramai sudah ye.
Seperti biasa tiada rancangan khusus untuk berjimbaan ke mana-mana.
Selalunya sesi berjimbaan terjadi secara tiba-tiba.
Macam apabila tengah tengok media sosial, tiba-tiba ternampak tempat yang molek untuk dilawat atau tempat makan yang nampak menggiurkan.
Langsung nanti akan ada ayat ‘macam best je tempat ni atau macam sedap je kalau makan dekat sini moh la kita pergi’😅.
Jadinya kita tunggu dan lihat begitu ye.
Konco-konco jiran ni merancang hendak pergi ke short staycation.
Kita tengok macam mana ye sebab selalunya tinggal harapan je ni😅.
Setiap kali den berjimbaan dengan deme, den cuma pegang duit yang dikumpul.
Den akan jadi tukang bayar begitu.
Yang lain semua deme berdua tentukan.
Sebab deme berdua pakar bab hendak pergi mana, makan di mana, dsb.
Just sit back, enjoy and follow the flow konsepnya.
Lepas tuh kamera handphone deme mantap-mantap.
Jadinya den tumpang posing je di sana sini😅.
Sesi membaca macam terpleot sungguh sekarang ini.
Jadinya tidak tahu akan berjaya habis baca buku-buku yang dipinjam di PPAS Shah Alam dan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya atau tidak.
Ada beberapa buku yang tidak berjaya dihabiskan.
Semoga tidak lama reading slump den ini.
Sebab sampai sekarang den masih teruja kalau terjumpa buku yang buat den terpesona di muka surat pertama lagi.
Buku macam ni akan buat den rasa gembira sangat.
Macam terjumpa duit RM10 terselit di mana-mana apabila den sengkek.
Sekarang ni den dok tengok KDrama The Judge From Hell.
Baru episod 4.
Kisah penjahat dibalas dengan kejahatan yang dibuat sebelum dihantar ke neraka.
Jalan cerita memang intriguing setakat ini.
Mantap ye lakonan Park Shin-ye dalam drama ni.
Selama ni den tak beberapa berkenan tengok dia berlakon sebab asyik la dok bawa watak damsel in distress.
Akhirnya Jae-young Kim dapat watak utama.
Mamat ni selama ni asyik la dapat watak tambahan.
Den mula berkenan dekat mamat ni berlakon KDrama Black.
Dia ni segak teruk bila berlakon sebagai swordman dalam sageuk KDrama dan KMovie.
Tapi hampir semua pelakon deme molek kejadiannya bila berlakon dalam sageuk genre.
Berat semakin mengerikan😅.
Walaupun BMI masih okay tetapi badan rasa tidak sedap bila berat sangat.
Belum kira pakaian yang sudah tidak muat.
Haish.
Masalah utama adalah den memang peminat tegar makanan.
Arwah abah cakap den dari kecil senang hendak dijaga.
Asal ada makanan dan televisyen, den memang akan duduk elok molek tidak bergerak ke mana😅.
Tidak tahu apa hendak dibuat sebenarnya.
Hendak kawal makan, esok-esok sakit udah kena pantang banyak makanan.
Hendak makan macam biasa, ngeri tengok angka di mesin timbang.
Lalu harus bagaimana kan😅?
Berangan hendak zumba semula setelah 2 tahun berhenti.
Beberapa video zumba telah didownload.
Seluar zumba masih tidak jumpa cari😅.
Tidak pasti den udah buang ke seluar ni masa mengemas almari.
Kasut sukan yang udah lama berhabuk telah dibasuh.
Tinggal hendak mulakan aktiviti zumba aje ni.
Berjaya atau tidak biar masa menentukannya ye😅.
Antara video zumba yang den download tapi tidak pasti bila hendak dicuba itu😅.
Semoga Oktober 2024 kita tidak akan ada sebarang Tragedi Oktober ya.
Didoakan Oktober 2024 ada Oktober yang terbaik di dalam hidup kita.
In sya Allah.
0 Comments